Anda di halaman 1dari 1

Hari Easter Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dibangkitkan pada

hari Ahad Easter. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci disambut oleh penganut kristian. Pada Ahad Palma sebelum Easter menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Seterusnya, pada hari Jumaat sebelum sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada hari Ahad Easter, penganut kristian pergi ke gereja bersembayang dan meraikan kebangkitan Jesus Christ. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.

Hari Krismas Hari Krismas adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian yang disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalanramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam. Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas dan lampu hiasan. Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.

Anda mungkin juga menyukai