Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 2
BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN
PELAJARAN 5 : PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN
KEFAHAMAN AYAT 103 SURAH ALI IMRAN





(Ali-'Imran 103)

Maksudnya : Dan berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.
Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu, lalu Allah
menyatukan di antara hati-hati kamu. Lalu dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara.
Dan kamu dahulu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah
menerangkan tanda-tanda kebesaranNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

HAK DAN CIRI-CIRI PERSAUDARAAN MENURUT ISLAM


HAK DAN
CIRI-CIRI
Berkenalan dan
Beramah Mesra
Bersangka Baik
Pemaaf
Ikhlas
Menyumbang
Tenaga
Memelihara
Lidah
Menderma Harta

CARA-CARA / CONTOH
Bermanis muka, mengucapkan salam, mengembirakan hati saudaranya
dan bertanya khabar.
Bersangka baik terhadap saudaranya dan jangan berfikiran negatif atau
bersangka buruk
Memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya di samping
berusaha memberi teguran dan nasihat dengan cara yang berhikmah.
Sering mendoakan kesejahteraan walaupun berjauhan dan sentiasa
mengutamakan saudaranya dalam pelbagai perkara.
Memberi bantuan tenaga apabila diperlukan, contohnya membawa
saudaranya ke hospital apabila mereka sakit.
Tidak menyebarkan keburukan atau mengumpat keaiban saudaranya
dan menungkit-ungkit kebaikan yang dilakukan.
Membantu saudaranya dlm kehidupan spt bersedekah, tidak kedekut
atau bakhil apabila mereka meminta bantuan kewangan.

HIKMAH BERSATU PADU


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

KEBURUKAN PERPECAHAN

Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Mengukuh hubungan silatulrahim.
Meningkatkan produktiviti.
Meringankan beban kerja berat.
Keamanan dan kemakmuran dalam
Negara dapat dikekalkan.
Masyarakat menjadi kuat serta dapat
menikmati kehidupan yang bahagia dan
harmoni.
Martabat agama Islam dapat
dipertingkatkan serta disanjung oleh
masyarakat antarabangsa.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Umat Islam menjadi lemah.


Umat dan agama Islam dipandang
rendah.
Musuh Islam mengambil kesempatan
menindas, menzalimi dan
mempengaruhi umat Islam.
Umat Islam akan mundur dan memberi
kesan negatif kepada pembangunan
umat dan Negara Islam.
Negara huru-hara dan kacau bilau.
Allah akan murka dan menurunkan
azab.

CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN


INDIVIDU :

Bersangka baik terhadap orang lain.


Menyayangi orang lain.
Memberi hadiah dan ucapan penghargaan atas kebaikan mereka.
Bertanya khabar dan menghantar surat atau e-mail.
Menjauhkan diri dari budaya fitnah atau mengumpat.

MASYARAKAT :

Bekerjasama dan bantu membantu dalam urusan hidup seperti kenduri kahwin.
Perihatin masalah jiran tetangga.
Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi.
Bersama-sama mengimarahkan masjid.
Melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

PENGHAYATAN

PENGAJARAN AYAT
1.
2.
3.
4.
5.

Islam adalah agama persaudaraan &


perpaduan.
Aqidah adalah asas perpaduan Islam
tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa,
pangkat dan keturunan.
Perpecahan & permusuhan merugikan
masyarakat, bangsa dan Negara.
Perpaduan yang kukuh pemangkin kepada
kecemerlangan & kegemilangan Negara
serta tamadun Islam.
Setiap umat Islam hendaklah mengsyukuri
nikmat persaudaraan dan berusaha
memeliharanya.

1.
2.
3.
4.

Berbincang & bermuafakat dengan


rakan dalam melaksanakan sesuatu
perkara.
Mengutamakan kasih sayang di antara
satu sama lain dlm pergaulan seharian.
Bersatu padu dengan mengamalkan
budaya toleransi.
Sentiasa cinta akan Negara dan
berusaha menjadi warganegara yang
baik.

MINDA BESTARI

Renungkan mengapa Empayar Islam di Andalus(Sepanyol) telah jatuh ke tangan orang Kristian,
dan mengapa umat Islam sehingga ke hari ini tidak mampu mengembalikan semula Masjid Al-Aqsa
dan menyelamatkan umat Islam Palestin daripada kezaliman Yahudi.

10

Anda mungkin juga menyukai