Anda di halaman 1dari 2

Nama saya Nur Syuhada Binti Ismail.

Saya berusia 16 tahun dan merupakan seorang


pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara.Saya dilahirkan
pada tujuh Februari tahun 1995 di sebuah hospital swasta yang terletak di bandar raya
Kuala Lumpur. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak kedua
dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Kebangsaan
Seri Mutiara dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang
cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada
Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar
ayah,ibu,abang,dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan
merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun
kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap
menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk
saya.

Saya juga mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan. Abang
saya berusia 21 tahun dan adik-adik saya masing-masing berusia 15 tahun dan enam
tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami
melakukan kesilapan,ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak
pernah menghukum kami. Saya dan adik-beradik saya boleh dikatakan sebagai individu
yang memiliki sikap degil atau keras kepala. Namun begitu, jika dilihat dari perspektif yang
positif, kami boleh dianggap sebagai individu yang berpendirian tegas.

Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin


bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan
sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih.
Selain itu,doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha yang diambil
perlu disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi.

Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Oleh itu,saya akan
menjalani aktiviti harian saya berpandukan jadual harian yang telah saya sediakan. Hal ini
juga amat membantu saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa
mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru,saya dapat
mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan masa yang baik amat penting
kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Pada masa senggang,saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang
menjadi pilihan saya ialah novel,majalah,dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca
kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Selain itu,saya amat suka melayari
internet dan membaca untuk mengumpul maklumat mengenai kerjaya profesional yang
mungkin akan saya ceburi kelak. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang
sesuatu kerjaya sebelum menceburinya supaya saya akan dapat membuat keputusan
mengikut minat saya.

Subjek kegemaran saya ialah Bahasa Melayu,Sejarah,Pendidikan Islam dan


juga Sains. Saya meminati bidang undang-undang dan bercita-cita untuk menjadi seorang
peguam pada masa depan. Saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Saya ingin
menjadi seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan dalam hidup
dan akan sentiasa dihormati.
Diri saya

Nama saya Izani Ahmad. Umur saya sembilan tahun. Saya anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Bapa saya bernama Ahmad bin Hussin. Bapa saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Desa
Bakti, Ipoh. Ibu saya pula Halina binti Husni. Ibu saya seorang pegawai bank di Ipoh.

Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh. Saya belajar di dalam kelas Tahun Tiga
Budiman.

Hobi saya ialah membaca buku dan melayari internet. Cita-cita saya pula ialah ingin menjadi seorang
wartawan.

Warna kegemaran saya ialah merah. Makanan kesukaan saya pula ialah nasi goreng. Bila ada masa terluang
saya serta keluarga selalu bersiar-siar di kompleks membeli-belah di Ipoh.

Saya seorang yang peramah, suka berjenaka dan baik hati. Saya amat berharap agar ramai rakan saya suka
akan diri saya.

Anda mungkin juga menyukai