Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat

tempat dalam kalangan pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin, mereka tdak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden.(1) Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah (2) malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden.(3) Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin meningkat.(4) Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang mengidap penyakit kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan penawarnya.(5) Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin tinggi(6) menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman(7) seperti dalam rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin. Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh.(8) Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu, ubat-ubatan moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut.(9) Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir usia. [PMR 2007] Contoh jawapan: Antara sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna ialah kemiskinan dan tidak berupaya untuk membeli makanan apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden. Sebab lain ialah minat masyarakat kepada perubatan tradisional semakin bertambah dan dianggap pelengkap kepada perubatan moden. Selain itu, sebabnya perubatan moden masih gagal menemukan penawar bagi penyakit kronik dan kosnya pula semakin tinggi.

Seterusnya, perubatan moden diamalkan sejak zaman-berzaman. Tambahan pula, ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut. (74 patah perkataan) BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN [Masa yang dicadangkan : 10 minit] [10 markah] 1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan.[2 markah] Maksud rangkai kata mengisi kekosongan ialah memenuhi keperluan.

2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [4 markah] Yang (Usaha) perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional ialah perubatan tradisional perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi supaya lebih berkesan. Selain itu, kajian bioteklogi mengenai ubat-ubatan tradisional ini perlu giat dijalankan dan ubat-ubatan berasakan herba wajar dikomersialkan serta dijual dengan harga yang rendah.

3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah] Pada pendapat saya, semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik kerana faktor pemakanan yang banyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia. Selain itu, amalan riadah kurang diamalkan oleh rakyat di negara ini sibuk bekerja. Seterusnya, amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan arak dan penagihan dadah turut menjadi punca.

Bahagian B [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesesakan Jalan Raya (Cara Mengatasinya)

Contoh jawapan cemerlang. Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini. Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan. Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kemalangan maut di jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. [20 markah] Akhir-akhir ini, isu kemalangan maut di jalan raya semakin membimbangkan masyarakat tempatan. Terdapat banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antara punca kemalangan maut termasuklah sikap sesetengah pemandu tegar yang suka melanggar lampu isyarat. Ketidakpatuhan mereka ini menyebabkan kadar kemalangan maut kian meningkat. Selanjutnya, ada pemandu yang menggunakan telefon bimbit atau mabuk ketika memandu kenderaan. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan tumpuan sekali gus membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak sempurna turut mengundang kemalangan maut. Sebagai tamsilnya, keadaan jalan raya yang sempit atau licin boleh membawa kecelakaan kepada pemandu yang tidak berwaspada di jalan raya. Kesimpulannya, semua pengguna jalan raya seyogianya mematuhi peraturan lalu lintas kerana pemanduan yang berhemah boleh mengurangkan kadar kemalangan maut di Malaysia. [121 patah perkataan]

Anda mungkin juga menyukai