Anda di halaman 1dari 1

Cabaran ke Arah Kegemilangan

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis
- Iaitu Perang Tiga Segi/Perang Seratus Tahun.
- Berlaku kerana mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka.
- Johor menyerang Portugis di Melaka kerana hendak merampas semula Melaka daripada
Portugis.
- Acheh menyerang Portugis di Melaka kerana Portugis hendak menguasai perdagangan
Acheh.
- Acheh menyerang Johor kerana perdagangan Acheh tergugat.
- Portugis menyerang Johor kerana adanya pakatan Johor dan Acheh.
- Perang tamat apabila Johor memberi bantuan kepada Belanda mengalahkan Portugis
dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
2. Perang Johor-Jambi
- Johor menuntut wilayah Tungkal daripada Jambi.
- Jun 1679, Johor menyerang Jambi. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan
Johor Riau yang berpusat di Riau.
3. Konflik pembesar
- Berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil
untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
- Persaingan berakhir dengan pengumduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu.
- Keturunan Bendahara kembali berpengaruh. Setelah kematian Tun Habib (Bendahara
Padang Saujana), jawatan Bendahara dipegang oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.
4. Ancaman Raja Kechil
- Menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta Johor.
- Raja Kechil mendakwa, baginda putera Sultan Mahmud Shah I/Sultan Mahmud Mangkat
Dijulang (1685-1699) dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan
gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
- Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) meminta bantuan Opu Bugis
Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
- Opu Bugis Lima Bersaudara ialah Daeng Parani, Daeung Menambun, Daeng Merewah,
Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.
- 4 Oktober 1722, Raja Kechil dikalahkan. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor
dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Daeng Merewah dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Muda/Yamtuan Muda Bugis pertama di Johor.

Anda mungkin juga menyukai