Anda di halaman 1dari 7

Nota Tingkatan 2 Sejarah Bab 6

6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau


1. Pengasasan Kerajaan
- Diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah dengan gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah I.
- Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di
pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua


- Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada
tahun 1528.
- Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam, memudahkan
kapal untuk keluar masuk.
- Kawasan berbukit bukau sekitarnya menjadi benteng pertahanan dari ancaman luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota


- Sayong, Sayong Pinang Kota Kara diserang dan dimusnahkan Portugis pada tahun
1535.
- Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan Kota Sayong.
- Lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama


- SARS I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu pada tahun 1540.
- Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
- Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan kapal dagang.
Cabaran Ke Arah Kegemilangan
1. Persaingan Johor – Acheh - Portugis

❖peperangan 3 kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dikenali sebagai Perang Tiga
Segi/ Perang Seratus Tahun.

❖perang ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan
Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.

❖Acheh mengalami kemorosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

2.Perang Johor-Jambi

➢Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari
tahun 1659-1679.

➢Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa
Kesultanan Johor Riau berpusat di Riau.

3. Konflik Pembesar
- Konflik antara Bendahara Tun Habib Ab Lasamana Tun Abdul Jamil untuk mengu Kerajaan
Johor Riau.
- Persaingan berakhir dengan pengundu Terengganu.
- Keturunan Bendahara kembali berpenga Johor Riau.
4. Ancaman Raja Kechil
- Baginda menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor-
mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang)
(1685-1699).
- Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat
Shah.
- Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
- Raja Kechil dikalahkan 4 Oktober 1722.
- Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor (1722-1760), manakala Daeng Merewah sebagai
Yang di-Pertuan Muda di Johor.
1.Pemindahan Pusat Pemerintahan
- Majoriti pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir pantai.
- Kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat
pemerintahan yang baharu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-1685)
- Pusat pemerintahan terpaksa berpindah untuk strategi ketenteraan dan pertahanan

2. Membina kota pertahanan


- Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan
mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri
Kota kara
- Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I
- Terletak di Kuala Sungai Telor
- Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki(12 meter)
- Diperkuatkan dengan meriam dan bedil
3.Menjalinkan Hubungan dengan Belanda
- Mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda
- Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk melindungi Johor
dari serangan Portugis dan Acheh.
- Perjanjian Johor Belanda ditandangi pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis
Matelief de Jonge dan Sultan di atas kapal Belanda bernama Oranje.
- Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka
- Johor memberi bantuan dalam perang Belanda-Portugis :
- Membantu mengangkut peralatan perang
- Membuat tapak meriam
- Menggali parit kubu
- Menyekat musuh lari ke dalam hutan
- Menaikkan semangat tentera Belanda
- Johor membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka-2 Ogos 1640
- Portugis Berjaya ditewaskan- Januari 1641
6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Pusat Perdagangan yang Unggul
1. Kedudukan Strategik
- Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana
Sungai Johor yang dalam dan lebar.
- Lokasi pelabuhan di Kawasan selatan Selat Melaka membolehkann ya mengawal lalu lintas
kapal dagang dari Timur dan Barat.
- Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.
2. Tumpuan Para Pedagang
- Pedagang Jawa memilih pelabuhan di Johor kerana tidak berminat dengan Portugis di Melaka
- Pedagang Siam memasarkan beras
- Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris
3. Pusat Pengumpulan dan Dagangan
- Barang dagangan oleh tanah jajahan Johor : lada hitam, bijih timah, dan emas.
- Barangan dari China didagangkan di Pelabuhan Batu Sawar.
- Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas dari Inderagiri.
- Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak dari Pahang, Klang,
Naning dll.
- Bijih timah dari Klang, Sg Ujong, dan Pulang Bangka, Sumatera.
- Barang dagangan dari China: benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik.
- Pedagang Jawa bawa beras dan Pedagan Gujerat bawa kain, wangian dan manik.
- Johor mendapat bekalan beras dari pedagang Siam.
4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
- Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutama
di Riau.
- Antaranya kapal siam, Portugis, Inggeris, dan pulau-pulau di Alam Melayu.
Pengurusan Pelabuhan
1. Kemudahan Pelabuhan
2. Urusan Jual Beli
3. Sistem Naungan
4. Peranan Orang Laut
5.Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
Pusat Persuratan
Karya Agung:
Karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu
mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai, kepercayaan,
falsafah dan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu
- Sulalatus Salatin
- Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja
- Naskhah asal bernama Hikayat Melayu
- Menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat
istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Hikayat Hang Tuah
- Naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka tahun
1641.
- Hikayat ini ialah sebuah epik kepahlawanan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
- Kandungannya berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan
Kesultanan Melayu Melaka.
Tokoh Persuratan:
Tun Seri Lanang

❖ Nama sebenar beliau ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.

❖ Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi tahun 1565.

❖ Menjadi Bendahara Johor semasa permerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II

❖ Menyusun dan menulis semula Salatus Salatin


Karya Lain

✓ Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja

✓ Tuhfat al Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis, Gurindam Dua Belas

✓ Hikayat Anak Panah Sedasa

✓ Syair Ungku Puteri


Imbas Kembali

Anda mungkin juga menyukai