Anda di halaman 1dari 16

(NOTA DI BAWAH INI WAJIB DISALIN KEDALAM BUKU NOTA MANAKALA

LATIHAN PULA DIJAWAB DIATAS KERTAS CETAKAN)


SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 6

KESULTANAN JOHOR RIAU

PENGENALAN
1. Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.
2. Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan
naungan Kesultanan Melayu Melaka.

PENGASASAN KERAJAAN
1. Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564).
2. Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir
Sungai Johor.

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA KARA, PEKAN TUA


1. Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528.
2. Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal
untuk keluar masuk
3. Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA SAYONG, SAYONG PINANG


1. Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
2. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong.
3. Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

PUSAT PEMERINTAHAN KOTA BATU, JOHOR LAMA


1. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu,
Johor Lama.
2. Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.
3. Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan
kapal dagang.

1
CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN
PERSAINGAN JOHOR-ACHEH-PORTUGIS
1. Berlaku peperangan antara tiga kuasa ini untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang
ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun.
2. Peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan
Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641. Acheh pula mengalami kemerosotan selepas
kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

PERANG JOHOR-JAMBI
1. Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari
tahun 1659 hingga 1679.
2.Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan
Johor Riau yang berpusat di Riau.

KONFLIK PEMBESAR
1. Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil
untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
2. Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu
3. Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau. Tun Habib
meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana. Jawatan Bendahara
digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

ANCAMAN RAJA KECHIL


1. Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor. Baginda
mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang)
(1685-1699) dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan gelaran
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
2. Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis Lima
Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
3.Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor
dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), manakala Daeng Merewah dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.

2
STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

PEMINDAHAN PUSAT PEMERINTAHAN


1. Pusat pemerintahan yang terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor diteruskan di Kepulauan Riau
Lingga sebagai pusat pemerintahan baharu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677 – 1685)
2. Keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada
ancaman Portugis dan Acheh adalah faktor pusat pemerintahan sering dipindahkan

MEMBINA KOTA PERTAHANAN


1. Kota pertahanan yang dibina mempunyai bentuk serta ciri tersendiri dan sering berubah
bergantung kepada lokasi pusat pemerintahan
2. Contohnya, Kota Kara yang dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I semasa pengasasan kerajaan.
3. Kota ini terletak adi Kuala Sungai Telor dan mempunyai pagar yang dibuat dengan pancang kayu
besar setinggi 40 kaki (12 meter).
4. Ia diperkuatkan dengan bedil dan meriam

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN BELANDA


1. Bertujuan untuk menghadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh. Ia bermula pada
tahun 1602 apabila Belanda menawarkan bantuan untuk melindungi Johor daripada serangan
Portugis dan Acheh.
2. Pada 17b Mei 1606, perjanjian Johor-Belanda ditandatangani oleh Admiral Belanda, Cornelis
Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas kapal Belanda bernama Oranje
3. Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka.
4. Antara bantuan yang diberi oleh Johor dalam perang Belanda-Portugis adalah:

-Mengangkut peralatan perang


-Membuat tapak meriam
-Menggali parit kubu
-Menyekat musuh lari ke dalam hutan
-Menaikkan semangat tentera Belanda
5. Sejak 2 Ogos 1640, Belanda dibantu oleh Johor untuk mengepung dan menyerang Portugis di
Melaka.
6. Belanda berjaya menewaskan Portugis pada Januari 1641.
7. Tentera Johor yang membantu Belanda telah diusir dari Negeri Melaka kerana Belanda ingin
berkuasa.

3
6.1 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

PUSAT PERDAGANGAN YANG UNGGUL

KEDUDUKAN STRATEGIK
1. Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai
Johor yang lebar dan dalam
2. Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas kapal
dagang dari Timur dan Barat.
3. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan
para pedagang luar untuk berurus niaga

TUMPUAN PARA PEDAGANG


1. Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris.
2. Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang
dengan Portugis di Melaka.
3. Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras
4. Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam
Melayu.

PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN PELBAGAI BARANG DAGANGAN


1. Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu
dengan barangan dari China, India dan Arab.
2. Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada hitam, bijih
timah dan emas.
3. Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera
4. Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.
5. Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin,
periuk belanga, lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau,
Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau.
6. Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China.
7.Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik, kuali besi, teh
dan tembaga.
8.Pedagang Jawa membawa beras
9.Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik
10. Johor juga mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.

4
KESIBUKAN PELABUHAN JOHOR RIAU
1. Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor
terutamanya di pelabuhan Riau
2. Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di
Alam Melayu.

PENGURUSAN PELABUHAN
Faktor-faktor pelabuhan Kesultanan Johor Riau menjadi pelabuhan
entrepot:

KEMUDAHAN PELABUHAN
1. Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada
kebakaran.
2. Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan.
3. Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-ratus.

URUSAN JUAL BELI


1. Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat
Shah I memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang
dan wang timah sebagai katun.
2. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda 2.
turut digunakan.
3. Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan kutipan
cukai pelabuhan.
4. Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan..
5. Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan

SISTEM NAUNGAN
1. Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
2. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam bentuk
cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.
3. Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat
belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

5
PERANAN ORANG LAUT
1. Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah
kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka.
2. Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera
angkatan laut.

KEMUDAHAN MEMBAIKI DAN MEMBINA KAPAL


1. Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.
2. Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.
3. Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.
4. Kemahiran ini telah membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

PUSAT PERSURATAN

Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mempu mencetuskan
unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu

SULALATUS SALATIN
1. Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
2. Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri
Lanang pada tahun 1612
3. Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan
sejarah Kesultanan Melayu Melaka

HIKAYAT HANG TUAH


1. Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas
kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641
2. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
3. Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan
Kesultanan Melayu Melaka.

6
TOKOH PERSURATAN

TUN SERI LANANG


1. Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.
2. Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565.
3. Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II.
4. Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin
Riayat Shah II.
5. Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja Uleebalang di
Samarlanga.

KARYA LAIN
1. Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari.
2. Karya ini merupakan antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman Kesultanan
Johor Riau.
3. Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas dikarang oleh Raja Ali Haji.
4. Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
5. Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad

7
LATIHAN BAB 6
(LATIHAN TIDAK PERLU SALIN. HANYA CETAK DAN JAWAB
ATAS KERTAS SAHAJA. ANDA BOLEH MENCARI JAWAPAN DI
DALAM BUKU TEKS

8
9
10
11
12
13
JAWAPAN
(SILA JAWAB SOALAN TANPA MELIHAT JAWAPAN. SETELAH
SELESAI MENJAWAB BARULAH ANDA BOLEH SEMAK JAWAPAN)

14
15
16

Anda mungkin juga menyukai