Anda di halaman 1dari 2

KESAN PENGAMALAN ADAT MINANGKABAU

1. Dapat mengekalkan dan memelihara korpus budaya untuk generasi akan


dating.
2. BUDAYA MERANTAU- dapat membentuk watak dan keyakinan diri dalam
masyarakat Minang.
3. Dapat mengekalkan bahasa klasik Minang seperti pepatah pepatih
(simpulan bahasa),pantun , peribahasa dan kaba (cerita rakyat). Bahasa
mempengaruhi dan mencerminkan pemikiran dan jiwa rakyat Minang.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-adat-
minangkabau-1.156224.... Zalina Abdul Aziz.....9 November 2015
1. Nilai Kaum Perempuan Adat Perpatih menggariskan bahawa kaum
perempuan disebut sebagai “bonda kandung” iaitu ibu yang melahirkan
anggota-anggota masyarakat atau “waris pusaka”. Yang mengembangkan
zuriat (mengandung) ialah kaum perempuan yang menentukan kualiti
generasi akan datang. Baik buruknya anak bergantung kepada ibu. Maka
dengan itu, Adat Perpatih mengutamakan kaum perempuan dan mereka
harus mempunyai jaminan hidup supaya tidak porak peranda dan dapat
mendidik anak dengan sempurna. Jaminan hidup dalam Adat Perpatih ialah
tanah pusaka yang merupakan sumber ekonomi dan bebas hidup tanpa
bantuan kaum lelaki. Tanah pusakalah tempat tinggal mereka.
2. Nilai Hidup Bermasyarakat Adat Perpatih mengutamakan muafakat di
kalangan individu dan masyarakat. Muafakat membawa pengertian dan
tujuan seperti berikut:
-Tolong menolong -Persefahaman -Bahagi membahagi -Kesatuan -Sama
rata -Bertatatertib -Kepatuhan -Setia -Hormat menghormati-kejujuran.
3. Nilai Ekonomi Dalam aspek ekonomi, Adat Perpatih sangat
mementingkannya kerana menurut adat, ekonomi yang kuat membawa
ketenangan fikiran dan jiwa.
4. Adat Perkahwinan Adat Perpatih menegah perkahwinan di antara
sesama anggota sesebuah suku dan lebih menekankan amalan eksogami.
Eksogami atau perkahwinan di luar suku ini menurut Adat Perpatih
mempunyai objektifnya tersendiri. Menurut Nordin Selat, eksogami dapat
mengekalkan dan mengharmonikan hubungan dalam suku sebagai
hubungan persaudaraan dan tidak lebih daripada itu.
5. Adat Merantau -Tujuan mendapatkan pendapatan yang lebih,
memelihara dan menambah harta pusaka. -Mencari ilmu dan rezeki di
tempat lain untuk di bawa ke kampung sendiri.
*ROSISWANDY BIN MOHD. SALLEH

http://www.jmm.gov.my/files/Sejarah%20Pengamalan%20Adat
%20Perpatih%20Di%20Negeri%20Sembilan.pdf

Anda mungkin juga menyukai