Anda di halaman 1dari 17

TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI

ALAM MELAYU
Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan
atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari
sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju ke arah
kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap,
teratur, dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat
pada proses berfikir secara kreatifdan juga pada kerasionalan
idea dan hujah yang dapat pula dipertanggungjawabkan
alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau
menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan
daripada proses merasa {to feel) dengan pancaindera, dan
proses berkehendak (to will) melalui keinginan nafsu.
Tradisi keintelektualan Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil
kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan.
Bentuk lisan dan tulisan berkembang secara terus-menerus
selaras dengan perkembangan tamadun Melayu. Sastera
lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke
satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat
merupakan satu unsur local genius kebijaksanaan tempatan,
yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir
anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman
praliterasi. Bentuk-bentuk sastera lisan itu misalnya cerita
penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang,
mitos, legenda, cerita asal-usul dan lain- lain. Bentuk-bentuk
ucapan lisan yang lain seperti pantun, peribahasa, simpulan
bahasa, pepatah-petitith, seloka dan seumpamanya (yang
kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan
ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangam
segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses

pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.

Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat
keintelektualan dan kesusasteraan Melayu yang bertulis
bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun
650-1200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar
tahun 1400-1511; diikuti kesusasteraan zaman Johor 15281779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar tahun 16501824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di
Brunei bermula dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu
Sultan Sharif All (1425-1432); dan di Riau sekitar tahun 1673
sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu
tradisional tersebut, secara langsung telah mencetuskan
perkembangan hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengikut
tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan pengarangpengarangnya di istana-istana raja Melayu. Istana-istana raja
Melayu merupakan pusat kegiatan keintelektualan dalam
tamadun Melayu Islam.
Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang
memainkan peranan penting dalam perkembangan
keintelektualan dan kesusasteraan Melayu tradisional.
Walaupun karya-karya kesusasteraan zaman ini umumnya
ditulis dalam bahasa Sanskrit, namun terdapat juga bentuk
penulisan dalam bahasa Melayu kuno seperti yang tercatat di
atas batu-batu bersurat. Walau bagaimanapun, hasil
kesusasteraan yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain
tidak kedapatan atau ditemui

11.6 SENI DAN TAMADUN MELAYU

Konsep sent boleh difahamkan dengan meneliti beberapa
penegasan mengenainya, antaranya, bahawa seni itu
merupakan buatan manusia yang dihasilkan bertolak dari
fitrah akal, budi dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan
manusia yang mempunyai waktu senggang (lapang) dan hasil
seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya
dan penatapnya. Seni itu mengekspresikan alam sekitar dan
budaya manusianya sebagai pencetus atau pendorong
penciptaannya. Kemuncaknya ialah seni itu merupakan
kegiatan bangsa yang maju iaitu menunjukkan wujudnya
tamadun atau peradaban.

Mengenai definisi seni ini, beberapa takrifan telah

dikemukakan antaranya menurut ahli falsafah Yunani
misalnya Aristotle yang menyatakan bahawa seni sebagai
peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut menyertakan
ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Everyman
Encyclopedia mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang
dilakukan orang yang bukan merupakan keperluan asas
melainkan dilakukan kerana kemewahan, kenikmatan atau
dorongan kerohanian. Herbert Read pula mengaitkan
keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk,
sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan dua proses
aktiviti iaitu proses fizikal dan proses psikologikal. Monroe
Breadsky menghubungkan seni dan keindahan kepada suatu
benda yang memiliki kesan yang menyenangkan.

Rumusannya, seni ialah buatan manusia yang

berkemampuan untuk menimbulkan kesan atau efek
psikologis ke atas manusia lain yang melihat dan
menikmatinya. Efek psikologis yang dimaksudkan mencakupi
segala tanggapan melalui pengamatan, pengenalan dan
imaginasi yang rasional atau emosional.
11.6.1 Seni dan Kehidupan
Hubungan seni bagi orang Melayu terungkap dalam kawalan
kehidupan yang boleh dinyatakan seperti dalam ungkapan
benkut:
Kehidupan kawalannya agama dan tatacara, Tatacara
isiannya membentukkan wajah seni.
Penegasan ini sangat cocok dengan perkembangan yang
telah dilalui oleh manusia yang mengisi dan member! erti
kepada tamadun Melayu. Perkembangan yang dimaksudkan
ialah bagaimana hasil seni menunjukkan hubungan manusia
Melayu dengan manusia lain, hubungan manusia dengan
alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan
agamanya, dan penentuan pekerjaan mereka seperti seorang
petani atau nelayan, dengan penentuan tindak-tanduk dan
kelakuannya ditentukan pula oleh sistem kepimpinan seperti
raja atau pemerintah dan rakyat, bahkan juga ditentukan oleh
perhubungan melalui perdagangan dan pembuatan seperti
menggunakan teknik dan teknologi. Semua ini akan
mempengaruhi dan mengawal manusia ketika mereka
mengisi daya kreatif mereka melalui penghasilan seni.
Dalam konteks penghasilan seni dengan ketamadunan, daya

usaha seseorang seniman Islam diberi erti pula melalui

hubungannya dengan alam sekitar dan nilai agamanya.
Tukang dan seniman Melayu turut menyalurkan kreativiti seni
dengan matlamat "demi Tuhan", seperti usaha menyalin
semula Al-Quran dengan bertulis tangan, menggubah lagu
untuk nyanyian puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi,
seperti lagu nasyid. Daya inspirasi dan usaha mereka juga
didorong oleh kepuasan dimana hasil itu sebagai ekspresi
rohani jiwa Islam, umpamanya dalam penghasilan seni ukir,
apabila ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu bagi
menghasilkan sen! kaligrafi, dipahat atas batu, dan diukir atas
dinding-dinding rumah.
Menjelang kurun ke-13,14 dan 15, dunia Melayu (Alam
Melayu) telah mempunyai beberapa buah kesultanan Melayu
Islam iaitu di Pulau Sumatera, selatan Thailand dan
Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi
dan Kepulauan Maluku, dan Kepulauan Filipina. Kerajaankerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan keseniaan
seperti kegiatan hasil seni rupa dalam bentuk kaligrafi,
lukisan, ukiran, anyaman, tenunan, dan seni persembahan
antaranya dalam bentuk pengucapan, muzik, tarian, bercerita
dan seni lakon. Istana raja-raja Melayu Islam sebagai pusat
kebudayaan telah berperanan menjadi penaung kepada
kegiatan seni sebagai salah satu ciri dalam tamadun Melayu.
Menjelang kurun ke-15, dunia Melayu sudah menjadi laluan
utama budaya dan perdagangan dari luar sama ada dari
negara-negara di bahagian dunia timur atau barat. Ini kerana
dunia Melayu dari segi geografi, berkedudukan strategik
terletak di pertengahan jalan laut (Jalan Sutera Maritime
antara kedua kawasan utama ini. Perdagangan merupakan

faktor yang turut membawa pengaruh dalam pembentukan

seni budaya Melayu. Umpamanya dari negara China dibawa
masuk kain dan benang sutera, dari India kain dan benang
kapas, serta pewarna, dari Eropah kertas dan dakwat, dan
dari Timur Tengah kain bertekat dan bertenun benang emas.
Barang dagangan tersebut membuka peluang baru dalam
berkarya dengan daya kreativiti manusia Melayu.
Dari hubungan ini terhasil bentuk-bentuk seni tekstil seperti
kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, walaupun
terdapat juga hasil kain yang memang asali tempatan
antaranya kain pua dan kain tenun. Melalui hubungan ini juga
terhasil bentuk-bentuk seni khat yang diupayakan sebagai
kerajinan tangan hingga menghasilkan manuskrip dan kitab
bertulis tangan. Seni tekat, ikat dan ceiup warna (tie and dye),
dan seni anyaman bakul, tikar, kelarai juga sebagai hasil kraf
Melayu.
Alam semulajadi ialah sumber utama kreativiti seni orang
Melayu. Oleh itu peniruan alam mencakupi unsurflora dun
fauna, iaitu tumbuhan dan haiwan dalam dunia Melayu.
Kreasi yang berpolakan flora dan fauna dihias pula dengan
motif dari sumber yang sama. Contoh motif dan pola flora
seperti pola bunga tabur yang terisi dalam pilihan motif
bunga-bunga kecil seperti bunga cempaka, lawang, cengkeh,
ketumbit. Ada juga bentuk pola bunga-bunga renik yang
disusun dalam pola rangkaian empat persegi atau berantai.
Terdapat juga motif dan pola dari daun dan pohon,
umpamanya pola batang atau dahan yang menjalar, dengan
pengisian motif seperti daun dan bunga kangkong, daun dan
buah peria dan sulur keladi.

Terdapat juga pola dari jenis pucuk seperti pola dari pucuk
rebung yang disusun dalam sesuatu pola barisan lalu digelar
dengan nama seperti pucuk rabung tunjuk langit, pucuk
rebung lawi ayam, pucuk rebung berjuang dan seumpamanya
mengikut lakaran hiasan wajah bentuk pucuk rebungnya.
Pola pucuk rebung

itu turut pula dihias bahagian dalam atau luar lakarannya

dengan motif seperti bunga-bunga kecil, jambak bunga dan
sebagainya. Peniruan unsur alam sumber flora Melayu dari
batang pokok dan dahan, daun dan buah, bunga dan
kuntumnya sangat disukai oleh pereka seni Melayu hingga
dijadikan sumber kreativiti seni oleh mereka.
Pola dan motif fauna, iaitu haiwan darat dan laut, juga
digemari sebagai pola dan motif penghias bahan ukiran kayu,
terutama pada bahagian tinggi seperti pada bumbung rumah,
pada kenderaan seperti perahu dan pada perabot rumah.
Contoh pilihan fauna sebagai penghias dalam bentuk pola
dan motif dalam seni hias Melayu pada rumah dan peralatan
rumah ialah binatang darat, seperti cicak, burung, serangga;
dan dari binatang laut, seperti kuda laut, ikan, yang
semuanya dibentuk secara tiruan yang berusaha mematuhi
bentuk asalnya atau diabstrakkan dengan hanya mengambil
bentuk kasarnya.
Terdapat juga peniruan dari alam semula jadi seperti langit,
awan, bulan, bintang, bukit dan seumpamanya yang
kemudian direka cipta dalam bentuk motif dan pola geometri
seperti yang terdapat pada hasil seni bina Melayu iaitu jenis
pagar, tangga, tiang, dinding dan atap yang berunsurkan

tebukan dan ukiran kaligrafi, awan berarak, bulan dan

bintang, bulan sabit, yang dipolakan dalam bentuk susunan
dan gandingan. Antara bentuk pola yang popular ialah pola
bentuk potong wajik, silang beratur dan seumpamanya. Kuihmuih Melayu juga dihias pemotongan atau pembentukannya
dengan cara dipotong bentuk -wajik, empat segi, tiga segi,
dibentuk bulat, bujur dan seumpamanya supaya nampak
seni.
11.6.2 Ciri-ciri Hasil Seni Melayu
Sesuatu hasil seni bahkan mampu menampilkan kemahiran,
kegemaran, dan kemajuan kreasi dan pengkaryanya melalui
proses dan hasil seni itu, terutama jika hasil itu menjadi
keperluan yang disenangi dan berguna. Sesuatu hasil seni itu
mampu menyatakan 'alamnya', baik alam luaran (rupa) dan
alam dalaman (jiwa). Umpamanya, kerajinan tangan orang
Melayu telah menghasilkan seni tampak yang khusus.
Sebagai contoh, kendi, tempayan, dan labu adalah namanama untuk bekas pengisi air yang meniru bentuk buahbuahan dan sayuran tempatan, seperti kendi bentuk buah
asam gelugur atau jenis-jenis labu. Contoh lain umpamanya
dalam pembentukan rupa senjata yang juga merujuk kepada
fauna atau bahagian-bahagiannya yang kelihatan pada hulu
atau mata peralatan senjata tradisional seperti pisau (lawi
ayam) keris, lembing, parang dan meriam.
Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan
sahaja menjadi tempat pelindungan bagi orang Melayu tetapi
menampilkan wajahnya yang sesuai dengan fungsinya.
Umpamanya masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau
pancur air untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus

bentuknya memberikannya ciri seni bina masjid. Istana

golongan raja-raja perlu pula diseri dengan balairong
penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat
dan seumpamanya. Batu nisan di perkuburan turut diolah
dengan atur letak dan nukilan yang mencerminkan rupa dan
jiwa manusia Melayu.
Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan
dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan
dan ketangkasan lelaki Melayu. Gubahan gerak dan bentuk
tari Melayu seperti tari menghadap rebab, tari makyong, tari
gamelan, tarian inai, tarian inang dan tarian lilin menampilkan
kelembutan dan kesopanan. Sementara itu tarian dabus, silat,
kuda kepang, barongan dan zapin umpamanya
mengutamakan ketangkasan dan kelincahan pada geraknya.
Alat muzik yang merupakan seni persembahan muzik untuk
mengiringi seni nyanyi, tari dan lakon menyatakan jugajiwa
dan rupa Melayu. Rebab gendang dan gong, kompang,
serunai dan sending adalah bentuk-bentuk alat muzik orang
Melayu yang ada kelainannya jika dibandingkan dengan alatalat muzik dari jenis yang sama dari budaya lain, biarpun
masing-masing menggunakan prinsip bunyi yang sama, iaitu
sama ada dengan penggunaan tali, tiupan, atau pukulan.
Seni tekstil dan busana Melayu turut menjadi suatu keunikan
yang tersendiri dalam penampilan rupanya. Sebagai contoh,
seni tekstil kerajinan tenun orang Melayu melahirkan bentukbentuk antaranya seperti kain pua, kain sampin, kain
selendang, dan kain limar. Terdapat juga penghasilan batik
dan songket yang khusus pembuatan dan penampilan motif
dan polanya. Daripada keperluan berbusana terhasil pula
kerajinan tangan untuk alat hiasan berbusana, seperti butang

baju, pending dan tali pinggang, dokoh untuk penutup dan

penghias dada, pemelih, bunga malai, tiara, mahkota untuk
hiasan di kepala bagi wanita, dan tanjak, songkok, terendak,
ikat, setangan dan seumpamanya untuk lelaki. Terdapat juga
wangi-wangian seperti bunga rampai. Pakaian alas kaki pula
seperti capal, selipar, kasut, terompah dan seumpamanya.
Terdapat juga hiasan-hiasan badan seperti gelang tangan dan
kaki, cincin, rantai, dan seumpamanya.
Seni dalam tamadun Melayu Islam mempamerkan kerajinan,
kreativiti dan pemikiran orang Melayu dengan menentukan
pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan harian,
untuk upacara dan adat istiadat, atau untuk hiasan dan
warisan

warisan.

Anda mungkin juga menyukai