Anda di halaman 1dari 9

Landskap (assignmnt)

1. PENGENALAN
Dalam arkitektur, bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan
menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen
secara terancang dalam suatu plan komprehensif. Lanskap membabitkan elemen-elemen
topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan
hijau, rumput, bunga dan sebagainya.
Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan
untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih
kecil dan terkawal. Kerja landskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun
pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan,
menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.. Landskap yang direka sesuai dan mendokong
kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.
Masyarakat secara umumnya mengaitkan bidang seni bina lanskap sebagai mereka yang
sentiasa terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan seperti tukang kebun dan
seumpamanya. Istilah lanscape gardner atau tukang kebun landskap telah dicipta oleh William
Shenstone pada 1754. Manakala istilah seni bina landskap (lanscape architect) pula telah
dicipta oleh Gilbert Laing Meason pada tahun 1828. Ini menunjukkan bidang seni bina
landskap ini telahpun wujud sejak abad ke 18 lagi.
Namun begitu, kini bidang seni bina landskap telah berkembang dan diterima sebagai suatu
profesion yang profesional seperti doktor, peguam dan seumpamanya. Pelbagai pengkhususan
telah wujud dalam seni bina landskap ini seperti jurutera seni bina, pengurus landskap, saintist
landskap dan pereka bentuk taman.
.

2. ELEMEN REKABENTUK
Dalam usaha mewujudkan landskap untuk kediaman yang mampu merealitikan suasana
semula jadi, pelbagai perkara perlu diambil kira supaya segalanya berjalan seperti dirancang.
Pemilihan tananam seperti pokok renek bertekstur halus digalakkan kerana berupaya

membuatkan kawasan yang terhad kelihatan luas dan sebaliknya. Ada beberapa elemen reka
bentuk yang perlu diketengahkan dan digabungkan bersama bagi meningkatkan daya tarikan,
tumpuan pemandangan dan nilai estetika kawasan landskap.
Terdapat 5 elemen reka bentuk yang harus dititik beratkan dan diberi perhatian untuk
menghasilkan kawasan landskap iaitu:

2.1 Warna
Warna merupakan elemen terpenting di dalam menghasilkan landskap kerana warna dapat
menarik perhatian kepada suatu tanaman atau gabungan tanaman serta mempengaruhi
perasaan terhadap landskap dan menimbulkan suasana tempat. Warna yang menarik dan
cantik akan dapat mempengaruhi perasaan seseorang manusia dari segi mood dan ketenangan
jiwanya. Jadi tidak salah jika dikatakan bahawa penggunaan warna dan kombinasinya yang
sesuai merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk yang terbaik.
Terdapat 2 bentuk warna yang digunakan dalam reka bentuk iaitu warna asas (latar belakang)
dan juga warna tumpuan. Manakala jika dilihat dari sudut penggunaan warna dalam sesuatu
reka bentuk, ianya boleh dikelaskan kepada 3 bahagian utama, iaitu ;

2.1.1 Monokromatik (Satu warna)


Diantara penggunaan komposisi warna, penggunaan warna monokromatik dirasakan lebih
aman kerana dapat menghindari dari kesalahan pemilihan warna dan mempermudah dalam
pemilihan komposisi warna pada layout sebuah laman. Monokromatik ini adalah salah satu
metode dari color harmony atau color matching yang sering digunakan untuk memilih
warna.
Warna monokromatik boleh didefinisikan sebagai suatu warna yang diperoleh dari hasil
gradasi dari warna yang kita pilih terhadap warna gelap dan terang dari warna tersebut.
Namun begitu jika dilihat dari sudut reka bentuk seni bina landskap, warna monokromatik
lebih menjurus kepada suatu warna yang sama kepada warna tumbuh-tumbuhan yang lain.

2.1.2 Komplimentari (Satu warna utama dengan sedikit warna setanding)


Merujuk kepada seni bina landskap ini, ternyata ia memiliki bahagian pokok yang bersifat
komplimentari, berbagai aneka bentuk, corak, dan warna. Secara keseluruhannya, landkap ini
berwarna hujau, tetapi terdapat juga pohon yang berwarna seakan-akan kuning, tetapi
menyerlah.
Landskap yang berkonsepkan Inggeris ini kelihatan ceria dengan gabungan 2 jenis warna
hijau dan kuning yang seakan-akan hijau. Ditambah pula dengan ketulan batu besar yang
menyokong dari segi keseimbangan lanskap ini.

2.1.3 Beraneka warna (Penggunaan berbagai jenis warna)


Sesetengah warna apabila digunakan bersendirian akan menampakkan kebosanan. Akan tetapi
ia akan menjadi lebih hidup dan ceria jika digandingkan dengan warna lain. Misalnya, warna
hijau dan merah akan menjadi lebih menarik jika digandingkan bersama dan sekaligus
menghilangkan kebosanan dan mampu meningkatkan mood dan persepsi sesiapa yang
menilainya. Penggabungan warna atau penggunaan warna yang pelbagai perlu dilakukan
dengan berhati-hati untuk mewujudkan sesuatu kesan yang tepat dengan mesej atau subjek.

2.1.4 Ciri-ciri warna


Merah - Menarik, positif, cergas, garang (agresif), menyenangkan
Kuning - Riang, menyenangkan hidup, ceria, melambangkan
warna kebesaran
Ungu - Mengagumkan, kaya dan mantap
Putih - Positif, suci dan setia
Hitam - Sedih, ketakutan, kejahatan, tertekan dan suram
Biru - Sejuk, tenang, pasif, ketenangan, kesucian dan cinta
abadi
Hijau - Kesegaran, keremajaan, kedamaian, kesetiaan,
keagamaan dan semula jadi

Warna boleh memberi kesan sama ada lembut atau segar pada taman. Tidak dinafikan elemen
ini paling sukar hendak diaplikasikan dalam sesebuah taman. Warna boleh mengubah mood
dan saiz taman. Ia memerlukan kombinasi warna lain yang sepadan. Di sini diberikan
beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian:
Untuk mendapat suasana dramatik, cuba dengan warna gelap. Warna ini mampu memberi
impak di bawah cahaya matahari.
Putih dikatakan warna versatile bagi semua warna dan sesuai digandingkan dengan apa juga
warna. Ia memberi suasana lebih serah dan ceria pada taman.
Kuning terang memberikan impak kuat berbanding warna lain. Mata akan terus memberi
tumpuan kepada warna kuning berbanding warna lain.
Warna pudar seperti merah jambu lembut menceriakan sudut taman yang gelap atau ruang
taman terlindung.
Warna panas seperti merah, oren dan kuning terang menambahkan kehangatan di taman.
Bagi yang mengimpikan ketenangan, kombinasi warna bumi seperti hijau, bitu dan ungu
dengan warna berani mampu merealisasikannya.
Jingga tidak begitu sesuai dipadankan dengan merah jambu tetapi tampak menarik
digandingkan dengan rona kuning, biru atau ungu.
Gunakan pokok yang mempunyai warna daun menarik selain hijau terutama pada musim
tidak berbunga.

3.1 Tekstur
Elemen seterusnya bagi penghasilan landskap ialah tekstur. Biasanya tekstur ini dilihat dari
rupa bentuk sesuatu senibina landskap itu sendiri disamping rupa ppokok, batang dan
daunnya. Misalnya tanaman yang bertekstur halus memberi persepsi jauh manakala tanaman
yang bertekstur kasar memberi kesan dekat.

Tekstur bagi rekabentuk landskap berkaitan dengan kesan penglihatan terhadap kualiti
permukaan iaitu samalah seperti rasa halus atau kasar pada suatu benda yang kita sentuh.

4.1 Bentuk
Bentuk merupakan sesuatu yang terhasil daripada garisan yang melingkungi sesuatu objek.
Ianya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu dua dimensi (shape) dan tiga dimensi
(form).

Setiap tumbuhan mempunyai bentuk semula jadi yang boleh diketengahkan dalam satu reka
bentuk. Di mana terdapat bentuk seperti bulat, bujur, tiga segi menjalar dan sebagainya. Di
samping, bentuk tumbuhan yang di kombinasikan akan menghasilkan bentuk yang lebih
geometri.
Bagi ruangan yang sempit, bentuk lonjong adalah sesuai berbanding dengan bentuk bulat dan
rendang. Berbeza dengan elemen-elemen yang lain, bentuk lebih memerlukan ruang yang
lebih. Oleh itu, kita perlu menggunakan kemahiran untuk menguasai ruang yang biasanya
terhad dengan cara yang terbaik.

5.1 Garisan
Garisan adalah penghubung antara beberapa titik yang menghasilkan garisan seperti bulat,
lonjong dan segi. Gubahan boleh berbentuk geometri di mana garisan yang dibuat adalah
berkeadaan rigid atau jelas serta memberi kesan visual yang lebih padat. Gubahan berbentuk
semula jadi, garisan tidak berapa jelas atau fluid dan menghasilkan kesan yang agak bebas.
Untuk mewujudkan garisan geometri, kita boleh menggunakan tumbuhan yang disusun secara
selari pada jarak tertentu atau dirapatkan pada laluan bangunan di antara tiang-tiang.
6.1 Tumpuan (Focal Point)
Sesuatu seni reka landskap yang cantik biasanya dikaitkan dengan tumpuan atau focal point
yang mana ianya merupakan penggabungan seni reka landskap dengan suatu daya tarikan
yang berwarna terang, skulptur atau tanaman, gubahan dan susunan menarik. Tumpuan dalam

landskap boleh direka melalui tanaman yang pelbagai tekstur bentuk skulptur dan struktur
seni bina bergantung kepada pemilik landskap itu sendiri setelah berunding dengan pelukis
dan kontraktor landskap.

3. KAEDAH PEMBIAKAN
Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri
yang asas bagi kesemua hidupan yang diketahui. Setiap organisma wujud sebagai hasil
pembiakan. Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang
utama:Pembiakan seks iaitu pembiakan melalui biji benih dan pembiakan aseks, iaitu
pembiakan vegetatif.
3.1 Pembiakan biji benih
Pembiakan biji benih
(Pembiakan seks)
Tumbuhan yang dibiakkan melalui biji benih tidak semestinya menjadi baka yang baik,
walaupun ianya diambil dari benih yang baik. Ianya boleh berbeza dari segi rupa, bentuk dan
warna. Sesetenngah spesis tumbuhan agak sukar tumbuh daripada biji benih. Maka dengan
sebab itu, sesetengah tumbuhan yang dibiakkan melalui biji benih, mengambil masa yang
agak lama.
Walau bagaimanapun, terdapat 4 faktor persekitaran yang mempengaruhi percambahan biji
benih, iaitu air, cahaya, suhu dan oksigen yang mencukupi.

3..2 Pembiakan vegetatif


Kaedah tut pokok
(Pembiakan aseks / vegetatif)

Pembiakan vegetatif ialah kaedah pembiakan pokok dan tumbuhan dengan menggunakan
bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan sebagainya.
Pembiakan seumpama ini disebut sebagai pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang
tiada hubungannya dengan jantina.
Pembiakan vegetatif hanya boleh dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih,
atau biji benih yang sukar diperolehi seperti bunga raya, pokok kelapa dan sebagainya.
Pembiakan vegetatif boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti keratan, tut, cantuman,
belahan rumpun dan sebagainya.

4. KAEDAH TUT (MARCOTTING)


Tut atau marcotting ialah teknik membiak yang digunakan untuk tumbuhan yang sukar
membiak daripada keratan batang atau daun. Dalam Bahasa Inggeris teknik ini dipanggil air
layering.
4.1 Tanaman yang dipilih
Pokok yang dipilih untuk projek ini ialah pokok rambutan atau nama saintifiknya Nephelium
lappaceum. Lokasi pokok rambutan ini ialah dikampung Selekoh, Bagan Datoh Perak.
4.2 Alatan yang diperlukan
Pelbagai alat dan bahan yang diperlukan bagi tujuan pembiakan pokok rambutan ini.
Pisau
Tali rafia
Plastik
Tanah lembab
4.3 Langkah kerja pembiakan
Sebelum kerja pembiakan tut pokok rambutan ini dijalankan, perkara utama yang perlu
diambil perhatian ialah pokok itu sendiri, yang mana ianya mestilah berada dalam lingkungan
hayat yang sihat dan tidak berpenyakit. Setelah itu, pastikan alatan dan bahan yang diperlukan
bagi kerja-kerja tersebut lengkap.

Teknik ini membolehkan akar bertumbuh pada batang ketika ia berpaut pada ibu pokok.
Andaiannya ialah akar akan tumbuh apabila sesuatu bahagian pada batang dipaksa bertemu
dengan tanah atau apa jua bahan yang menggalakkan pertumbuhan akar seperti habok papan.
Langkah pertama ialah memotong bahagian batang ranting pokok dengan menggunakan pisau
yang tajam. Potong batang pokok secara menyerong sepanjang 2 hingga 5 sm. Kemudian
selitkan satu batang macis kedalam potongan itu untuk menghalang tumbuhan itu daripada
menyembuh potongan berkenaan.
Langkah seterusnya ialah buang daun dan ranting yang berdekatan dengan potongan tersebut.
Boleh juga disapukan baja pada torehan tersebut dengan tujuan mempercepatkan proses
pertumbuhan akar pada batang pokok. Balut potongan tersebut dengan sabut kelapa yang
lembab atau tanah yang lembab dan ikat dengan plastik.
Selepas beberapa minggu, akar mula tumbuh pada bahagian batang kayu yang telah di tut.
Setelah itu, buang balutan plastik dan potong bahagian batang tersebut dan tanamnya dalam
komposisi tanah yang sesuai.
Penulis bersama pokok rambutan yang telah dibiakkan melalui
proses tut (marcotting)
5. PENUTUP
Kesedaran memelihara dan memulihara alam kian menular di jiwa masyarakat. Resah di
kelilingi hutan konkrit, alternatif yang memberikan ketenangan minda dicari. Atas kesedaran
itulah maka terbina pelbagai rekabentuk landskap yang pelbagai rupa dan bentuk.
Melalui kewujudan seni landskap, masyarakat akan mencintai dan menghargai alam
khususnya membabitkan generasi akan datang apatah lagi pada saat pemanasan global sedang
hangat diperkatakan. Sebagai masyarakat prihatin, kita harus berganding bahu memastikan
alam sekitar terpelihara untuk tatapan anak cucu.
Ilmu tentang seni rekaan landskap dan persekitaran ini mampu menjana dan memberi ruang
pasaran baru kepada pengusaha dalam industri landskap di samping membantu

memperkembang dan membangunkan industri landskap secara khusus dan peluang ekonomi
secara keseluruhannya.
Landskap mampu memupuk dan menyemai semangat kekeluargaan melalui aktiviti rekreasi
di samping menyemai nilai dan gaya hidup masyarakat sihat.

Rujukan
Md Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003) Pendidikan Seni Untuk Maktab &
Universiti, PTS Publications & Distribution Sdn Bhd.
Mustafa Kamal Mohd. Shariff, (1989), Hortikultur Hiasan dan Landskap, Shah Alam: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Open Universiti Malaysia, (2007), HBAE3203 Seni Rekaan Landskap dan Persekitaran,
Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd
http://members.fortunecity.com/mantis3/Asrin.htm
http://www.bharian.com.my/
http://www.gillespies.co.uk/services/Landscape_Design/
http://www.heliumtrdg.com/images/landscaping_boulder.jpg
http://www.plant-care.com/images/landscape-stones.jpg
http://www.senihias.com/page.php
http://www.flickr.com/
Posted by

Anda mungkin juga menyukai