******(Ucapan GB.)
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Jasri Amir
Abjul Guru Besar SK Tanaki Papar untuk menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Pak petani menyabit rumput
Rumput diberi makan ternakan
Jemput bukan sebarang jemput
Jemput menyampai kata aluan.
Ucapan terima kasih kepada Tuan Jasri Amir Abjul Guru Besar SK
Tanaki Papar di atas ucapan alu-aluan beliau tadi.
(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit
tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima
kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Darius Golingai kerana telah
sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
2015 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha
Tuan Jasri Amir Abjul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanaki
Papar bagi menyempurnakan agenda.
Makan nasi di tepi bendang
Bersambal tumis ikan bilis
Datanglah tuan kami mengundang
Tampil ke depan merasmi majlis
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Darius Golingai.
****(Konvokesyen Prasekolah)
Untuk meneruskan majlis, majlis menjemput Tuan Darius Golingai
untuk menyempurnakan Konvokesyen PraSekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Darius Golingai
kerana telah sudi menyempurnakan Konvokesyen Prasekolah.
******(Persembahan Tahun 6).
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahun 6 iaitu
tiupan Rekoder yang bertajuk Bengawan Solo dan Bunga Yang
Hilang. Dipersilakan.
(Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan tahun 6
ini dilatih oleh guru muzik iaitu Guru Besar Tuan Amir Abjul dengan
dibantu oleh Puan Shirley Pauline Juhim.)
Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang telah membuat
persembahan sebentar tadi.
(1)******(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Kedudukan
Dalam Kelas Tahun 1 hingga tahun 6)
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil
penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas bagi tahun 1 hingga
tahun 6.