Anda di halaman 1dari 2

PUISI TRADITIONAL:  PANTUN BUDI

Pantun Maksud pantun


Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa
Sampan kolek mudik ke tanjung; dikenang dan menjadi sebutan orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi


Yang merah saga; dan bahasa yang tinggi.
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa
Bunga seroja di tepi kali; akan dipandang hina.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup,


Jatuh daunnya ke dalam ruang; kekayaan lebih diutamakan daripada budi
Adat dunia memang begitu, bahasa.
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,  Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan
Pandai melompat pandai menari; kita sentiasa berbudi bahasa.
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan
Sampan sakat di Pulau Angsa; dipandang mulia, manakala martabat bangsa
lndah tampan kerana budi, dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan
Tempat raja membangun kota; lebih hebat jika bersama-sama dengan orang
Bijak bertemu dengan jauhari, yang sama taraf dengannya.
Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah


Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)

1 .      Tema
Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa
menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 

2.      Persoalan
a. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
b.    Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi
bahasa.
c.    Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
d.    Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
e.    Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
f.     Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

3.      Bentuk
a.       Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b.       Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Contohnya, • setiap rangkap empat baris;
c.       Ada pembayang dan maksudnya.
d.      Jumlah suku kata 4 hingga 7.
e.       Pantun jenis terikat.

4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (ulangan perkataan di hadapan) Yang kurik kundi,
Yang merah saga, Yang  baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Peribahasa. Bagai cincin dengan permata
Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan perkataan yang sama Indah tampan kerana budi, Tinggi
di tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

 5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berbudi bahasa. Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar
sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat
Nilai mengenang jasa. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada
kita.
Nilai kebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar
dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai