Anda di halaman 1dari 4

Novel Meniti Impian : Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 2)

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pekebun yang rajin bekerja
– Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering
membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk
menampung keperluan keluarganya.

Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh


– Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan
bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas

Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’


– Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan
dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas
bersama-sama

Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain


– Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding
dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM

Masyarakat yang rajin bekerja


– Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun
mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.

Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat


– Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi
pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor
Setar

Masyarakat yang bergotong-royong


– Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan bengkel perabot Zahar
di bahagian kanan halaman rumahnya.

Masyarakat yang mementingkan ilmu


– Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di
IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.

Masyarakat yang prihatin / ambil berat terhadap sanak-saudara


– Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa
teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.
Latar

Latar belakang sesebuah cerita

Latar masa
-Tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa

Latar Masyarakat
-Gambaran / keadaan masyarakat (Masyarakat majmuk,masyarakat desa )

Latar Tempat
-Tempat berlakunya sesuatu peristiwa

Latar Masa

Lima Tahun
-Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima
tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-kerja pertukangan.

Setahun
-Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya,Pak Yusuf.

Tiga Tahun
-Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah,Zahar sentiasa berusaha memohon
pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.

Satu jam setengah


-Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk
bertemu dengan Suhaili.

Waktu pagi
-Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
-Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah
Suhaili.

2.30 petang
-Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di
padang pada minggu suai kenal.

Pada waktu malam


-Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada
malam pentup minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.

Awal bulan
-Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak
RM200.00 pada setiap bulan.

Tiga bulan
-Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
-Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas,barulah Zahar dan rakan-rakannya
mendapat keputusan peperiksaan mereka.

Dua minggu
-Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu
selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.

Enam bulan
-Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam
bulan.
-Zahar dan rakan-rakannya perlu menjalani latiah dalam loji selama enam bulan.Zahar
diterima menjalani latihan di KIlang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian
Kamunting,Taiping.

Latar Tempat

Bengkel Pak Yusuf


-Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu
pendapatan keluarganya.
-Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal,Pak Yusuf menyiapkan tempahan
perabot daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya.

Bengkel Pertukangan Perabot


-Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di k dalam bengkel
Pertukangan Perabot.Mereka diberi masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.

Padang
-Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka
kekurangan pemain.

Rumah Ketua Kampung


-Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung
Pak Karim.

Stesen Bas MARA


-Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.

Kompleks City Point,Alor Setar


-Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City
Point,Alor Setar.

IKM Sungai Petani


-Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai
Petani.Zahar mengikuti kursus Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus
Lukisan Seni Bina.

Kampung Carok Petitih,Sik


Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai Petani
menaiki teksi Pak Usin.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat pekebun
-Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya,Pak Yusuf juga sering pergi
membersihkan kebunnya.
-Mak Kiah,ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.

Masyarakat pelajar
-Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh
sebelum menduduki peperiksaan asas.

Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain


-Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi
bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.

Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain


-Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai
pelatih berbanding dirinya berkelulusan ITM.

Masyarakat yang rajin bekerja


-Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia
menjalani latihan loji sahaja.

Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat


-Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama
setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.

Masyarakat yang bergotong-royong


-Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut
kanan halaman rumahnya.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan


-Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6,Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk
menambah ilmu pengetahuan.

Masyarakat yang ambil berat

-Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan
menghantar Zahar mendaftar di IKM.

Anda mungkin juga menyukai