Anda di halaman 1dari 32

23 TAHUN CIKGU BM

NOVEL : MENITI IMPIAN (Osman Ayob)

MAB 8 months ago Categories: Bercampur-campur

SINOPSIS

Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang remaja,
Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar
merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk
mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha
memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam
hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan
sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM
dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu.
Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan
dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1: Cita-cita

Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan
oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak Temah
datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan mihun. Mak Temah meminta maaf daripada
Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada
Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak
Temah berlalu. Pak Yusuf berpesan supaya Mak Temah menyediakan makanan tengah hari dan juga
mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan rak kasut
yang sedang mereka buat disiapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau
dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana
menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang diminta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang
berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri hingga menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya
berkualiti dan dapat dijual dengan harga yang murah. Pak Yusuf bertanya kepada Zahar mengenai
permohonan ke IKM. Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada minggu hadapan.
Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu
orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.

Bab 2: Tawaran

Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar. Dia terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan
tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa
saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari segi luaran
surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum
kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabot di IKM Sungai Petani. Setelah selesai
solat maghrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di atas bangku di luar masjid. Bakar mengusahakan kedai
peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu
rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada Zahar.
Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan Suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu
di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada di tahun ketiga dan
menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca surat tawaran kemasukan ke IKM yang terletak
di atas meja semula. Dengan pantas surat itu mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah
ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya
nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.

Bab 3 : Cabaran

Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon
telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada
Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan
Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar
terimbau kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai
tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar.
Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam
dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan
pelajaran dalam bidang kemahiran.

Bab 4 Pertemuan
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal
untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya
tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang
kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu
kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas
jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut
dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang
terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka saling bertanya khabar.
Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu
bahawa dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah
terhadap tawaran yang diterima oleh Zahar dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya
kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan bahawa dia tidak pernah melupakan
cabaran Suhaili dengan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga
menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada
jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat
Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan
mengekori Suhaili tanpa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan

terus meninggalkan tempat tersebut.

Bab 5 : Dilema

Pak Yusuf menegur Zahar kerana sejak pagi dia kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang
masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar
dengan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya ke mana Zahar pergi kerana dia tidak
kelihatan semalam. Zahar menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan
sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.

Bab 6: Perjalanan

Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin untuk mendaftar di IKM.
Tauke Lim turut menumpang kerana kebetulan mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam
perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi
pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan
juga swasta. Ingatan Zahar terimbas akan kejadian di Alor Setar tempoh hari, iaitu semasa dia
terserempak dengan Suhaili dan pemuda kacak. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat
pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf
sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok.
Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak
perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil
memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar
ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Dengan. Beberapa
orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan penarik perhatian. Zahar membaca
poster yang berkenaan dengan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam
2.30 petang. Zahar kembali melangkah diikuti Pak Yusuf dengan persoalan yang bermain dalam
fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.

Bab 7: Suai Kenal

Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula
program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baharu berkumpul di
padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan
belakang IKM, di situ akan didirikan bangunan asrama yang baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk
mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong-
royong mereka diarahkan ke dewan makanan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar
berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.

Bab 8: Kemahiran

Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baharu telah ditempatkan di dalam kelas mengikut
bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi
peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu
Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabot. Zahar kagum melihat peralatan
yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor penyimpanan
pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat
deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan
alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat
kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang
pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap
lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama
sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah.
Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan
Norimi dan Habsah.

Bab 9: Kepulangan

Zahar pulang ke kampung pada pagi hari Sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM. Zahar berasa
pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang
berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang
sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana riuh-rendah. Zahar terfikir bermacam-
macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar
terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke
rumah Pak Karim untuk makan kenduri. Zahar bersalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak
Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk ke
bangsal pertukangan Pak Yusuf. Dia melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat
sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa
perabot yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat,
teliti, halus dan berseni. Zahar terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar disapa oleh Pak
Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan bilakah Zahar sampai dan adakah dia pergi
ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baharu sahaja tiba dan segan untuk ke
majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan
Zahar terputus apabila melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan
bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari
rumah Pak Karim.

Bab 10:Nota

Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu
giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang
imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang
itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar
menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir
memenuhi rak. Habsah memberitahu ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat
tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak
berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat
itu bercap posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada
Zahar. Zahar meminta surat itu daripada Norimi semula dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan
mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya.
Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus
membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Dalam surat
tersebut Suhaili menyatakan hasratnya untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih
haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan
beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil
terbantut di situ sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk ke kelasnya semula. Zahar
meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk
melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa-bawa pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan
mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya. Zahar
berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Bab 11 : Parut Luka

Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima oleh Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak
puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah
Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu
sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak
menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat
tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta
Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang. Maarof pula
berlari-lari anak menghampiri Zahar. Dia mengajak Zahar berlatih bermain bola sepk bersama kerana
kekurangan pemain.

Bab 12: Kejohanan

Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak
meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana
menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan
memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya
bukan bergantung pada dirinya seorang saha tetapi sebab kerjasama semua pemain dan penyokong-
penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan
bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Bab 13 : Kemenangan

Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dengan pasukan
IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi
perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan
menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan. Pasukan bola
sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga
mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar
untuk mengeratkan perhubungan.

Bab 14: Ujian

Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih
gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas.
Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Apabula tiba hari peperiksaan
semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum,
Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa berpuas
hati dengan hasil kerjanya. Apabila peperiksaan disambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin
dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga
minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang
ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.

Bab 15: Semangat

Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan
dapat bekerja dengan baik. Cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai
ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi azamnya
untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas bersarapan, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf.
Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar. Mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak
Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi
itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak
mendapat tempahan perabot.

Bab 16: Perjuangan

Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang dinanti-nanti pun
diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum tersenyum kegirangan kerana hanya
seorang pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulangi peperiksaan semula. Cikgu Baharum menasihati
semua pelatihnya agar tidak lalai dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana
gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih
Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga
mendapat keputusan yang cemerlang.

Bab 17:Harapan

Enam bulan berlalu terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih
intensif kerana ada dua peperiksaan perlu diduduki dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi
sebarang masalah. Doa restu ibunya dan dorongan Pak Yusuf menjadikan fikirannya sentiasa tenteram
dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan yang berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya
pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu
Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil
IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya
menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga,
pelatih-pelatih menerima makluman daripada pihak pengurusan bahawa latihan di dalam loji adalah
wajib. Hal tersebut tidak merisaukan Zahar kerana dia sanggup dihantar ke mana-mana sahaja. Dia
menerima tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak dengan senang
hati. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan
masing-masing. Satu majlis perpisahan yang serba sederhana telah diadakan. Dalam ucapannya
Pengetua menyampaikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus. Majlis
peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang
mengharukan kerana mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan
perpisahan.

Bab 18: Matlamat


Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu
ibunya, barulah Zahar berpeluang membantu Pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke
Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit
Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik
Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi
pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra
dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-
sama.

Bab 19: Kekesalan

Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin berhaba
rasanya pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur-baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk
meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian
pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.

Bab 20:Tiada Kemesraan

Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di
kilang sepenuhnya. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra
walaupun baharu dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah kerana berkawan dengan Razali yang rajin
dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar
dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa
dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar
amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam
perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih
pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan pejabat
Suhaili dengan tergesa-gesa.

Bab 21:Tentang Dia


Zahar duduk di meja ruang tamu, menghirup kopi setelah pulang dari tempat kerja. Dia teringat akan
rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak diutus kerana
dia tidak ada keinginan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa
bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama Razali.
Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar sebab dia kelihatan muram setelah berjumpa dengan
Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya
terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.

Bab 22: Cinta dan Cita-cita

Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira bahawa dia telah lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar
menyedari bahawa Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula tetapi dia masih mengelak daripada
berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk bertemu dengannya. Bukan dia
tidak mahu bertemu dengan Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia berbual-bual koong dengan
Suhaili kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap
dipadamkan dengan apa-apa cara jua. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak
berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan
membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh
dengan kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya
supaya tidak terlalu beremosi. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh
menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh berlatih selama enam bulan berakhir. Begitu cepat
masa berlalu meninggalkan kenangan pahit manis sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar
terharu apabila diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan untuknya. Selepas majlis itu
berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

Bab 23: Terbinanya Impian

Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan
didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan
kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan tidak sepenuhnya
dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk
membina bengkel perabot di halaman rumah mereka. Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya
cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya diluluskan dalam masa yang singkat. Sumbangan
Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu
membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung
bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.

Bab 24: Impian Terlaksana

Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan
Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi
mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar
juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan
latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan
perabotnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi
perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha
perabot bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari,
posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada Zahar. Sepucuk surat tersebut daripada Suhaili
dan sepucuk surat lagi daripada Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar daripada siapa
datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan bahawa
dia akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
TEMA

Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi
seorang usahawan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam
bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot
yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam
menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di
kampung.

PERSOALAN

1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di
IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.

2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-
kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati
bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar
cemerlang di IKM

3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi
Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan
kepada Zahar tetapi amat cemburu.

4. Keharmonian hidup di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak
Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis
tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel
perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.

5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani
latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di
kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Watak dan perwatakan

Watak utama : Zahar

Watak

• Anak sulung

• Berusia awal 20-an

• Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah

• Abang kepada Zakri dan Halim

• Bapa saudaranya Pak Yusuf

• Pandai bermain bola sepak

• Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri

• Lulusan SPM dan IKM

• Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah

• Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili


Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ….

1. Seorang yang rajin

2. Tidak mudah berputus asa

3. Anak yang baik

4. Patuh pada arahan

5. Seorang yang tegas

6. Seorang yang tekun

7. Bersikap rasional

8. Setia kawan

9. Taat pada printah agama

10. Tahu membalas budi

11. Cinta akan kampung halamannya


12. Berkeazaman tinggi

13. Berjimat cermat dalam berbelanja

14. Anak muda yang pandai berdikari

Watak sampingan: Pak Yusuf

Watak

• Bapa saudara Zahar

• Dalam lingkungan 60-an

• Kesihatannya baik

• Mempunyai bengkel perabot

• Isterinya Mak Temah

• Dua orang anaknya sedang belajar di universiti

Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah

1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya


2. Seorang yang bertanggungjawab

3. Seorang yang gigih bekerja

4. Seorang yang pemaaf

5. Seorang yang rajin bekerja

Suhaili

Watak

• Tinggi lampai

• Berbibir nipis

• Kulitnya puth kuning

• Berlesung pipi kanan

• Kawan sekelas Zahar

• Anak ketua kampung, Pak Karim


• Lulusan ITM

• Pernah bekerja di Petaling jaya

• Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran

Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang

1. Akan mengakui kesalahannya

2. Suka memandang rendah terhadap orang lain

3. Mudah berputus asa

Ramli

Watak:

• Kawan baik Zahar

• Berasal dari Pulau Pinang

• Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM

• Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani


Perwatakan

1. Suka mengusik rakan

2. Pemain bola sepak yang baik

Norimi

Watak

• Kawan Zahar

• Berasal dari Johor Bahru

• Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina

Perwatakan: Norimi seorang yang….

1. Lemah -lembut

2. Mudah tersenyum

3. Cemerlang dalam pelajaran


Mak Temah

Watak

• Isteri Pak Yusuf

• Berbadan gempal

Perwatakan: Mak Temah seorang …..

1. Isteri yang bertanggungjawab

2. Suka mengusik anak buahnya

3. Mengambil berat

4. Rajin memasak

Watak-watak lain

• Mak Kiah

• Tauke Lim

• Cikkgu Baharun
• Razali

LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)

Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.

• Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya
sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan

• Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu

• Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan

• Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam
setengah

• Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi

• 2.30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di
padang pada minggu suai kenal

• Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam
penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani

• Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan
menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
• Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas
perlawanan persahabatan di tempat mereka.

• Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan

Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.

• Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi
membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf
menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya

• Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan
asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.

• Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan
pemain

• Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak
Karim

• Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili

• Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City
Point, Alor Setar.

• IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan
Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
• Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih, Sik
menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin

Latar Masyarakat dan contohnya

• Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf
juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung
keperluan keluarganya.

• Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar,
Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas

• Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan
menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau
menaiki bas bersama-sama

• Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya
berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM

• Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu,
walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.

• Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk
mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan
mereka di Alor Setar

• Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan


bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
• Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan
pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.

• Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan
Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.

Gaya Bahasa

Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita
lebih menarik

Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah

a) Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;

 memukul jantung hatinya (Hal. 13)

 …..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)

 Zahar tidak mahu gelombang resah…..(Hal. 61)

 Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)

b) Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih IKM,
me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.

c) Sinkope – dah, tu, tak, kau


d) Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului oleh
kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;

 bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi…(Hal.14)

 Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180

 Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam

 Kata-kata yang bagai sembilu

 Bagaikan belati tajam

e) Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ;


Contoh:

 Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-lumatnya
(hal.72)

 Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)

 ..perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan…(Hal. 90)

f) Peribahasa – Contoh; ‘

 Tentulah berat kakinya untuk melangkah


 …patutlah macam isi dengan kuku

 Zahar tidak pernah berat mulut

 Berat tulang

 Pucuk dicita ulam mendatang

g) Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.

 Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)

 Biar peluh pak cik menitik bersama peluh kau. (Hal. 7)

h) Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana

i) Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan berakhir.

j) Kata ganda

 Manik-manik peluh

 Kawan-kawan

 …pokok-pokok
 Sebaik-baiknya

k) Personifikasi

 Panas yang membakar atas zink bengkel

 Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya

 Sinar mata mengerlip di mata tuanya

 Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi

 …cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan

 Warna senja mulai memanah suasana

 Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam

 …nadanya menikam jantung Zahar

l) Penggunaan bahasa Inggeris

 Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension, urgent,
traffic
Nilai dan pengajaran

Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan
oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi

Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang patut
dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya bermula
dengan…kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah

Nilai dan Pengajaran berserta Contohnya

Bertanggungjawab

Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan

Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab
bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.

Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya,

Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri.

Bermaaf-maafan

Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita

Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM

Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai
minggu suai kenal

Keyakinan
Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri

Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-
baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya

Setia kawan (setia kepada kawan)

Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalan Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan
pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah
kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan

Kerajinan

Kita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik / mendapat
rezeki yang bertambah baik

Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk
menambahkan pendapatan keluarganya

Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat
perabot di bengkel

Keprihatinan

Kita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susah

Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji
bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu.

Berdisiplin

Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada

Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka
datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer
Ketabahan

Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain

Zahar tabah apabila dipandang rendah oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM

Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi
menyara keluarga setelah kematian suaminya

Kerjasama

Kita mesti bekerjasama untuk mencapai kejayaan

Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam
perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar

Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak
seluas padang bola dalam masa yang singkat.

Berpendirian tegas

Kita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip atau pendirian yang telah kita
tetapkan

Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di
kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya
untuk membuka bengkel perabotnya sendiri

Keberanian

Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diri

Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis
penutupan minggu suai kenal
Bergotong-royong

Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudah

Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas
terik pacaran cahaya matahari

Berbelanja dengan berhemah

Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.

Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan
berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi

Ketekunan

Kita mesti tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukan

Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun

Kesederhanaan (tidak melebih-lebihkan)

Kita mestilah bersikap sederhana atau merendah diri, terutamanya apabila berada di tempat orang

Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan
begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting

Kegigihan

Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan

Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan
Menghormati orang lain

Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita

Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa
hormat dan menyediakan jamuan ringan.

Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita Zahar begitu
menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu
pertukangan kepada anak-anak muridnya

Baik hati

Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lain

Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan

Keinsafan

Kita mestilah menginsafi sebarang kesalahan yang pernah kita lakukan Shuhaili cuba berbaik-baik dengan
Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan
menyambung pelajarannya di IKM

Kebijaksanaan

Kita haruslah bijak dalam menangani sesuatu permasalahan atau berhadapan dengan apa-apa jua
keadaan

Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya
menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak IKM Alor Setar

Tamat

About these ads

Anda mungkin juga menyukai