Anda di halaman 1dari 2

Sejak kecil lagi,Faiz memang budak yang nakal.

Dia selalu tidak hadir sekolah dan menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakannya. Walaupun sudah puas dinasihati oleh ibu dan bapanya,namun semua itu semua tidak berjaya mengubah perangai Faiz. Pada suatu hari,Faiz telah ditangkap kerana mencuri di koperasi sekolahnya.Akibatnya,dia telah dihukum buang sekolah. Sememangnya itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh Faiz selama ini. Kini,dia bebas melakukan apa-apa sahaja yang diinginkan. Selepas di buang sekolah,perangai Faiz menjadi semakin liar.Dia tidak lagi berkawan dengan rakan-rakan yang sebaya denganya. Sebaliknya,dia mula bergaul dan menganggotai kumpulankumpulan samseng yang dianggotai oleh orang-orang lebih dewasa daripadanya. Sejak meanggotai kumpulan tersebut,Faiz turut terjebak dalam kegiatan-kegiatanyang menyalahio undang-undang. Antaranya,meragut,merompak,menyeludup, memeras ugut,menculik dan sebagainya. Kejahatan yang dilakukannya itu menyebabka Faiz menjadi orang yang dicari pihak polis.Namun,Faiz seorang yang pandai menipu dan kerap kali berjaya melarikan diri daripada perangkap pihak polis. Namun bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ketanah jua". Pada suatu hari ketika Faiz dan kumpulannya sedang merompak sebuah kedai emas,mereka telah bertembun dengan pihak polis. Dalam kejadian berbalas-balas tembk itu,Faiz telah ditembak mati.

kejadian berbalas-balas tembk itu,Faiz telah ditembak mati.