Anda di halaman 1dari 5

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas

Kata Nama
1. 2. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya. Kata nama terbahagi kepada: a. kata nama am b. kata nama khas c. kata ganti nama Kata Nama Am Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya. ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu Contoh: doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi Kata Nama Khas Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku. ditulis dengan huruf besar di pangkalnya. Contoh: Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar Baru Uda , Rentung

Latihan 1 Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Latihan 2 Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis. Tanaman ibu Aliah telah bertunas. Kata Nama Am Kata Nama Khas

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 1. Perkataan yang biasanya menamakan orang atau benda. 2. Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama. 3. Jenis kata nama: a) Kata Nama Am i. benda/perkara yang umum sifatnya ii. ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan ayat) iii. dapat digandingkan dengan kata bilangan ataupun penjodoh bilangan. Contoh: Beberapa orang guru perempuan telah terlibat dalam perkhemahan itu. Pelajar itu mengambil sebuah kerusi lalu duduk di barisan hadapan sekali. iv. kumpulan kata nama: abstrak mimpi, angan-angan, dan cita-cita benda kerusi, meja, dan pen manusia orang, guru, dan polis binatang kancil, lembu, dan angsa b) Kata Nama Khas i. nama yang khusus ii. ejaannya berpangkal huruf besar iii. kumpulan kata nama: manusia Ahmad, Mahmud, dan Ah Seng tempat Kuala Lumpur, Ipoh, dan Kangar binatang Si Tompok, Si Belang, dan Si Comel tajuk Ibu Mertuaku dan Aku Anak Timur 4. Kata nama berbeza apabila digunakan di tempat yang berbeza. Contoh: Kata Nama Am: Pengarah ( jenis pekerjaan secara am) Kata Nama Khas: Pengarah Syarikat Tenaga Maju. ( jawatan khas di syarikat tersebut) Soalan Latihan A. Soalan Subjektif Kenal pasti perkataan kata nama khas, kemudian betulkan perkataan tersebut. 1. Guru mata pelajaran bahasa inggeris telah mengajar pelajarnya dalam bahasa melayu ketika pengetua melalui kelas tingkatan tiga mutiara. _________________________________________________________________________ __ _________________________________________________________________________ __

2. Pada pagi sabtu yang lalu, saya sempat berbincang dengan encik murad. Kami berbincang tentang novel yang berjudul julia. _________________________________________________________________________ ___ _________________________________________________________________________ __ 3. Semasa pentadbiran tun abdullah ahmad badawi, beliau telah memperkenalkan slogan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Era pentadbiran datuk seri n ajib tun abdul razak pula memperkenalkan 1 malaysia. _________________________________________________________________________ __ _________________________________________________________________________ __ 4. Sehingga kini, hanya dua orang pesakit yang didapati positif influenza a atau h1n1. Sehubungan dengan itu, rakyat malaysia diharap tidak panik. _________________________________________________________________________ __ _________________________________________________________________________ __ 5. Antara unit pakaian seragam ialah persatuan bulan sabit merah, pasukan kadet polis, dan pasukan kadet bomba. _________________________________________________________________________ __ _________________________________________________________________________ ___ B. Soalan Berformat Peperiksaan Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. ______________________ yang berpengalaman itu telah berjaya menerbangkan jet pejuang buatan Rusia. A. Pemandu B. Jurupandu C. Juruterbang D. Angkasawan

2. Najmi membantu ayahnya menyiapkan tempahan ____________________ sempena Pesta Seni Kraf.

A. bakul keranjang B. bakul anyaman C. bakul sampah D. bakul sayur

3. Bangunan yang indah itu telah direka oleh ___________________ tempatan. A. jurumekap B. jurutera C. jurubina D. juruhias

4. ______________________ yang baharu dipasang pada bumbung rumah itu telah patah ditimpa pokok. A. Sesiku B. Kekuda C. Kekabu D. Lelangit

5. Majlis yang gilang-gemilang itu telah dipengerusikan oleh ________________ yang berpengalaman. A. juruacara B. pemidato C. jurucakap D. pensyarah

Anda mungkin juga menyukai