Anda di halaman 1dari 1

Indeks : Kata Ganda

Tajuk : Jenis Kata Ganda

Jenis kata ganda


1. Penggandaan penuh ( keseluruhan kata dasar )
Contoh : mata- mata, kura-kura, tiba-tiba, makan-makan, mentah-mentah, besar-besar,
jalan, jalan.

2. Penggandaan separa (sebahagian kata dasar)


Contoh : laki : lelaki, siku : sesiku, berturut-turut, sepandai-pandai, tolong- menolong

3. Penggandaan berentak
Contoh : sayur- mayur, cerai-berai, hina-dina, gunung- ganang, mandi-manda, batu-batan,
anak pinak, saudara-mara, lintang pukang.

Latihan: Betulkan kesalahan kata ganda yang berikut dari frasa yang diberikan.

SALAH BETUL
1. Banyak restoran- restoran. Banyak restoran
2. Lauk-pauk yang enak-enak. Lauk-pauk yang enak
3. Anak-anak Puan Hawa sudah besar-besar Anak-anak Puan Hawa sudah besar belaka
belaka.
4. Berbagai-bagai spesies haiwan-haiwan. Berbagai- bagai spesies haiwan
5. Pemain-pemain itu handal-handal belaka. Pemain-pemain itu handal belaka
6. Pelbagai jenis kuih-muih. Pelbagai jenis kuih
7. Masyarakat Islam bermaaf-maafan dipagi hari Masyarakat bermaafan dipagi hari raya.
raya.
8. Bermacam-macam bunga-bungaan. Bermacam-macam bunga
9. Mesyuarat-mesyuarat ketua-ketua rumah akan Mesyuarat ketua-ketua rumah akan diadakan
diadakan pada petang ini. pada petang ini
10. Banyak pepohon di tepi jalan. Banyak pohon ditepi jalan
11. Semua rakyat-rakyat perlu rajin Semua rakyat perlu rajin
12. Dipenuhi pepohon-pepohon rendang. Dipenuhi pepohon rendang
13. Semua pelajar-pelajar Semua pelajar

Anda mungkin juga menyukai