Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan Pendapat

Pencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah. 

Berikan pendapat anda

            Kebanyakan sekolah menyediakan asrama untuk dihuni oleh murid-muridnya.  Kemudahan asrama yang
disediakan ini dapat  memudahkan mereka pergi ke sekolah.  Sehubungan dengan itu,  murid-murid akan menuntut
ilmu dengan selesa.   

            Tidak dapat dinafikan bahawa murid yang tinggal di asrama mendapat pencapaian yang lebih cemerlang
berbanding dengan murid yang tinggal di rumah.  Hal ini disebabkan hampir 80 peratus mereka yang tinggal di
asrama mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang di sekolah rendah.  Tambahan pula pihak pengurusan
asrama sentiasa menyediakan persekitaran kondusif untuk membantu mereka mendapatkan keputusan yang baik.

            Dari aspek suasana pembelajaran, murid yang tinggal di asrama belajar dalam keadaan yang amat berbeza
daripada murid yang tinggal di rumah.  Mereka terpaksa mematuhi peraturan belajar yang tetap.  Contohnya waktu
belajar pada sebelah malam ialah dari pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.  Ketika belajar mereka dilarang
menonton  televisyen.  Jika ingkar mereka akan didenda atau dibuang dari asrama.  Peraturan ini mendorong
mereka supaya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa sebarang gangguan luar.  Mereka ditimbuni
maklumat tentang isu semasa dan pelajaran lantas menjadikan pemikiran mereka matang dan luas.

            Punca lain yang membantu pencapaian murid tinggal di asrama ialah bimbingan dan tunjuk ajar daripada
guru di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.  Contohnya guru Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris akan
mengadakan kelas tambahan pada waktu malam.  Pada hujung minggu pula murid didedahkan tentang teknik belajar
dan pengurusan masa yang efektif melalui ceramah moivasi yang dianjurkan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling
sekolah.  Oleh itu, murid di asrama mempunyai cara belajar yang betul dan terdorong untuk lulus dengan cemerlang.

            Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa badan yang sihat menyebabkan otak cerdas.  Oleh itu, pada
sebelah petang murid-murid yang tinggal di asrama diwajibkan melakukan aktiviti riadah seperti senamrobik, bermain
bola, berjoging dan lain-lain. Selain itu, aktiviti riadah juga dapat melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

            Kesimpulanya, pencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di
rumah.  Hal ini demikian kerana suasana dan persekitaran belajar yang kondusif di asrama dapat membantu
seseorang itu cemerlang dalam akademik.  Oleh itu,  murid-murid tidak seharusnya melepaskan peluang untuk
belajar di sekolah asrama. 

Anda mungkin juga menyukai