Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN CERITA: MENYAMBUNG CERITA

Tajuk: Akhiri cerita kamu dengan ayat berikut :

........Aku gembira kerana dapat membuatkan ayah dan ibu berasa bangga
terhadapku.

Hari sudah menjelang senja. Namun aku masih di sini termenung seorang diri
di pinggiran sawah. Sebenarnya aku baru sahaja dimarahi ayah dan ibu kerana
keputusanku dalam ujian yang diadakan pada minggu lepas amat mengecewakan
mereka. Tambahan pula peperiksaan UPSR akan tiba tidak lama lagi.

Aku berasa amat sedih dimarahi ayah dan ibu. Tiba-tiba aku terpandang
seekor anak burung di atas pokok yang menjadi tempat untuk aku menyandar. Anak
burung itu ingin belajar terbang tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun, anak
burung itu tetap berusaha. Akhirnya berjaya juga anak burung itu terbang. Aku
memerhatikan gelagat anak burung itu sambil berfikir.

Kini aku menyedari kesilapanku. Malas berusaha dan mudah berputus asa
hanya membawa kegagalan. Aku ingin pulang ke rumah untuk meminta maaf daripada
ayah dan ibu.

Aku pulang lalu memohon maaf daripada ayah dan ibu. Mereka sudah tidak
marah kepadaku lagi. Sambil memelukku, mereka menasihatiku agar berusaha lagi.
Aku berjanji dengan mereka bahawa aku akan terus berusaha hingga berjaya dan
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Hari demi hari berlalu, ayah dan ibu tersenyum bangga melihat perubahanku.
Begitu juga guru-guru di sekolah. Siang dan malam aku isi dengan mengulang kaji
pelajaran dan belajar berkumpulan bersama-sama rakan yang tidak jemu-jemu
membantuku. Solat lima waktu tidak pernah aku abaikan. Solat hajat juga tidak
terkecuali. Aku melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu keyakinan dan
hasrat yang menggunung. Aku dapat menjawab kelima-lima kertas peperiksaan
dengan harapan mendapat keputusan yang cemerlang.
Janjiku dengan ibu dan ayah telah terkota. Aku berjaya mendapat 6A dalam
peperiksaan UPSR. Aku juga telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di sekolahku.
Aku gembira kerana dapat membuatkan ayah dan ibu berasa bangga terhadapku.

TUGASAN
6/4/2020
ISNIN

1.SALIN KARANGAN DI ATAS DALAM BUKU PENULISAN/BOLEH PRINT JIKA


ADA KEMUDAHAN PRINTER DAN TAMPAL DALAM BUKU PENULISAN.
2.GARISKAN ISI PENTING YANG TERDAPAT DALAM KARANGAN TERSEBUT.
3.BUAT RANGKA KARANGAN MENGGUNAKAN CARTA ALIR.(BUAT
SENDIRI,TAK PERLU PRINT)
4.CONTOH:

KARANGAN CERITA: Hari sudah menjelang


MENYAMBUNG CERITA senja. Namun aku
masih di sini
termenung seorang
diri di pinggiran
sawah.

Anda mungkin juga menyukai