Anda di halaman 1dari 2

Kesan Penghantaran Pulang Pekerja Asing Tanpa Izin Gua Musang, Rabu Program Pembangunan Kerajaan yang mengarahkan

n pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal mereka telah memberikan masalah kepada beberapa sektor pekerjaan, terutamanya sektor pembinaan. Sektor tersebut telah menghadapi kekurangan tenaga buruh memandangkan tenaga buruh tempatan sedia ada tidak mencukupi. Tinjauan yang dibuat di beberapa lokasi projek pembinaan di sekitar ibu kota mendapati suasana agak lengang memandangkan sebilangan besar pekerja asing, terutamanya rakyat Indonesia telah dihantar pulang secara berperingkat. Seorang kontraktor tapak projek di Bangsar yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud Jongang berkata, dalam tempoh seminggu sahaja, lebih orang pekerjanya telah pulang ke negara asal mereka. Kami menerima baik tindakan kerajaan itu demi masa depan negara, tetapi kini kami mempunyai masalah kekurangan pekerja. Jika sebelum ini kami mampu menyiapkan kerja dalam masa sebulan, tidak mustahil akan bertambah dua atau tiga bulan pada masa akan datang. Kami tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berharap mereka akan datang semula mengikut saluran yang betul. Seorang pemilik restoran di Kampung Emas, Lee Chooi Joo bersetuju dengan tindakan kerajaan menghantar pulang warga asing yang tidak mempunyai permit yang sah. Sungguhpun begitu, saya amat memerlukan pekerja asing di restoran saya. Sebenarnya, tidak ramai rakyat tempatan yang mahu bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan mangkuk. Tetapi saya juga tidak mahu restoran saya dilabel sebagai tempat menyimpan pekerja haram. Jadi, saya hanya dapat berharap bahawa mereka akan datang balik ke Malaysia mengikut prosedur yang betul dan bukan secara haram seperti sebelum ini. Rata-rata majikan yang ditemui berkata, mereka berminat mengambil pekerja asing semula sekiranya mereka mempunyai permit yang sah. Mereka tidak muahu melanggar undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai