Anda di halaman 1dari 2

Segera temui duta negara sumber, percepat kelulusan

'job order' - PAPA


bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1050399/segera-temui-duta-negara-sumber-percepat-kelulusan-job-
order-papa

Foto hiasan

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia


(KSM) perlu mengambil langkah proaktif dengan segera bertemu duta negara sumber
pekerja asing supaya kelulusan untuk 'job order' dapat disegerakan.

Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Datuk Foo Yong Hooi, berkata
pihaknya mengalu-alukan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dimaklumkan
kerajaan semalam namun ia menuntut kerjasama semua pihak bagi menjayakannya.

"Kami mengalu-alukan pengumuman ini walaupun sedang menunggu perincian, harap


dapat kerjasama daripada semua jabatan dan agensi kerajaan untuk menjayakan pelan
ini.

"Selain itu, tanpa kerjasama daripada kedutaan negara sumber, perancangan untuk bawa
masuk pekerja asing dalam tempoh 30 hari mungkin sukar.

"Sebab untuk kelulusan 'job order' oleh kedutaan mengambil masa dan pengeluaran e-
visa oleh Kedutaan Malaysia di negara sumber juga mengambil masa.

"Jadi kerajaan terutamanya KDN dan KSM harus mengambil langkah proaktif bertemu
duta di negara sumber supaya mereka dapat mempercepatkan 'job order' itu, contohnya
untuk Indonesia, 'job ordernya' ambil masa dua hingga tiga bulan, Nepal tiga minggu,
Bangladesh tiga minggu hingga satu bulan," katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, itu isu yang harus ditangani dalam usaha kerajaan untuk membantu
sektor perniagaan dan perusahaan di negara ini.

"Kami alu-alukan langkah inovatif ini, yang tidak pernah wujud dalam sejarah negara.

"Ini menunjukkan kerajaan baharu ini akan mewujudkan satu kecekapan dan ketelusan
dalam melaksanakan proses pengambilan pekerja asing ini.

"Semua pihak termasuk sektor swasta harus menyokong usaha ini dan turut memberi
maklum balas jika berhadapan sebarang halangan atau masalah berbangkit (dalam
proses menggaji pekerja)," katanya.

1/2
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata majikan
akan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui
prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota yang antara lain permohonan
majikan terbabit boleh diluluskan dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata, selain itu Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat 31 Disember lalu
akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai pelan rekalibrasi yang diteruskan, Yong Hooi berkata, ia harus merangkumi
semua sektor termasuk yang dibekukan supaya dapat mencapai matlamat pemutihan
pekerja asing tanpa izin (PATI).

"Kita juga rayu perusahaan yang menggaji PATI supaya ambil kelonggaran diberi
kerajaan ini dan mohon sertainya supaya pekerja itu bekerja mengikut lunas undang-
undang di negara ini," katanya.

Selain itu beliau juga mencadangkan kerajaan membantu mengeluarkan sijil khas bagi
pengecualian lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada pengusaha industri kotej.

"Banyak industri kotej, mereka tidak mempunyai lesen sebab kilang mereka tidak
mematuhi syarat pelesenan PBT, jadi harap kerajaan dapat bantu untuk keluarkan sijil
khas ini, kerana dibimbangi jika mereka tidak layak untuk menggaji pekerja, mereka akan
ambil PATI pula," katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia


(PIKAP), Fiona Low, berkata pihaknya turut menyambut baik langkah kerajaan namun
kawalan dan pemantauan berterusan harus dilakukan pihak berkuasa.

"Apa yang dimaklum kerajaan semalam termasuk memudah dan mempercepat proses
permohonan, itu satu cara yang bagus untuk membantu memulihkan ekonomi yang
dalam kesulitan

"Usaha membuka kepada 15 negara sumber bagi majikan menggaji pekerja, itu pun baik
supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu negara sumber sahaja.

"Apa pun semua langkah baik yang dilaksana kerajaan ini juga perlukan pengawalan
supaya jangan ada peningkatan dalam kemasukan PATI ke negara ini selain memastikan
pekerja yang masuk tidak melarikan diri dan mencari majikan lain," katanya.

2/2

Anda mungkin juga menyukai