Anda di halaman 1dari 2

Program Rekalibrasi PATI diteruskan setahun lagi

bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1050066/program-rekalibrasi-pati-diteruskan-setahun-lagi

Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir sidang media selepas Mesyuarat Khas Pengurusan
Pekerja Aisng di Putrajaya. Turut kelihatan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. - Foto
NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir sidang media selepas Mesyuarat Khas Pengurusan
Pekerja Aisng di Putrajaya. Turut kelihatan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. - Foto
NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan semula Program Rekalibrasi


Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai
langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Kedua-dua perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan
Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Pelan Rekalibrasi
Tenaga Kerja yang tamat 31 Disember lalu akan diteruskan selama setahun, berkuat
kuasa serta-merta.

"Program ini dilanjutkan kerana ia mampu menyediakan peluang tenaga kerja asing
yang sedia ada di dalam negara ini.

"Kita kenakan kompaun untuk warga asing yang menyertai program rekalibrasi ini.
Tahun lepas, kita dapat lebih RM700 juta hasil menerusi program ini," katanya dalam
sidang media bersama-sama Menteri Sumber Manusia V Sivakumar selepas mesyuarat
khas itu.

Menerusi pelaksanaan program Rekalibrasi Tenaga Kerja itu, beliau berkata sektor
pekerjaan di negara ini, khususnya membabitkan sektor 3D iaitu kotor (dirty), bahaya
(dangerous) dan sukar (difficult), akan terisi.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diwujudkan sebelum ini bagi menjadikan pendatang
tanpa izin yang ada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan
yang layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan menerusi
Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Kelulusan pengambilan pekerja asing dalam 3 hari

Mengenai Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, beliau berkata majikan akan
dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber tanpa melalui
prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

1/2
Katanya beliau akan mengetuai siri lawatan bersama Kementerian Sumber Manusia
dan agensi kawal selia ke 15 negara sumber terpilih bagi membincangkan perihal
keselamatan dan kebajikan pekerja asing di negara ini.

"Lawatan ke negara sumber utama bagi membincang dan memaklumkan anjakan polisi
supaya mereka faham dan membantu memudahkan pengambilan pekerja di negara
berkenaan," katanya.

Saifuddin Nasution berkata antara lain lawatan itu dilakukan bagi memastikan objektif
Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dapat dicapai.

Bagaimanapun, katanya Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, yang bertujuan


memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, bersifat sementara dan maklumat
terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pekerja asing di Malaysia sentiasa


berlandaskan kepada kedaulatan undang-undang negara dan pada masa sama
menjamin pekerja asing yang berada di negara ini dilindungi haknya secara saksama,"
katanya.

Saifuddin Nasution berkata mesyuarat juga bersetuju bahawa pelaksanaan Akta


Pekerja 1955 khususnya Seksyen 60K yang telah dipinda dan diwartakan pada 1
Januari tahun ini berkaitan dengan keperluan majikan untuk mematuhi, contohnya
gaji minimum dan bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tetap terpakai.

"Komitmen kerajaan ialah majikan kena memasukkan permohonan dan piagam


pelanggan kita untuk pelaksanaan Akta Pekerja 1955 khususnya Seksyen 60K adalah
kelulusan dalam tempoh kurang tiga hari," katanya.

2/2

Anda mungkin juga menyukai