Anda di halaman 1dari 11

Zaman

Zaman
Jahiliyah
Jahiliyah
INTAN NAJIHAH BINTI ZAMANI

NABILAH NASRIYAH BINTI NASIR

NADIRAH HUSNA BINTI NEK JID

PISMP SEJARAH JUN 2014


Dan berjihadlah kamu pada [agama] Allah dengan jihad yang
sebenarnya, Dia telah pilih kamu [berjihad], dan Dia tidak jadikan
atas kamu sebarang kesukaran dalam agama ini, iaitu agama bapa
kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu Muslimin
sejak dahulu dan begitu pula dalam al-Quran ini )
(Surah Al-Haj Ayat 78)
PENGERTIAN DAN KONSEP
JAHILIAH
Jahiliyah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab iaitu JAHALA yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu
pengetahuan.

Zaman Jahiliyah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat


Arab Jahiliyah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa.

Malah kebanyakan daripada mereka menyembah berhala dan mempercayai


animisme.

Kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada ketika itu tiada nabi atau rasul
dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.

Akhlak mereka rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.
DALIL KONSEP JAHILIAH
Dari Abu Malik al-Asyari, bahawasanya Nabi Sallallahu
alaihi wa sallam bersabda: Ada empat perkara
jahiliyyah yang melanda umatku; mereka sulit untuk
meninggalkannya, berbangga dengan keturunan,
mencela keturunan orang lain, minta hujan dengan
perantaraan bintang-bintang, dan meratapi mayat.
[HR Muslim]
CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN
JAHILIYAH

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


MASYARAKAT ZAMAN JAHILIYAH

CORAK KEHIDUPAN MASYARAKAT


JAHILIYAH
SOSIAL
1. Kehidupan masyarakat Arab ketika itu dalam keadaan
mundur dengan amalam-amalan yang tidak bermoral
seperti berjudi, riba, minum arak dan berzina.

2. Wanita berkedudukan rendah dalam masyarakat Arab


Jahiliyah .
AGAMA DAN
KEPERCAYAAN
1.Tidak wujud nabi dan kitab sebagai petunjuk.

2.Terdapat 5 bentuk kepercayaan agama:-

(a) Animisme - memuja alam seperti pokok , matahari dan sebagainya .

(b) Samawi - mengamalkan agama Kristian dan Yahudi

(c) Wathani - menyembah berhala

(d) Kepercayaan khurafat: menilik nasib, mempercayai roh orang mati


menjadi burung atau sihir .

(e) Hanif: agama Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
POLITIK
1. Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan Sistem Kabilah:
(a) Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
(b) Setiap kabilah mempunyai peraturan dan identiti sendiri .
(c) Ahli sesebuah kabilah terdiri daripada keturunan atau suku tertentu dan
tinggal di kawasan tertentu .
(d) Ahli sesebuah kabilah amat taasub dan fanatik terhadap kabilah
masing-masing.
(e) Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang
perpaduan kaum mereka.

2. Syarat-syarat pelantikan seorang syeikh :


(a) mereka mestilah disukai oleh ahli-ahli kabilah dan dilantik atas
persetujuan ramai.
(b) mereka mestilah berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato.
POLITIK

Semangat assabiyah wujud kerana:


(a) Keadaan geografi dan keadaan tempat tinggal mereka
yang panas dan kering-kontang. Untuk menghadapi
keadaan hidup yang sukar ini ahli-ahli kabilah perlu bersatu.
(b) Mereka juga sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah masing-masing.
EKONOMI
1. Masyarakat Arab Jahiliyah menjalankan kegiatan ekonomi
yang tidak adil. Keuntungan dan kekayaan amat diutamakan
oleh para pedagang yang berasaskan riba dan penindasan .
2. Penindasan dan eksploitasi sering dilakukan golongan yang
kuat dan kaya ke atas mereka yang lemah dan miskin.
3. Rampasan dan rompakan ke atas kafilah di padang pasir
dianggap aktiviti yang sah dan menjadi sumber ekonomi yang
penting .
SENI DAN
KESUSASTERAAN
1. Mereka amat gemar berkumpul mengelilingi penyair-penyair untuk
mendengarkan syair-syairnya.
2. Ada beberapa pasar tempat penyair-penyair berkumpul iaitu pasar
Ukaz, Majinnah, dan Zul Majaz.
3. Seorang penyair mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam
masyarakat Arab.
4. Untuk upacara ini, wanita-wanita cantik dari kabilah tersebut keluar
untuk menari, menyanyi, dan bermain menghibur para tetamu.
5. Salah satu dari pengaruh syair pada bangsa Arab ialah bahawa
syair itu dapat meninggikan darjat orang yang hina dan dapat
menghinakan orang yang mulia.

Anda mungkin juga menyukai