Anda di halaman 1dari 7

Objektif Kajian

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui fakta peristiwa bersejarah yang berlaku di
tempat Sibu. Saya dapat mengetahui peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart iaitu Gabenor
Sarawak oleh Rosli Dhobi. Pengumpulan sumber-sumber sejarah dari internet dan bahan-bahan
ilmiah membantu saya mengetahui faktor yang berlakunya peristiwa pembunuhan tersebut.

Selain itu, saya dapat mengetahui kronologi berlakunya peristiwa ini. Melalui kajian ini,
saya dapat memahami secara mendalam tentang peristiwa sebelum, semasa dan selepas
pembunuhan ini.

Akhir sekali, saya juga mempelajari dan mengenali tokoh-tokoh lain yang turut terlibat
dalam peristiwa pembunuhan tersebut. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui implikasi
pembunuhan ini ke atas Rosli Dhobi, masyarakat setempat dan negara. Oleh itu, saya perlu
mengambil peristiwa pembunuhan ini sebagai iktibar, pengajaran dan pedoman dalam kehidupan
saya.

Kaedah Kajian

1. Melayari internet

Saya telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan
dengan tajuk kajian iaitu Peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi. Saya
telah melayari beberapa laman web yang berkaitan peristiwa ini dan memuat turunkan maklumat
berkenaan untuk dijadikan bahan kajian saya.

2. Analisis Dokumen

Saya menjalankan kajian ini berdasarkan sumber maklumat yang sahih seperti maklumat
yang terkandung dalam buku teks Sejarah Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima. Saya telah
menganalisis peristiwa pembunuhan Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart oleh Rosli
Dhobi yang terdapat dalam Bab 6 iaitu Perubahan Pentadbiran Ke Arah Bekerajaan Sendiri di
Sarawak dan Sabah. Saya juga menganalis maklumat tentang Rosli Dhobi dalam buku Teks
Sejarah Tingkatan Lima di bawah tajuk Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia Pergerakan
Politik Di Sarawak. Saya juga membuat rujukan di perpustakaan awam Sibu untuk mendapatkan
maklumat-maklumat tambahan tentang tajuk kajian.

3. Melawat tempat kajian

Saya juga membuat lawatan ke tempat berlakunya peristiwa pembunuhan ini iaitu
Bulatan Rosli Dhobi yang berhampiran dengan lokasi Lembaga Pelabuhan Rajang. Tujuannya
lawatan adalah untuk melihat lokasi sebenar berlakunya peristiwa tersebut. Saya juga melawat
Masjid An- Nur di Jalan Awang Ramli Amit iaitu tempat Rosli Dhobi dan rakan-rakannya
bersemadi. Saya telah mengambil gambar kawasan tersebut dan dicetakkan keluar untuk
dijadikan lampiran dan bahan sokongan kajian saya.
Proses Awal

Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan

A) Internet

i) https://honeysweetcornlife.wordpress.com/2015/02/05/sejarah-sabah-dan-sarawak/

Faktor berlakunya peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi.

- Penyerahan Sarawak kepada British dibantah oleh orang Melayu dan Iban.
Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah.
- Ini kerana, penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang
menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak.
- tipu muslihat Charles Vyner Brooke yang membuat keputusan sendiri tanpa
berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.
- Golongan antipenyerahan telah menghantar surat bantahan, kawat dan telegram
kepada kerajaan British tentang keengganan mereka berada di bawah pemerintahan
British tetapi British tidak mengendahkan bantahan mereka.

ii) http://nursarahahms.blogspot.my/2016/03/gerakan-anti-penyerahan-sarawak.html

Kronologi peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi.

- 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan kuasa memerintah Sarawak kepada
pejabat tanah jajahan London.
- Keengganan penduduk tempatan menerima kehadiran pemerintah kerajaan kolonial
British dalam mentadbir Sarawak telah mengundang semangat nasionalisme secara
terang-terangan.
- Gerakan antipenyerahan telah bangkit menyelubungi majoriti penduduk Sarawak
dengan kemuncaknya peristiwa serangan berani mati, Rosli Dhobi pada tahun 3
Disember 1949 yang mengakibatkan kematian Gabenor Sir Duncan Stewart.
- Pada 10 Disember 1949, Sir Duncan Stewart meninggal dunia di hospital Singapura.
iii) http://www.travelsibu.com/places-of-interest.html
- Masjid An-Nur di Jalan Awang Ramli Amit iaitu tempat Rosli Dhobi dan rakan-
rakannya bersemadi.

B) Analisis Dokumen

i) Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin Bin Fadzil. 2005. Buku Teks
Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

- Faktor-faktor penentangan yang dilakukan oleh Gerakan Antipenyerahan Sarawak


dan reaksi British.
- Kronologi peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart dan kesannya terhadap diri,
masyarakat setempat dan negara serta pihak British.

ii) Ramlah Binti Adam, Abdul Hakim Bin Samuri, Shakila Parween Binti Yacob, Muslimin
bin Fadzil. 2008. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka

- Penentangan Gerakan Antipenyerahan Sarawak oleh Rukun Tiga Belas terhadap


British

C) Melawat Tempat Kajian

i) Melawat ke Bulatan Rosli Dhobi yang berhadapan dengan Lembaga Pelabuhan Rajang,
96000 Sibu.

ii) Melawat tempat bersemadi Rosli Dhoby di Masjid An-Nur yang terletak di Jalan Awang
Ramli Amit, 96000 Sibu.
Kerangka Kasar Penulisan

Tajuk : Peristiwa pembunuhan gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart oleh Rosli
Dhobi di Sibu

Penulis : Hii Ching Hui (J3Z)

Bi
Perkara Isi Penting Huraian
l
1 Pengenalan Latar belakang Keluarga Brooke mula menguasai Sarawak sejak
peristiwa tahun 1841

2 Faktor a) Percanggahan
berlakunya Perlembagaan
peristiwa 1941
b) Tipu Muslihat
c) Anthony Brooke
tidak dilantik
sebagai Rajah
Sarawak yang ke-
4
d) Dasar Pecah
British
e) Gerakan
Antipenyerahan
semakin lemah
3 Kronologi a) Sebelum
peristiwa peristiwa
b) Semasa peristiwa
c) Selepas peristiwa
4 Kesan / Impak a) Kesan terhadap
peristiwa diri
b) Kesan terhadap
masyarakat
setempat
c) Kesan terhadap
negara
5 Iktibar daripada a) Keberanian
peristiwa mendorong
kepada kejayaan
b) Pembunuhan
bukan cara
penyelesaian
yang baik
c) Tidak mudah
terpengaruh oleh
propaganda luar
d) Umur bukan
penghalang untuk
menyumbangkan
bakti
6 Rumusan a) Pengetahuan
b) Nilai
c) Unsur-unsur
patriotik
d) Harapan
7 Sumber rujukan a) Internet
b) Buku Teks
c) Melawat tempat
kajian

Anda mungkin juga menyukai