Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Masalah sosial seperti mengambil dadah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya
telah menyebabkan keruntuhan akhlak dalam diri remaja dan menjejaskan masa hadapan
mereka. Masalah ini perlu diatasi dengan sebaik mungkin kerana remaja merupakan tiang
negara seperti pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Terdapat pelbagai langkah yang menyebabkan remaja terjebak ke dalam kancah
gejala sosial. Antaranya ialah alam rumah tangga yang tidak teratur. Ibu bapa yang sering
bertengkar menyebabkan anak-anak memilih untuk melibatkan diri secara perlahan-lahan
dengan gejala sosial untuk menghilangkan tekanan. Ajakan daripada rakan sebaya juga
menyebabkan ramai remaja berasa seronok untuk melakukan masalah sosial kerana mereka
mempunyai rakan yang sentiasa menemani mereka.
Selain itu, antara faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah sosial ialah
pengaruh media massa. Dalam meniti arus kemodenan ini, teknologi semakin berkembang
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tanpa kita sedari, teknologi yang kian
berkembang pesat ini memudahkan remaja untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan
bergaul dengan rakan-rakan di media sosial. Seterusnya, mereka akan mudah terpengaruh
dengan budaya negatif di media sosial.
Gajala sosial ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-
masing. Ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak supaya anak-anak tidak bergaul
dengan rakan-rakan yang mempunyai pengaruh negatif. Ibu bapa juga harus meluangkan
masa bersama anak-anak terutama pada hujung minggu supaya anak-anak terdedah kepada
aktiviti yang sihat. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengetatkan disiplin sekolah
supaya murid-murid takut untuk melakukan kesalahan disiplin dan melatih diri untuk tidak
mengulanginya. Murid-murid yang bermasalah pula hendaklah diberi lebih perhatian supaya
pengaruh negatif mereka tidak menjangkiti murid-murid yang lain.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang
baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role modelkepada anak.
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu
bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah
yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya
gejala ini sukar diatasi.
Peranan Ibu Bapa untuk Membentuk Sahsiah anak-anak
Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari semakin
teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial, seperti vandalisme
dan gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai
individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang
dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan
baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu
menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang
mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar
masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.
Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan memimpin negara
pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara turut musnah. Seyogia ibu
bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu menjadi insan yang mampu memimpin
negara dengan adil dan bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang seharusnya
dilaksanakan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak.
Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak agar mereka
tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga
mengabaikan obligasi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat
dengan gejala sosial mendakwa bahawa mereka terlibat oleh sebab ibu bapa mereka tidak
mengambil peduli mengenai mereka dan tidak meluangkan masa dengan mereka sebagai akibat
sibuk dengan kerja. Perkara tersebut menyebabkan mereka lebih cenderung untuk meluangkan
masa bersama-sama rakan. Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya mementingkan harta berbanding
dengan anak kerana harta tidak dapat dibawa ke mana-mana apabila meninggal dunia.
Namun begitu, apabila ibu bapa memiliki anak yang soleh dah solehah, mereka dapat
membantu ibu bapa dalam kubur apabila mereka mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka
kerana doa anak yang soleh termakbul. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis daripada Al-Bukhari
yang berbunyi, “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua
amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang
sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”
Oleh yang demikian, ibu bapa seyogia meluangkan masa dengan anak agar mereka tidak
berasa terpinggir daripada ibu bapa mereka sendiri yang menyebabkan mereka terjebak dengan
perkara yang negatif. Ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan baiknya kerana anak merupakan
aset kepada ibu bapa di akhirat.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan
mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah sentiasa
bertanya kepada anak mereka tentang tempat yang hendak dituju jika mereka hendak keluar
bersama-sama rakan. Ibu bapa juga seyogia tahu akan kawan anak mereka agar tidak berkawan
dengan mereka yang mampu membawa pengaruh negatif. Ibu bapa hendaklah mengawasi anak
apabila mereka menggunakan alat komunikasi, seperti telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian
kerana banyak anak yang menyalahgunakan teknologi untuk melakukan perkara yang tidak
sepatutnya. Ibu bapa seharusnya menyediakan payung sebelum hujan agar perkara tersebut tidak
berlaku kepada anak mereka. Ibu bapa seyogia mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai
penggunaan teknologi oleh anak kerana banyak kes yang berlaku melibatkan golongan remaja
perempuan, terutamanya yang ditipu oleh warga asing yang kononnya kacak dan kaya dan
menyebabkan remaja perempuan tersebut sanggup mengambil risiko dengan melarikan diri dari
rumah semata-mata untuk mengikut lelaki warga asing yang tidak dikenali identitinya. Oleh itu,
ibu bapa seyogia mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta memikirkan inisiatif yang
berkesan agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anak mereka sendiri.
Di samping itu, didikan agama yang cukup juga merupakan satu daripada faktor yang
mampu membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Seperti yang kita tahu, banyak ibu
bapa sekarang yang kurang menitikberatkan didikan agama kepada anak yang menyebabkan
mereka terjebak dengan heterogen masalah sosial. Agama merupakan perkara yang paling vital
yang seyogia diisi dalam diri anak. Didikan agama yang utuh dalam diri anak mampu mencegah
mereka daripada terjebak dengan perkara yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara
perkara yang hak dengan batil. Namun begitu, jika akhlak anak adalah sebaliknya, mereka akan
dihina dan dipandang enteng oleh masyarakat. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ibu bapa
hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak agar mereka menjadi individu yang
cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat.
Akhir sekali, ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri anak dari kecil lagi agar mereka
membesar menjadi individu yang berdisiplin dan menghormati orang lain. Oleh yang demikian,
ibu bapa seharusnya menjadi mithali kepada anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara yang baik, sudah semestinya anak turut
melakukan perkara yang baik, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh
yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi. Anak ibarat kain putih manakala ibu bapa pula
ibarat warna yang mencorakkan kain tersebut. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang paling
signifikan dalam membentuk sahsiah anak sejak mereka kecil lagi.
Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang mempunyai
sahsiah yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibu bapa seyogia meluangkan masa bersama-
sama anak agar mereka tidak berasa diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga hendaklah mengawal
pergerakan anak agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang negatif. Ibu bapa hendaklah
membuka fikiran seluas padang pasir agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata
ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus dalam kancah masalah sosial pada masa ini.
Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan
yang berakhlak mulia.
Peranan Ibu Bapa untuk Membentuk Sahsiah anak-anak
Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan merunsingkan. Acap
kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini,
tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri
daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa, seorang profesor yang
melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda
ditangkap secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari
hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk merungkai
permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti
membunag garam ke laut” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun
persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan
mereka daripada gejala sosial?
Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah
anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak
mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –
anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu
bapa untuk memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang
sempurna? Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama ibu bapa
mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-
sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata
pepatah “badan cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk
menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini
membolehkan mereka untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi anak-anak
mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut perkembangan diri masing –masing. Perubahan
emosi anak-anak sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan
emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu
memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-
anak akan biasa kerana “alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain
itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa
mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka.
Tambahan pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi
anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan
gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka.
Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat kepada anak-anak. Hal
ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah
kurangnya atau rapuhnya rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak kurang
pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan
aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan individu tetapi semua agama menginginkan yang terbaik
daripada penganutnya. Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan sumber rohani yang kukuh dan
kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka,
hal ini kerana iman yang kuat menjadi bekalan kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala
sosial. Selain itu, ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan
anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah
anak-anak adalah untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada anak-anak mereka sekaligus
menjauhkan mereka daripada gejala sosial.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu
pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari mereka
daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan
dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan
secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah
adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka
dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan
akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk
pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran
buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka.
Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk
sahsiah anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka.
Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian
kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial
melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha
memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar anak-anak
mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini,
sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat
refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan
nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa
haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang
lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka sebagai remaja
yang berbudi pekerti tinggi.
Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat masih belum
dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak
harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda
kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu
dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding jari dan
bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah
kita melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya “tidak”
jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga
membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan
pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya
digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.
Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam
sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media
massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada
hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini
kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga
atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau
individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat
khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu
pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini
lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran
kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya
mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan
dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam
kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga
bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di
bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-
organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar
dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam
sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan
moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar
perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di
peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam
sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah, nyanyian lagu Negaraku semasa
perhimpunan, mengadakan Minggu Cinta akan Negara, mengadakan pertandingan deklamasi
sajak, bercerita, forum, menulis esei, pertandingan fotografi yang berkaitan dengan patriotisme,
menubuhkan persatuan sejarah, menganjurkan lawatan
Membawa anak melawat ke tempat bersejarah, menanam kesedaran sejak kecil lagi,
memperkenalkan tokoh-tokoh berjasa kepada anak-anak, menjadi teladan kepada anak-anak,
membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan
Menyiarkan rancangan atau program berkaitan dengan aktiviti cinta akan negara, menyiarkan
rencana tokoh-tokoh, menayangkan filem yang berkaitan dengan semangat patriotik seperti “Bukit
Kepong”, “Paloh”, “Leftenan Adnan”
Menggantung bendera di rumah sempena hari kemerdekaan, melibatkan diri dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, membaca sejarah Malaysia dan
memahaminya serta mengambil iktibar, menyertai lawatan ke tempat bersejarah, menyertai
Program Latihan Khidmat Negara