Anda di halaman 1dari 1

Belakangan ini, isu berkaitan masalah gejala sosial sering dibincangkan

oleh pelbagai pihak di media massa dan media sosial bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Contoh gejala sosial seperti vandalisme dan lumba haram.
Masalah ini perlu diberikan perhatian demi masa depan. Oleh itu, kita perlu
mencegah gejala sosial dalam kalangan remaja sebelum menjadi lebih parah.
Salah satu cara menangani gejala sosial dalam kalangan remaja ialah ibu
bapa hendaklah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-
anak. Dalam hal ini, didikan agama perlu diberi kepada anak-anak sejak mereka
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ajaran agama
membimbing anak-anak ke arah kebaikan dan terhindar daripada perkara
negatif seperti gejala sosial.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mencurahkan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana kasih sayang
akan mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia. Contohnya, ibu bapa
sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak seperti makan bersama
dan bersenam pada waktu petang. Kesannya, anak-anak akan lebih suka
menghabiskan masa di rumah daripada keluar bersama-sama rakan-rakan.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa
memainkan peranan utama dalam menangani masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tanggungjawab
mereka dengan membuat pemantauan dan mengenakan tindakan yang tegas
kepada remaja yang terlibat dengan gejala sosial. Sesungguhnya, remaja yang
berkualiti tonggak kemajuan negara. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.

Anda mungkin juga menyukai