Anda di halaman 1dari 2

https://guruselamanya.wordpress.

com/2010/10/11/punca-punca-gejala-sosial-dalamkalangan-remaja/

Punca-punca masalah sosial


dalam kalangan remaja
By MAB on 11 Oktober 2010
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Masalah sosial dalam kalangan remaja bermaksud salah laku sosial yang dilakukan
oleh golongan remaja. Masalah sosial seperti membuli rakan, mencuri, terlibat dengan
lumba haram dan sebagainya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan remaja
pada hari ini. Malahan, masalah ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari sehingga
telah membimbangkan banyak pihak. Misalannya, sepanjang tahun 2010 sebanyak,
5,165 kes yang melibatkan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan
pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus
berbanding 2009. Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
fenomena ini terus berleluasa.
Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu
bapa, khususnya bagi ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja
sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Akibat keletihan,
mereka langsung tidak mahumengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi
untuk meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Hal ini pasti
menyebabkan anak-anak berasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari
jalan keluar untuk menghiburkan hati.
Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan
kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian

wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Dalam hal ini, ibu bapa
seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang.
Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan
perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang
menimpa
keluarga
mereka.
Contohnya
perceraian
antara
ibu
bapa mereka.dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya
gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi
keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang
tidak senonoh.
Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua
pihak memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan
peranan penting dalam membentuk keperibadian yang ungugul dalam kalangan para
pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat
membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.
Dalam pada itu, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga
boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk
melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan dalam kalaangan
anak-anak sejak mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu
dipertingkankan kerana semua agama mendidikr penganutnya supaya berkelakuan
baik.
Tegasnya, banyak punca remaja ini terlibat dengan masalah sosial. Oleh tu, semua
pihak harus bekerjasama dalam menentukan golongan remaja yang akan meneruskan
kepemimpinan negara pada masa hadapan. Sikap masayarakat kita yang tidak mahu
menjaga tepi kain orangharuslah diubah. Anggota masyarakat sepatutnya prihatin
dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja
kepada pihak yang berkuasa.

Anda mungkin juga menyukai