Anda di halaman 1dari 2

Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak dilihat kian menular kepada hampir kesemua

lapisan masyarakat, terutama sekali, remaja yang berusia sekitar 13 hingga 18 tahun. Jika
dilihat sejenak, ramai dalam kalangan remaja terlibat dengan gejala sosial yang berpunca dari
keruntuhan akhlak seperti meragut, mencuri dan sebagainya.
Tidak dinafikan, remaja merupakan pemangkin bagi kemajuan sesebuah negara. Masa
depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan
generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, di mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah
negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu,
golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang
berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi dan hal ini amat
membimbangkan.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja.
Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih
rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah
mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang
berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka
dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga
menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan
anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti
yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata
pepetah, sudah terhantuk, baru tergadah.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini,
media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak
memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan
remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, seperti api dalam sekam. Cerita-cerita
yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita
sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan
hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang
baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan
mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan
melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan
seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Seterusnya, keadaan sosioekonomi yang mundur menyebabkan berlakunya tekanan
perasaan bagi seseorang remaja, lalu dengan mudahnya, mereka mampu terjebak dengan
masalah keruntuhan akhlak yang menyumbang secara tidak langsung kepada masalah sosial
seperti melepak, zina serta boleh juga menyebabkan berlakunya jenayah seperti ragut, mencuri
dan sebagainya.

Kurangnya didikan agama juga menyebabkan remaja tidak dapat mengenalpasti mana
yang baik dan buruk juga akan memudahkan lagi kerutuhan akhlak berlaku. Bukan itu sahaja,
malahan kejutan budaya yang dialami oleh remaja terutama sekali yang berasal dari kampong
dan berhijrah ke Bandar, menyebabkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Sebagai
contoh, pemakaian yang tidak sopan dan mengikut trend barat, berpasangan dengan
seseorang yang bukan muhrim, dan banyak lagi. Hal ini mampu meruntuhkan akhlak remaja di
tahap yang membimbangkan. Lebih membimbangkan lagi apabila gejala ini menular di
kalangan generasi yang akan datang, Ibarat ketam mengajar anak berjalan.
Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa
memainkan peranan mereka, ibu bapa harus menasihati remaja dan membawa mereka ke
pangkal jalan. Remaja juga haruslah dididik dari awal kerana bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum
dan tiada unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat
membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan
membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat
membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti
sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan
sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, sambil menyelam,
minum air.
Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh
itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke
arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

Anda mungkin juga menyukai