Anda di halaman 1dari 8

Keruntuhan Akhlak Remaja – Remaja

Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja
adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang.
Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar mem-
bimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan
pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini
hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja.

Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka
terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-
rumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang
mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai
masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin
remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah
yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah,
rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang
melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula
mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak
membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah
seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan
semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan
salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru.

Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di anggap
sebagai puca kepada peningktan jenayah dalam masayarakat. Pelbagai masalah
juvenil (jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah) seperti menjadi
samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru, merosakkan
harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk mencerminkan
kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial remaja.
Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis
dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah remaja adalah produk
sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga dikatakan remaja adalah
kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini
tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara.
Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga
manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala
masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak
terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.

Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut dengan
perangai rakan merek. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang
luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga
mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar.
Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai.
Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam
yang lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang
diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga
faktor yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan
fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai
manusia pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan diri untuk
memasuki dunia dewasa.

Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan
beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri
dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja
menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan
jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat,
malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan
fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela
diri bagi menjaga maruah.

Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan beberapa
perkara kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan bagi
mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam
aspek ekonomi dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat
dan keperluan masyarakat.. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Remaja
mestilah bersedia menghadapi masa depan yang mencabar dan juga mampu
mencapai kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain
disamping itu juga dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup bertentangan
yang menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan.

Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak
puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan
mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan
rapi. Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral
di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita
alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya
wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas
melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara
anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang
saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain
sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini
secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara
tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba
dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut
tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja ‘rukun tetangga’ diadakan bagi
menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya, ramai yang
menyalah gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku kedatangan
ataupun berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang. Antara nilai
yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrialisasi adalah nilai
individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat
membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain. Sikap
individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam
kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap minimum.
Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan
keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau
pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai
latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa
penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya
perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan
daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-
anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih
sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan
perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak
rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur
dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin
kepada pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak
walaupun pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak
di sekolah. Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka
dengan bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis
terpaksa campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan
masalah disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan
dalam hal ini.

Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan


beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu tidak menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengambil berat pencapaian anak-anak,
ibu bapa tidak sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan
anak malu ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tidak mengambil tahu
aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang
berstatus rendah di luar bandar lebih merelakan tindakan guru kerana bagi mereka,
tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan anak
mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa
berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu
dimanjakan di rumah dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah
dipukul di rumah. Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu
dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di
rumah sedangkan guru perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas.
Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-
anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka.
Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan
asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga.

Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial


menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai
peluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan. Sementara
remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna.
Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah
juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang banyak. Ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka.
Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak memburukkan
lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan
pergaulan anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja
yang terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang
kompleks tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor
keruntuhan akhlak remaja. Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang
berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak
teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tidak tenteram serta ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru, sebagai ibu bapa dan
anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan
peranan yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan
serta menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan
yang cukup bagi menghadapi zaman dewasa.

Pengaruh persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media masa juga
sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai dorongan
kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya menyebabkan remaja
terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin
tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks
membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan
seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada
pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu
daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi oleh media massa.
Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru
yang belum pasti baik bagi perkembangan diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat
daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah
serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Mengikut pemerhatian
kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini
lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini
mendorong sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai
perlakuan anti-sosial.

Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama mekanisme
pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak
dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang
berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi
menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca
keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru
tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi
adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan
ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak
menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-
murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka
melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang
melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak
mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini
berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Bagi guru yang berasa
keselamatan mereka terancam mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja
apa yang dilakukan oleh murid-murid bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa
membodohkan diri sendiri, membutakan mata, membisu suara dan membenamkan
rasa kecewa mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.
Sekiranya pada ketika dahulu guru mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik
pelajar, tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang dapat dilihat dan kadangkala
terus hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. Tun Dr. Mahathir
Mohamad pernah menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh
kepada murid dan hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang
ditugaskan kepada mereka. Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh
dipersalahkan. Tetapi, sikap guru yang sekadar menyampaikan maklumat mata
pelajaran yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka perlu dibetulkan.

Di samping itu, ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian meruncing
di sekolah rendah dan menengah menimbulkan isu di mana guru wanita
menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Sifat wanita yang lemah-lembut menjadi
isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. Ketidak-seimbangan bilangan guru
ini kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih tempat
kepada guru wanita, tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohon. Walau
bagaimanapun, adakah semua tindakan disiplin hanya dapat dilakukan dengan
tindakan keras seperti merotan? Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih
ber-kemampuan mengambil tindakan tegas dan keras berbanding guru wanita. Guru
disiplin dapat mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti
menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca
masalah sebenar. Keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga
boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga
dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan
mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin
pelajar di sekolah, setiap guru perlu meng-gunakan budi bicara yang luhur di samping
tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan pelajar atau remaja
hari ini tidak faham hubungan antara pelajaran dan kerjaya. Akibatnya, mereka berada
di sekolah semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan ataupun sebab ibu bapa
mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung, ramai yang kurang
bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan rancangan
masa depan. Cadangan mengatasi masalah ini berkisar dengan isu pelajar remaja.
Justeru, kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan
pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik Ini dapat dilakukan dengan
menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar
yang baru dan teknik pengajaran luar kelas, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan
beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih banyak
masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada
perkembangan mereka.

Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat mengurangkan


penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di sekolah. Dengan
wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan
ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun, ia perlu dikaji dengan mendalam kerana
cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan
tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan daripada ibu bapa memandangkan langkah
hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil bagi anak mereka. Perkara yang
berhubung dengan aspek perundangan adalah penguatkuasaan undang-undang oleh
polis. Ini bermakna, bidang kuasa polis boleh diperluaskan merangkumi kegiatan
pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar.
Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan,
negeri mahupun negara supaya segala kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah
diawasi.

Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu


remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat
dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru
kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di
kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang
sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain.
Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan
sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan
mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling
remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu,
golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah
zaman pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh
banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja. Ini menyebabkan mereka
menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan
membentuk identiti diri.

Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini, mempunyai hubungan
rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar yang tidak terkawal ke
dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran itu, kemasukan aliran
muzik songsang perlu disekat dengan mengharamkan kemasukan muzik berunsur
lucah. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu dilakukan ke atas premis-
premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan sebagainya bagi mengesan
dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Usaha
yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan remaja hingga ke akar
umbi.

Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah melalui ceramah-
ceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun demikian,
wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Contohnya, pada
‘Hari Ibu Bapa dan Guru’ yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah dapat
memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu bapa dalam usaha
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan agama perlu
ditekankan dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama
memberi garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping pengetahuan
agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan kepada remaja dan
ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa berada
pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.
Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan
kepada guru besar dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin pelajar.

Namun begitu, secara umumnya, didapati disiplin pelajar di sekolah-sekolah semakin


merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan
perhatian yang serius. Terdapat juga guru-guru yang tidak bekerjasama dalam
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab
dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah
disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi sikap dan tanggapan
pelajar pada konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru, pentadbiran sekolah perlu me-
mastikan sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi
perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham
berkenaan hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul.

Ada kalanya, sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia adalah
wadah terbaik bagi menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan
moral memberi pengaruh besar dalam mencorakkan sikap dan akhlak remaja dan
seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh kerana pendidikan moral
disampaikan kepada remaja sejak kecil lagi, ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan
sikap dan nilai positif kepada diri individu berkenaan. Oleh itu, para pelajar perlu diberi
penerangan yang jelas berkenaan alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka
hadapi sebelum mencapai dewasa. Ini dapat dilakukan melalui ceramah dan majlis
penerangan berkenaan masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk
kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukan sahaja masalah pelajar, ibu bapa dan
guru tetapi masalah masyarakat. Dengan itu, pemimpin-pemimpin tempatan seperti
penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang
berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu dan bekerjasama menyelesaikan kes-
kes disiplin. Penglibatan semua pihak dari-pada anggota masyarakat umum kepada
ketua masyarakat adalah perlu kerana masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah
masalah masyarakat. Kawalan sosial perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan
sikap ‘tidak apa’ ataupun tidak ambil tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat.

Pusat kegiatan remaja merupakan satu lagi aspek pencegahan yang perlu diberi
perhatian adalah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua
aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan ini, program ataupun aktiviti yang
diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja membekalkan kemahiran-kemahiran
supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di
samping kemahiran, pusat-pusat ini juga boleh memberi ceramah-ceramah, kelas-
kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan dalam
perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya, pertukaran belia antara negeri dan
negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para
remaja. Kerjasama antara agensi Pada masa ini, sudah wujud satu jawatankuasa
yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi
memerhati perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil
langkah-langkah yang perlu sebelum pelajar-pelajar terjebak ke dalam apa-apa aktiviti
yang menyalahi undang-undang. Namun, keberkesanan jentera ini dapat
dipertingkatkan dengan membuat kajian dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti,
program serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja.
Program pemulihan dalam komuniti dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat perlu dikaji dari semasa ke semasa supaya perancangan dan program-
programnya selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja.

Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membendung
gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan
program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam
lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara
keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca,
gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut
berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutamanya
yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada
tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak
pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan
mempunyai sifat-sifat yang baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah
membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.

Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini, terdapat
jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar ataupun
remaja hari ini semakin meningkat. Nampaknya, semakin maju negara, semakin luntur
nilai moral masyarakat. Justeru, dalam keghairahan merancang dan merencana
pelbagai projek raksasa supaya negara seiring dengan ledakan informasi dan
pembangunan industrialisasi yang mantap, kita juga tidak boleh meminggirkan projek
raksasa dalam membina insan

Anda mungkin juga menyukai