Anda di halaman 1dari 3

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling
penting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergaul dengan
keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di rumah.
Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya.
Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan
sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remaja yang
mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.
Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya boleh di definisikan sebagai
sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Menurut
Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras
tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara satu sama lain.
Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umur yang sama, asalkan
dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama lain dari segi minat dan
matlama
Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama
adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16 tahun,
peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu peringkat
keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat
beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat,
kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada
seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada mereka
Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai pengganti
keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan seseorang
remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi sokongan sosial dan
ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang remaja,
maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja.
Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan seseorang remaja, iaitu pengaruh
positif dan pengaruh negatif. Pengaruh rakan sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan
keperibadian yang mulia pada diri seseorang remaja itu, manakala pengaruh yang negatif
pula akan menyebabkan seseorang remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya
meranapkan masa hadapan remaja tersebut.
Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama
lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan
Sebaya yang terdiri daripada remaja yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih
memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti
kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada
kalangan remaja yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang
lain.

1. Pengaruh Rakan Sebaya | PDF (scribd.com)


Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk
bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-
nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak
mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan
tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan
sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja
berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui
pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan
peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat
Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang
positif di kalangan mereka.
Rakan Sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita
mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap
pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan
kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan
sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya
boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun
bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala
sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami
masalah keluarga. Ini adalah fakta. Pengaruh Rakan Sebaya memang antara sebab utama
yang boleh membuatkan seseorang bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat yang
mana memperlihatkan keruntuhan akhlak pada diri seorang remaja.

1. Pengaruh Rakan Sebaya | PDF (scribd.com)


2. (1) (DOC) perkembangan rakan sebaya | naz naw - Academia.edu
Sumber Rujukan
1. Pengaruh Rakan Sebaya | PDF (scribd.com)
2. (1) (DOC) perkembangan rakan sebaya | naz naw - Academia.edu

1. Pengaruh Rakan Sebaya | PDF (scribd.com)

Anda mungkin juga menyukai