Anda di halaman 1dari 8

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Berbakti mengikut kamus bahasa merujuk kepada berbuat baik, berbuat taat dan setia serta berjasa. Berbakti mengikut istilah agama pula merujuk kepada perbuatan yang baik; sesuatu yang dilakukan untuk maksud bebrbuat kebajikan. Berbakti kepada ibu bapa secara keseluruhannya boleh ditakrifkan sebagai membuat perkara baik, taat dan setia kepada ibu bapa dengan tujuan membuat kebajikan. Berbakti kepada ibu bapa merupakan amal kebajikan yang sangat dituntut dan amat besar nilainya di mata Allah s.w.t. Buktinya, perintan berbakti kepada ibu bapa dan menyembah Allah selalunya digandingkan dalam satu ayat yang sama seperti yang terdapat dalam surah di bawah:

(surah al-isra ayat 23) Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaikbaiknya.

Setiap anak yang dilahirkan di muka bumi ini wajib berbakti kepada ibu bapanya. Ini adalah kerana kesejahteraan sebuah masyarakat islam dan keharmonian sebuah negara bergantung kepada kesejahteraan di dalam keluarga. Setiap anak dituntut berbakti kepada kedua ibu bapa bukan sahaja selagi mereka masih hidup bahkan juga sesudah kematian mereka. Ibu bapa selayaknya mendapat perhatian dan kasih sayang dari anak-anak meraka kerana tanpa meraka siapalah anak itu. Ibu telah bersusah payah mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak itu sehingga dewasa. Ayah pula mencari rezeki, berkerja tanpa mengenal erti penat lelah untuk mendapatkan rezeki yang halal demi

anak-anaknya. Betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah; maka tidak perlu disangkal lagi penghormatan yang layak diberikan kepada ibu bapa.

(surah luqman ayat 14) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Di dalam al-Quran telah dinyatakan dengan jelas kewajipan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.

Hakikatnya, tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting selepas menunaikan tanggungjawab kepada

Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka, setiap anak hendaklah mentaati

mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala hal, menjaga kebajikan dan kebaikan mereka lebih daripada diri sendiri dan orang lain. Tidak ada ertinya, jika seseorang individu muslim menjalinkan hubungan baik dengan orang lain seperti isteri, suami, anak, sahabat,

jiran tetangga dan lain-lain tetapi menderhakai dan menafikan hak-hak ibu bapanya sendiri. Mengapa Allah mewajibkan individu berbakti kepada ibu bapa? Jawapan kepada persoalan ini amat mudah. Ini adalah kerana ibu bapa telah banyak berkorban untuk anak-anaknya. Kita sebagai anak, haruslah membalas segala jasa dan pengorbanan mereka dengan berbakti dan menghormati mereka. Ibu telah bersusah payah mengandungkan anaknya di dalam kandungan selama sembilan bulan tanpa, bertarung nyawa melahirkan bayi tersebut, kemudian menyusui sendiri anaknya dan berjaga siang dan malam demi anaknya yang kecil itu. Setiap anak ditatang bagai minyak yang penuh dengan harapan anak itu akan membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan juga negara.

(Surah al-Ahqaf ayat 15).

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Ayah juga tidak kurang besar jasanya kepada seorang anak. Dari sperma ayah itulah terhasilnya anak di dalam kandungan ibu. Ayah berusaha memberi didikan agama dan duniawi kepada anak dengan harapan anaknya itu akan dijauhi dari
3

azab siksa api neraka. Besarnya pengorbanan kedua orang tua tidak boleh disangkal lagi. Maka seba itulah, berbakti kepada mereka menjadi satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak mereka membalas segala jasa dan pengorbanan dengan wang ringgit dan harta yang melimpah ruah. Mereka Cuma mengharapkan anak mereka memberi kasih sayang dan menghormati mereka selama mereka hidup, mendoakan kesejahteraan mereka serta menziarahi pusara mereka selepas mereka meninggal dunia. Peliharalah ayahmu, jangan engkau putuskan. Sebab jika engkau putuskan, nescaya Allah memadamkan cahayamu (hadith Rasulullah) Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Dua sebab ini telah dengan jelas menjadikan berbakti kepada ibu bapa itu sangat penting kepada mereka yang bergelar muslim. Setiap individu muslim yang berbakti kepada kedua ibu bapanya dan mendapat redha dari mereka, maka redha Allah juga telah berada dalam genggaman mereka. Amat mendukacitakan apabila anak-anak tidak mahu mengutamakan ibu bapa dalam kehidupan. Mereka seakan tidak sedar akan hakikat Allah tidak redha sama sekali segala perbuatan atau pekerjaan mereka yang tidak mendapat redha ibu bapa. Di zaman yang serba moden ini, kita dapat melihat pelbagai senario di mana anak-anak mengabaikan ibu dan bapa. Anak-anak yang sudah berumah tangga mengutamakan isteri dan anak-anak. Mereka meletakkan tanggungjawab menjaga dan memelihara kedua orang tua kepada adik beradik yang lain kerana beranggapan mereka tidak lagi mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Semakin ibu bapa bertambah usia, semakin mereka dilupakan. Terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menghantar ibu dan bapa ke rumah orang tua dengan alasan terlalu sibuk bekerja. Diamanakah letaknya perasaan anak-anak ini?. Golongan yang disebutkan di atas, perlu diberikan peringatan akan peri pentingnya berbakti kepada ibu bapa iaitu, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
4

Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud bahawa ia berkata, Aku tanyakan kepada Nabi s.a.w. Apakah amal yang lebih disukai Allah? Jawab nabi, mengerjakan solat tepat pada waktunya. Tanya Abdullah: Sesudah itu apa lagi? Jawab Nabi, Sesudah itu berjasa dan berbakti kepada ibu bapa. Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbakti kepada ibu bapa ini tidak berhenti selepas mereka meninggal dunia, bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka, membayar hutang mereka jika ada, dan berbuat baik kepada sahabat-sahabat mereka. Ini telah cukup untuk membuktikan bahawa amalan berbakti kepada ibu bapa adalah suatu amalan yang berterusan dan perlu dilaksanakan sepanjang hayat. Kewajipan berbakti kepada ibu bapa berbentuk umum dan tidak terbatas. Sama ada ibu bapa individu itu muslim ataupun beragama selainnya. Layanan yang sama harus diberikan kepada mereka. Perintah mentaati, berbuat baik dan menghormati mereka tetap diwajibkan kepada anak-anak yang ibu bapanya bukan muslim tetapi mestilah tidak melanggar perintah-perintah agama seperti mensyirikkan Allah yang esa. Diriwayatkan daripada Said bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw). (Riwayat Muslim). Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat ini:

(surah al anqabut ayat 8)

yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan. Dengan penurunan ayat ini, Allah telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana untuk mengatasi masalah jika si anak berhadapan dengan ibu bapa yang mengkehendaki mereka melakukan sesuatu yang melanggar syariat islam. Si anak tidak perlu gentar atau takut kerana Allah maha menegetahui dan maha pengampun. Mereka hanya perlu kembali kepada Allah kerana sesungguhnya, mereka tidak melakukan dosa ke atas kedua orang tua mereka. Makan, jelaslah disini, berbakti kepada ibu bapa amat penting dalam kehidupan. Bagi meningkatkan diri dengan ciri-ciri akhlak muslim yang akan bergelar guru, penting bagi individu untuk mengetahui tujuan pendidikan akhlak kepada pelajar di sekolah. Guru bertanggungjawab mendidik anak-anak muridnya dengan pendidikan akhlak. Pendidikan akhlak boleh diajar sama ada di dalam atau di luar kelas dan tanggungjawab ini bukan sahaja untuk guru yang mengajar pendidikan islam malahan setiap guru muslim boleh melakukannya. Untuk mendidik anak-anak murid dengan lebih khusus tentang kepentingan berbakti kepada ibu bapa, guru perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik. Guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar tentang peri pentingnya berjasa kepada kedua ibu bapa. Jika anakanak telah dididik sejak usia muda, nescaya mereka akan ingat dan

melaksanakannya kerana meluntur buluh haruslah dari rebungnya. Seorang guru muslim harus bijak memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak tentang amalan berbakti kepada ibu bapa ini. Pelbagai cara dan inisiatif boleh diambil di dalam dan di luar waktu kelas. Guru boleh meluangkan masa mereka dengan menceritakan kisah-kisah tauladan dari zaman rasulullah kepada muridnya di dalam kelas. Selain itu, guru haruslah memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muridnya bagaimana cara untuk berbakti kepada ibu bapa dan mengajar mereka doa-doa lazim untuk kesejahteraan ibu bapa.

Kesimpulannya, menghormati dan

anak berbuat

yang baik

kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin mewujudkan utama ke arah

masyarakat

penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Bagi membentuk anak-anak yang taat kepada ibu bapa, Guru muslim harus menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengajar anak-anak didiknya tentang kepentingan berbakti kepada kedua orang tua.

Rujukan

Alwi, E. A. (2008). Apa Itu Islam? Batu Caves, Malaysia: PTS Islamika Sdn. Bhd. Firdaus, M. (1997). Mendidik Peribadi Muslim. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Hakim, L. (1990). Cara Hidup muslim. Johor bahru: Penerbitan Al-Masyhur Sdn. Bhd. Majlis Ugama Islam Singapura. (2002, May 24). Retrieved August Sunday, 2010, from Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa: http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/oom_files/K871.doc

Anda mungkin juga menyukai