Anda di halaman 1dari 3

SOALAN ISU SEMASA : BERIKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN BERBELANJA SECARA

DALAM TALIAN

KEBAIKAN DAN KEBURUKKNA MEMBELI SECARA DALAM TALIAN

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, membeli belah secara dalam talian telah menjadi
kebiasaan di kalangan masyarakat. Boleh dikatakan seperti trend yang semakin giat dilakukan
oleh setiap golongan masyarakat sama ada dalam ataupun luar negara. Selain itu, wabak Covid-
19 yang telah merebak ke seluruh dunia pada tahun 2019 secara tidak langsung telah
mengembangkan platform e-dagang dengan mendadak, dan menjadikannya sebagai platform
membeli-belah yang popular. Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa kaedah ini banyak
memberi kebaikan namun ada juga segelintir masyarakat tidak gemar kerana mempunyai
keburukkan.

Terdapat beberapa kebaikan membeli di dalam talian, salah satunya ialah menjimatkan
masa .

Tidak dapat dinafikan membeli belah secara talian dapat menjimatkan masa kerana anda tidak
perlu beratur di kaunter tunai untuk membayar produk yang ingin dibeli. Mereka boleh membeli-
belah dari rumah atau tempat kerja tanpa perlu meluangkan masa untuk pergi ke pusat membeli
belah. Yang anda perlukan hanyalah akses internet dan masukkan kata kunci atau menggunakan
enjin carian dan klik item yang anda perlukan, dan selesai~ Sangat mudah dan menjimatkan
masa, kan?

Kompleks membeli-belah mungkin besar, tetapi mereka tak ada semuanya! Membeli-belah
dalam talian sangat bagus kerana banyak jenama dan produk tersedia di dalamnya dan tanpa
had! Anda boleh membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tambahan pula,
jika anda tidak menemui produk tertentu di kedai fizikal, anda kena luangkan masa untuk pergi ke
pusat beli belah yang lain, tetapi tidak jika anda membeli belah secara dalam talian. Anda hanya
perlu klik dan semak imbas kedai lain untuk produk yang sama.

Selain dari menjimatkan masa, membeli belah secara dalam talian juga dapat menjimatkan
kos dari segi pengangkutan. Kerana tidak semua orang tinggal berdekatan dengan pusat membeli
belah dan pasar raya, ada yang perlu meluangkan masa berjam-jam di jalan raya semata untuk ke
pusat membeli belah dan terpaksa membelanjakan banyak wang dari segi petrol dan kos
pengangkutan. Jadi dengan membeli belah dalam talian, secara tidak langsung anda telah
menjimatkan wang anda untuk kos pengangkutan dan juga tenaga.
 

Kelebihan lain semasa anda membeli-belah dalam talian adalah tak perlu menempuh
ribuan pengunjung yang datang untuk membeli belah juga. Lebih-lebih lagi ketika cuti perayaan
dan ketika hujung minggu, di mana anda harus bersesak-sesak dengan pembeli lain. Tambahan
lagi buat mereka yang menaiki kenderaan harus berebut di tempat letak kenderaan yang kadang
boleh mengambil masa berjam untuk itu. Tetapi dengan membeli belah secara dalam talian, anda
tidak perlu melalui kesemua tu. Anda boleh membeli belah dengan tenang dan dalam keadaan
yang selesa di mana-mana sahaja yang anda inginkan tanpa harus memikiran tentangnya!

Namun disebalik kebaikan membeli dalam talian , para pelanggan perlu mengetahui
banyak juga keburukkan yang akan merugikan kita semua.

Keburukan pertama adalah jangka masa, jangak masa yang di maksudkan disini adalah
produk yang dipesan untuk sampai ke rumah. Lambat mengepos,sebab penjual menunggu
pesanan yang secukupnya barulah pos, ini adalah menjimatkan masa mereka, mereka tidak
mahu pos hari-hari.

Keburukan kedua adalah kos penghantaran. Harga produk yang yang diberikan oleh
penjual bukan la termasuk harga kos penghantaran, harga penghantaran perlu dibayar secara
asing. Sebagai contoh harga produk adalah RM5, harga pos adalah RM8, harga pos menjadi lebih
mahal daripada produknya sendiri, banyak pembeli merasakan tidak berbaloi. Kalau dibandingkan
pergi beli di pusat membeli- beli ia akan menjimat lebih banyak, tetapi tidak boleh menafikan
bahawa harga yang ditawaran di talian adalah lebih murah berbanding harga yang dekat
luar sana, tetapi tidak berguna kalau kita hanya memerlukan sedikit sahaja dan perlu beli banyak
demi menjimat kos penghantaran

Keburukan yang terakhir adalah kualiti produk, kita tidak menyentuh,


merasa,melihat dengan teliti tentang kualiti produk, pembeli hanya dapat melihat melalui komputer
atau telefon pintar sahaja, kebanyak gambar telah diedit oleh penjual untuk dijadi
lebih menarik, dan apabila barang dah sampai ke tangan pembeli warnanya dan kualitinya adalah
berbeza berbanding gambar di lamannya. Sebagai contohnya pembeli membeli
barangan pakaian, pembeli tidak boleh merasakan bahan tersebut, mencubanya, dan melihat
bagaimana ia dibuat. Kecuali pembeli mengetahui ukuran anda dan sudah biasa dengan jenama
pakaian yang ditawarkan, ini akan menjadi pengalaman yang buruk. Kebanyakan kedai dalam
talian memudahkan anda untuk memulangkan item anda untuk alasan ini.
Terdapat banyak lagi keburukkan yang wujud dalam aktiviti berbelanja dalam talian .
Kesimpulannya, Internet dan kecanggihan teknologi benar-benar telah mengubah cara hidup kita.
Hanya pada hujung jari, kita boleh mengenali dunia walaupun tanpa keluar dari rumah.

Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai