Anda di halaman 1dari 5

Batasan pergaulan Semasa Bertunang

Pada zaman Rasulullah s.a.w kaum wanita biasa menghadiri solat berjemaah dan solat jumaat. Mereka
juga menghadiri solat Idain (Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha). Imam Muslim meriwayatkan dari
Ummu Athiyah, katanya:”Kami diperintahkan keluar untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah
pada dua hari raya, demikian pula wanita pingitan dan gadis- gadis”. Mereka juga memasuki
pengajian- pengajian untuk mendapatkan ilmu dari Nabi s.a.w bersama kaum lelaki. Mereka biasa
menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanya oleh kaum wanita.

Selain itu, mereka turut serta dalam peperangan membantu mujahid- mujahid Islam. Diriwayatkan
oleh Ummu Athiyah: “Saya turut berperang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali, saya
tinggal di khemah- khemah mereka, membuat mereka makanan, mengubati yang terluka dan merawat
yang sakit”.

Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan di antara lelaki dan perempuan
tidak diharamkan malahan harus (jaiz). Kadang- kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan
seperti dalam urusan ilmu yang bermanafaat, amal saleh, kebajikan dan lain- lain yamg memerlukan
kerjasama di antara lelaki dan perempuan. Namun begitu tidak bererti kita meninggalkan segala
batasan- batasan yang telah ditetapkan oleh syara’. Batas- batasnya ialah:

1- Menahan pandangan dari kedua pihak (melihat aurat dan memandang dengan syahwat).

Firman Allah Taala: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan kepada wanita beriman:
‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30- 31)

2- Pihak wanita harus memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat seperti yang dituntut syara’.

Allah berfirman: “..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” (An- Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.

3- Mematuhi adab dalam segala hal seperti dalam percakapan hindari dari perkataan yang
meransangkan.

Allah berfirman: “..Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang
yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al- Ahzab: 32)

4- Jauhkan diri dari bau- bauan yang harum dan perhiasan- perhiasan.

5- Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki
berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad
& Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

6.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi,kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara
dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

7.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya


kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang
yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat
dan lain-lainnya.

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama
sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya,

sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan
mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa
berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

BATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG

Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan
isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain

Kelonggaran ini dibenarkan oleh Islam dengan syarat bahawa kedua-dua pihak memang sudah
membuat azam untuk merapatkan hubungan bagi memastikan perkahwinan mereka kelak dapat dibina
di atas persefahaman dan keserasian yang teguh.

Perbuatan ini pula tidak dengan tujuan untuk memenuhi dorongan nafsu jahat sehingga berlaku
maksiat.Oleh itu batasan pergaulan yang diizinkan oleh Islam hendaklah dipatuhi. Batas utama ialah
bahawa Islam hanya membolehkan:

a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah

Islam melarang perlakuan berdua-duaan,berkhalwat dan bergaul bebas, pergi kesana kemari seperti
yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak
keburukan kepada diri, keluaraga, dan masyarakat.Dengan kata2 lain kelonggaran yang diberikan oleh
Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahgiaan
rumahtangga berdasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen bukan sahaja berdasarkan penilaian
nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela menerima kehadiran antara kedua belah
pihak.
Suatu perisiwa telah berlaku di zaman Rasulullah SAW, iaitu Al-Mughirah B. Syu’bah telah
meminang seorang perempuan untuk dikawininya, lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, adakah
engkau melihatnya??jawabnya: tidak!kemudian baginda bersabda yang bermaksud:

Erti: Lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua
(riwayat Muslim)

PERINGATAN PERGAULAN BEBAS

1) Islam mengaharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempauan bukan mahram seperti yang
berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu termasuk dalam maksiat.

2) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial dikalangan
remaja dan maksiat yang berleluasa.

3) Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana2 sahaja kamu berada, kamu akan
terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.

4) Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah kamu sebagai seorang Islam.

Anda mungkin juga menyukai