Anda di halaman 1dari 4

MASJID MUKIM TAPANG,

KAMPUNG TAPANG, PANJI,


JALAN HOSPITAL,
15200 KOTA BHARU KELANTAN.

Tarikh : 29 Meil 2011


Rujukan kami : FHI / 2

Kepada,

USTAZ SAIBON BIN ISMAIL


Penolong Pengarah Dakwah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM HARI IBU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Jawatankuasa Kerja dengan berbesar hati ingin menjemput ustaz


sebagai panel untuk program Forum Hari Ibu yang akan diadakan pada ketetapan
seperti berikut :

Tarikh : 1JUN 2011


Hari : Rabu malam Khamis
Masa : Selepas Solat Fardu Maghrib
Tempat : Masjid Mukim Tapang, Panji, Kota Bharu.

3. Bersama ini kami lampirkan soalan sebagai persediaan bagi pihak tuan.
Harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi undangan kami ini

Segala kerjasama diucapkan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

"SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU”

Saya yang menurut perintah,

....................................................
(MOHD FADHIL BIN MOHD HASBI TAN)
Setiausaha
Program Forum Hari Ibu 2011.
MASJID MUKIM TAPANG,
KAMPUNG TAPANG, PANJI,
JALAN HOSPITAL,
15200 KOTA BHARU KELANTAN.

Tarikh : 28 Meil 2011


Rujukan kami : FHI / 3

Kepada,

DR. HJH. HAFIZAH BINTI HJ. MUSTAKIM


Ahli Jawatan Kuasa IKRAM pusat.

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM HARI IBU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Jawatankuasa Kerja dengan berbesar hati ingin menjemput Ustazah


sebagai panel untuk program Forum Hari Ibu yang akan diadakan pada ketetapan
seperti berikut :

Tarikh : 1 Jun 2011


Hari : Rabu malam Khamis
Masa : Selepas Solat Fardu Maghrib
Tempat : Masjid Mukim Tapang, Panji, Kota Bharu.

3. Bersama ini kami lampirkan soalan sebagai persediaan bagi pihak puan.
Harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi undangan kami ini

Segala kerjasama diucapkan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

"SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU”

Saya yang menurut perintah,

....................................................
(MOHD FADHIL BIN MOHD HASBI TAN)
Setiausaha
Program Forum Hari Ibu 2011.
SOALAN PANEL PERTAMA:

Pusingan Pertama
1) Sebagai pembuka bicara kita pada malam ini, molek
kiranya ustaz huraikan tentang tajuk forum kita pada
malam ini, “HANYA KERANA AH!”. Apakah yang
dimaksudkan dengan AH! Itu?
Silakan ustaz.

Pusingan Kedua
2) Mungkin kita semua pernah mendengar cerita tentang
seorang pemuda pada zaman Nabi Sulaiman yang
mendapat kurnia dari Allah. Dia di tempatkan di dalam
kubah hijau di dalam laut. Bagaimanakah dia mendapat
kurniaan sebegitu hebat? Bolehkah ustaz terangkan
kepada kita semua agar amalan pemuda itu dapat kita
ikuti untuk menjadi manusia yang mendapat kurnia dari
Allah juga.
Silakan ustaz.
SOALAN PANEL KEDUA:

Pusingan Pertama
1) Dalam sejarah Islam, pernah dirakamkan kisah seorang
sahabat yang soleh dan rajin beribadah pada zaman
Rasulullah. Dia hampir-hampir mati dalam keadaan su’ul
khatimah disebabkan dia ada dosa dengan ibunya. Boleh
ustazah terangkan peri pentingnya status IBU dalam Islam
sehingga dinisbahkan SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI
IBU.
Silakan Ustazah.

Pusingan Kedua
2) Dalam era yang penuh mencabar sekarang ini, seringkali
kita mendengar tentang penderhakaan anak terhadap ibu
bapanya. Ada anak yang sanggup memukul ibu sendiri,
menghantar ibu ke rumah orang-orang tua bahkan ada
yang sanggup membunuh ibunya sendiri.
Persoalannya ustazah, mengapa perkara seperti ini boleh
berlaku dan sebagai seorang ibu, elok kiranya Ustazah
kongsikan bersama kita kaedah mendidik anak mengikut
acuan Islam agar anak-anak kita menjadi penyejuk hati
bagi kedua ibu bapa.
Silakan ustazah.

Anda mungkin juga menyukai