Anda di halaman 1dari 6

59.

ADAB PEMINANGAN
(KHITBAH)

a
b
c
d
e

Pengertian Peminangan
Dalil al-Quran dan al-Hadith
Syarat Perempuan Yang Hendak Dipinang
Cara-cara dan adab-adab meminang
Perbincangan dan kesimpulan

HURAIAN:
Motif atau tujuan paling utama dalam perkahwinan adalah untuk meletak batu asas
yang baru bagi menambah kekuatan umat Islam. Oleh itu, Islam mewajibkan suatu
perancangan atau perencanaan rapi perlu dilakukan sebelum rumahtangga terbina. Biarlah
rumahtangga yang dibina itu berjalan atas konsep Baiti Jannati, tidak berlaku sebarang
penganiayaan, permusuhan ataupun sebarang penyelewengan. Lantaran itu, proses awal
perkahwinan melalui suatu istiadat peminangan haruslah dilakukan mengikut garis panduan
syariat yang sebenar, bukan sekadar adat istiadat ikutan zaman.
a) Pengertian Peminangan
Peminangan itu adalah suatu proses pernyataan dari seorang lelaki terhadap seorang
perempuan untuk perjodohan atau perkahwinan (untuk dijadikan isteri). Ianya harus
dilakukan secara terang atau sindiran sahaja. Sama ada yang dipinang itu perempuan yang
masih gadis atau pun janda. Apabila pinangan itu diterima oleh perempuan tersebut atau oleh
keluarganya, maka selesailah peminangannya. Oleh itu, tidak harus lagi bagi seseorang lelaki
lain meminang perempuan yang telah sah dipinang oleh seseorang lelaki, sekiranya ia
mengetahui.
Sebenarnya seseorang perempuan itu ada hak untuk menerima atau menolak pinangan
terhadap dirinya sebagaimana hadith nabi saw.;

Ertinya: Tidak dikahwini perempuan janda hinggalah dibincangkan dengannya, dan


tidaklah dikahwini anak dara hinggalah diminta izin
(HR. al-Bukhari)
b) Dalil al-Quran dan al-Hadith
Antara firman Allah swt. yang ada kaitannya dengan peminangan ini adalah dari surah
al-Baqarah, ayat 235;








Maksudnya: Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang perempuan-perempuan itu
dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginan mengetahui mereka)
dalam hati kamu itu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut
1

mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan
mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka)
perkataan maaruf
Terdapat beberapa hadith Rasulullah saw. yang menyentuh perkara berkaitan dengan
peminangan ini, antaranya adalah seperti berikut;
1. Hadith riwayat Ibnu Umar ra., katanya;

Ertinya: Bersabda Rasulullah saw.; Tidak boleh mana-mana orang dari kalangan
kamu meminang mana-mana perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya
sehingga peminang itu ditinggal dahulu atau dia memberi kebenaran
kepadanya
2. Hadith riwayat al-Bukhari;

Ertinya: Tidak dikahwini perempuan janda itu hinggalah dibincangkan dengannya


(dipinang), dan tidaklah dikahwini anak dara hinggalah diminta izin
(dipinang)
3. Sabda nabi saw. lagi;

Ertinya: Apabila Allah swt. mencampakkan ke dalam hati seseorang keinginan


meminang seorang perempuan, maka tidak mengapalah dia melihatnya
c) Syarat Perempuan Yang Hendak Dipinang
Para ulama telah mengemukakan beberapa syarat bagi perempuan yang hendak
dipinang itu, antaranya adalah sebagaimana berikut;
1. Bukan Isteri Orang
Tidak boleh (haram) meminang perempuan yang masih menjadi isteri orang kerana boleh
membawa kepada pertengkaran, perbalahan dan kerosakan serta membawa kemudharatan
kepada anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat.
2. Bukan Mahram
2

Perempuan mahram adalah perempuan yang diharamkan kahwin selama-lamanya


(Maabad) seperti saudara perempuan, emak saudara sama ada sebelah ibu atau pun
sebelah bapa atau seumpamanya daripada mana-mana perempuan yang diharamkan untuk
dijadikan isteri.
3. Bukan Masih Dalam Eddah
Haram meminang perempuan yang masih dalam eddah (Talaq Rajie) sama ada secara
tasrih (sarih), iaitu lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja (keinginan untuk
berkahwin), seperti aku ingin mengahwini kamu atau selepas habis eddahmu, aku akan
mengahwinimu, atau secara taridh, iaitu lafaz yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai
tafsiran, sama ada sebagai keinginan untuk berkahwin atau sebaliknya, seperti awak cantik
atau ramai orang sukakan awak atau seumpamanya.
Diharamkan meminang mereka ini secara tasrih (sarih) kerana boleh membawa kepada
pendustaan habisnya eddah. Juga kerana dengan pinangan itu melanggar hak bekas suami
yang hakikat masih bertanggung-jawab terhadap bekas isterinya itu, malah dia masih punyai
peluang untuk merujuk isteri yang telah dicerainya itu dalam tempoh eddah.
4. Bukan Tunang Orang lain
Ulama sepakat mengatakan bahawa haram meminang perempuan yang telah dipinang
orang apabila telah dipersetujui dan diterima pinangannya itu, sebagaimana hadith nabi saw.
yang diriwayaatkan oleh Ibnu Umar ra., katanya;

Ertinya: Bersabda nabi saw.; Tidak boleh mana-mana orang dari kalangan kamu
meminang mana-mana perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya
sehingga pinangan itu ditinggal dahulu atau dia memberi kebenaran
kepadanya.
d) Cara-cara dan adab-adab meminang
1. Diharuskan meminang secara tasrih (sarih): terus terang atau taridh (bayangan), jika
perempuan itu bukan isteri orang, tidak dalam eddah, bukan tunangan orang dan bukan
perempuan perempuan yang haram dikahwini.
2. Harus meminang secara taridh (bayangan) sahaja, jika perempuan yang ingin dipinang
berada dalam eddah kematian suami atau eddah disebabkan Talaq Bain. Firman Allah,
surah al-Baqarah, ayat 235;








Maksudnya: Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang perempuan-perempuan itu
dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginan mengetahui mereka)
dalam hati kamu itu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut
mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan
mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka)
perkataan maaruf
3. Jangan meminang atau diharamkan meminang secara tasrih atau taridh selain dari dia
keadaan di atas.
Oleh itu haram meminang perempuan yang masih bersuami dan perempuan-perempuan
yang haram dikahwinai sama ada haram untuk selama-lamanya atau haram untuk
sementara waktu sahaja.
Haram juga meminang perempuan yang masih dalam talaq rajie sama ada secara tasrih
atau taridh, kerana dia masih lagi bergelar isteri, dan suaminya berhak untuk kembali
ruju kepadanya. Firman Allah swt.;











Maksudnya: Dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (meruju)
isteri-isteri itu dalam masa eddah mereka, jika mereka (suami-suami)
bertujuan hendak berdamai
Surah al-Baqarah, ayat 228)
4. Tidak boleh atau haram meminang perempuan yang telah dipinang oleh orang lain
sekiranya pinangan tersebut telah diterima. Walaubagaimana pun, sekiranya lelaki
pertama memberi keizinannya, maka ianya dibolehkan.
Seandainya, peminangan pertama belum atau tidak diputuskan lagi oleh kedua pihak,
maka peminangan yang dilakukan oleh lelaki lain selepas itu adalah haram dan berdosa.
Walaubagaimana pun sekiranya dia bernikah dengan perempuan itu, nikahnya adalah sah.
Dalil haramnya perkara ini adalah berpandukan hadis Nabi saw.;

Ertinya: Seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah
dipinang oleh saudaranya (saudara seIslam) sehinggalah peminang sebelumnya
4

meninggalkannya (membatalkan pinangannya), atau peminang itu memberi izin


kepadanya.
(HR. Bukhari no. 4848 dan Muslim no. 1412)

5. Wali disunatkan menawarkan perempuan di bawah jagaannya kepada lelaki yang soleh
dan bertaqwa, sebagaimana tindakan Nabi Syuib as. yang menawarkan anaknya supaya
dikahwini oleh Nabi Musa as. atas keyakinannya terhadap sifat amana dan kesucian Nabi
Musa as.. Firman Allah swt. di dalam al-Quran, surah al-Qasas, ayat 26 -28);


{27}



{28}


{26}

Maksudnya: Salah seorang daripada perempuan yang berdua itu berkata Wahai ayahku,
ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita). Sesungguhnya
sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. Bapa
perempuan itu berkata (kepada Nabi Musa as.) Aku hendak mengahwinkan kamu
dengan salah seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan syarat engkau
bekerja denganku selama lapan tahun. Dalam pada itu, jika engkau genapkan sepuluh
tahun, maka yang demikian itu adalah daripada kerelaan engkau sendiri. Dan
(ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu. Engkau akan dapati aku insya
Allah daripada orang-orang yang baik layanannya. Musa menjawab: Perjanjian itu
adalah di antaraku denganmu (tetap dihormati bersama). Yang mana sahaja dari dua
tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Allah jua
yang menjadi pengawas terhadap apa yang kita katakan.
Contoh yang lain adalah daripada perbuatan Saidina Omar al-Khattab yang menawarkan
anaknya kepada Saidina Osman dan Saidina Abu Bakar, tetapi keduanya menolak. Lalu
anaknya dikahwinkan dengan baginda Nabi saw..
6. Orang yang meminang atau wakilnya disunatkan berkhutbah sebelum meminang dan
sebelum akad nikah. Khutbah dimulakan dengan memuji Allah dan bersalawat kepada
Nabi saw., kemudian diikuti dengan pesanan taqwa kepada Allah. Selepas itu barulah
dilahirkan keinginan atau hajatnya dengan berkata: Kami dating untuk meminang anak
kamu
Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah sebagaimana di atas, lalu berkata: Saya
terima pinangan kamu
Walaubagaimana pun, khutbah sebelum akad nikah adalah lebih ditekankan berbanding
khutbah sebelum meminang, kerana ia dilakukan oleh para salafussoleh r.a.hum.
7. Sebelum akad nikah, pasangan yang bertunang adalah haram untuk berdua-duaan
5

(khalwat) dan bergaul mesra. Perbuatan berkenaan tidak diredhai Allah dan bertentangan
dengan syariat Islam. Sabda Rasulullah saw.;

Ertinya: Tidak boleh sama sekali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan
(duduk berdua-duaan secara sunyi), melainkan bersama perempuan itu ada
mahramnya.
(HR. Bukhari, no. 4935 dan Muslim ,no.1341)
e) Perbincangan dan kesimpulan
-

Buka perbincangan dan soal jawap berkaitan dengan tajuk.

Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa Islam mengatur pelbagai panduan dan
tatacara yang amat baik dan sesuai dalam kehidupan berumahtangga sebagai tapak
mula hidup berkeluarga dan bermasyarakat, agar sentiasa berada dalam suasana
harmoni, damai, bahagia dan sejahtera.

Rujukan:
1. Haji Abdul Razak Haji Muhammad, Buku Teks Sukatan Pelajaran Baru Syariah 1: Fiqh
STPM, 1997, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur.
2. Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali asy-Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji ala
Mazhab al-Imam asy-Syafie (Terjemahan), 2014, Percetakan Salam Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai