Anda di halaman 1dari 31

PENYELEWENGAN AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DALAM TARIKAT

1.0 MUQADDIMAH
Dunia tasawwuf sering dikaitkan dengan kesesatan dan penyelewengan. Hakikatnya
tasawwuf sudah diterima sebagai salah satu cabang ilmu Islam dan ia mempunyai tokoh-
tokoh besar seperti al-Muhasibi, al-Makki, al-Qushayri, alTusi, al-Ghazali dan lain-lain.
Namun kemunculan ajaran-ajaran sesat yang menyusup masuk dan berselindung di sebalik
kemurniaan tasawwuf telah merosakkan dan memudarkan imejnya. Lebih malang lagi
kedudukan ilmu tasawwuf yang bersifat “terasing” dan “semakin pupus” seperti yang
digambarkan dalam beberapa riwayat, dan dalam masa yang sama berkembangnya amalan
dan ajaran sesat, menjadikan ilmu ini semakin kurang dikenali sehingga akhirnya ia
diselaputi oleh gambaran kesesatan dan penyelewengan.

Tulisan ini akan menjelaskan beberapa perkara yang biasa terjadi di kalangan segolongan
yang berminat dan berusaha menghayati tasawwuf namun ia memberikan imej buruk
kepada tasawwuf. Antara perkara yang akan dijelaskan ialah persoalan tidak mahu
menuntut serta mendalami ilmu agama lantaran mengharapkan ilmu ilham dari Allah,
keinginan untuk mendapatkan kekeramatan zahir (karamah hissiyyah), terpengaruh dan
terpedaya dengan mimpi-mimpi dan kasyaf suri, merasa `ujub (bangga dengan kebolehan
diri) dan takabbur (sombong), memisahkan di antara syariat dengan hakikat, meninggalkan
usaha, tidak mahu bercampur dengan masyarakat, dan menceritakan pengalaman
kerohanian kepada orang yang bukan berkeahlian.

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

2.0 TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU


Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan sebahagian
pengamal tarekat (salik) merupakan satu masalah yang biasa terjadi, terutamanya bagi salik
yang berada pada peringkat permulaan dan tidak mempunyai latar-belakang pengetahuan
dan didikan agama yang kuat. Demikian juga salik yang kurang mendapat ta`lim dan
tarbiyah dari shaykh. Masalah ini adalah satu masalah yang sangat penting kerana ia
menjadi punca bagi masalah-masalah salik yang lain yang akan dijelaskan selepas ini.

Sikap tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama bertentangan dengan prinsip
agama Islam itu sendiri yang menghendaki setiap muslim yang mukallaf supaya menuntut
ilmu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda:

‫فرضة على كل مسلم‬


ٌ ‫طلب العلم‬
Maksudnya: Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim (al-Suyuti:1:20).

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi s.a.w yang menyarankan serta
menggalakkan orang-orang Islam supaya menuntut dan menambahkan ilmu. Ilmu yang
disertai dengan keimanan menjadi sebab Allah mengangkat darjat seseorang itu,
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

‫ٌٌ رفع هللا الذٌن آمنوا منكم و الذٌن أوتوا العلم درجات‬
Maksudnya: Allah mengangkat orang yang beriman di kalangan kamu dan juga orang-orang
yang diberikan ilmu, beberapa darjat (al-Mujadalah:11).

punca utama mengapa perkara ini terjadi ialah anggapan sebahagian salik bahawa ilmu itu
dapat diperolehi menerusi ilham maka kerana itu tidak diperlukan lagi proses pembelajaran
bagi mendapatkannya malah cukup hanya dengan menanti ilham. Anggapan seperti ini
merupakan satu anggapan yang kurang tepat sekalipun ada sudut kebenarannya. Mendapat
ilmu menerusi ilham ini memang diakui kebenarannya oleh para ulama tasawwuf. Terdapat
banyak ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w yang dirujuk oleh mereka bagi menyatakan
kebenaran perkara ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t iaitu:
‫ٌٌ ا أٌها الذٌن آمنوا ان تتقوا هللا ٌجعل لكم فرقانا‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu bertaqwa kepada Allah,
maka Allah akan menjadikan untuk kamu furqan (cahaya petunjuk yang dapat membezakan
di antara yang benar dan yang salah) (al-Anfal:29).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa sekiranya orang-orang yang beriman itu bertaqwa
kepada Allah dengan sebenar-benarnya maka Allah akan menjadikan untuk mereka furqan
iaitu cahaya pertunjuk yang dapat membezakan di antara petunjuk dan kesesatan,
kebenaran dan kepalsuan, kebaikan dan keburukan dan sebagainya lagi. Demikian juga
Firman Allah s.w.t:

‫و الذٌن جاهدوا فٌنا لنهدٌنهم سبلنا و ان هللا لمع المحسنٌن‬


Maksudnya: Dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami (Allah), Kami akan
memberi hidayah (tunjukkan) kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah itu
adalah bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik (al-`Ankabut:69).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa orang-orang yang bermujahadah pada jalan Allah, akan
ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan ke arah mengenal dan

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor mencapai keredaan Allah. Dalam ayat yang lain pula, Allah
s.w.t ada menyatakan perkara yang sama, sebagaimana firmanNya:

‫ومن ٌتق هللا ٌجعل له مخرجا و ٌرزقه من ٌحث ال ٌحتسب‬


Maksudnya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan baginya
jalan keluar (dari berbagai masalah) dan mengurniakan kepadanya rezeki dari sumber yang
tidak disangka-sangka (al-Talaq:3).

Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan
sebenar-benarnya, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar atau penyelesaian
terhadap berbagai permasalahan yang dihadapinya dan akan mengurniakan kepadanya
rezeki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. Kurniaan rezeki di sini, luas
pengertiannya di mana ia merangkumi kurniaan lahir seperti anak-pinak, harta kekayaan
dan sebagainya dan juga kurniaan batin yang merupakan ilmu, ma`rifat, hidayah dan
sebagainya lagi.

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan tentang kurniaan ilmu seperti ini
sebagaimana sabda baginda:

‫من عمل بما علم ورثه هللا علم ما لم ٌعلم ووفقه فٌما ٌعمل‬
Maksudnya: Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya maka Allah akan
mewarithkan (mengurniakan) kepadanya apa yang tidak diketahuinya dan memberi taufiq
kepadanya dalam amalannya itu (Mahmud:311).

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sesiapa yang mengamalkan pertunjuk
dan perkara-perkara kebaikan yang diketahuinya, maka Allah akan mengurniakan
kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya dan juga Allah akan memberi taufiq kepadanya
dalam melaksanakan amalannya itu. Dari

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor keterangan beberapa ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi
s.a.w ini jelas menunjukkan adanya ilmu yang diperolehi bukan menerusi proses
pembelajaran malah ia diperolehi semata-mata menerusi kurniaan Allah s.w.t. Ilmu ini,
menurut para ulama tasawwuf, disebut sebagai ilmu ilham, ilmu warathah atau ilmu laduni.

Ini tidaklah bererti seseorang salik itu tidak perlu mempelajari ilmu lantaran adanya ilmu
ilham tersebut. Ini kerana ilmu ilham atau warathah berhubungan dan berkait rapat dengan
ketaqwaan (melaksanakan suruhan Allah dan memelihara diri dari laranganNya) di mana
ilmu warathah adalah hasil dari ketaqwaan tersebut. Untuk melaksanakan ketaqwaan ini
seseorang itu memerlukan ilmu kerana tanpa ilmu, amal tidak dapat dilakukan. Amal yang
dilakukan tanpa ilmu lebih terdedah kepada kesalahan dan banyak mengandungi kecacatan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:
‫من عبد هللا بجهل كان ما ٌفسد أكثر مما ٌصلح‬
Maksudnya: Sesiapa yang menyembah (beribadah) kepada Allah berasaskan kejahilan, maka
apa yang merosakkan (amal ibadahnya itu) adalah lebih banyak dari apa yang
membetulkannya (al-Jaylani:182).

Seseorang salik yang menjalani jalan Allah dengan berpandukan hanya kepada akal fikiran
atau sangkaan semata-mata tanpa merujuk kepada pertunjuk ilmu yang terang akan mudah
tergelincir dari landasan yang lurus dan seterusnya terhumbang ke jurang kebinasaan. Ini
kerana jalan tasawwuf itu merupakan jalan yang berasaskan ilmu dan amal seperti yang
telah ditegaskan oleh seorang tokoh tasawwuf terkenal, Shaykh `Abd al-Qadir al-Jaylani,
sebagaimana katakata beliau ”Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang merasa
cukup dengan pendapatnya (buah fikirannya semata-mata) maka dia akan sesat? Tidak ada
seorang yang berilmu pun kecuali dia memerlukan tambahan ilmu. Jalan (menuju kepada
mengenal Allah) ini tidak dilalui dengan nafsu dan keinginan (hawa) bahkan (dilalui) dengan
hukum dan beramal dengannya” (al-Jaylani:194).

Imam al-Ghazali pula menentukan tugas menuntut ilmu ini sebagai `aqabah (halangan)
pertama yang mesti ditempuh oleh setiap salik yang ingin menjalani jalan Allah. Ini dapat
dilihat pada kenyataan beliau iaitu “Wahai orang-orang yang menuntut keselamatan dan
ibadah, kewajiban anda yang pertama, mudahmudahan Allah memberi taufiq kepada anda,
ialah menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah merupakan asas dan di atas asas inilah berligar
semua yang lain” (alGhazali:13).

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu dalam menjalani jalan Allah. Untuk
mendapatkan ilmu seseorang salik itu perlu mempelajarinya kerana ilmu itu diperolehi
menerusi proses pembelajaran seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

‫ٌٌ ا أٌها الناس تعلموا انما العلم بالتعلم‬


Maksudnya: Wahai manusia, belajarlah ilmu, sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan cara
belajar (Al-`Asqalani:1:194).

Penglibatan tokoh-tokoh tasawwuf terkenal dalam usaha mencari ilmu sehingga mereka
dikenali sebagai “sa’ihun” yang bererti “orang-orang yang mengembara” sudah cukup
menjadi bukti yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu perkara yang perlu
dilakukan oleh salik dalam perjalanannya menuju kepada Allah. Seseorang salik yang tidak
berilmu lebih mudah ditipu dan diperdaya oleh syaitan berbanding salik yang berilmu. Abu
Hurayrah ada meriwayatkan satu hadis di mana Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan
perkara ini sebagaimana sabda baginda:
ٌ ‫ف الدٌن و لفقٌه واحد أشد على ال‬
‫شطان من ألف عابد‬ ً ‫بشء أفضل من فقه‬
ً ‫ ما عبد هللا‬Maksudnya: Tidak disembah
(dilakukan ibadah kepada) Allah dengan sesuatu yang lebih afdal (utama) dari fiqh
(memahami) agama dan seorang faqih itu lebih sukar bagi syaitan (untuk menipu dan
menyesatkannya) berbanding seribu orang `abid (ahli ibadah) (al-Samarqandi:337).

Memang tidak dinafikan ada salik yang mendapat ilmu secara ilham, tetapi bukan semua
ilham itu betul kerana ada juga ilham yang datang dari bisikan syaitan dan nafsu. Untuk
memastikan kebenaran satu-satu ilham itu, seseorang itu perlu merujuk kepada ajaran al-
Qur'an dan Sunnah. Sekiranya ilham tersebut bertentangan dengan ajaran al-Qur'an dan
Sunnah maka ia tidak boleh diikuti. Untuk merujuk kepada ke dua-dua sumber ini seseorang
itu mestilah mempunyai ilmu tentangnya. Oleh itu ilmu perlu dipelajari terlebih dahulu.
Pegangan yang membuta-tuli terhadap ilham tanpa merujuk kepada ajaran al-Qur'an,
Sunnah dan juga tafsiran atau pendapat para ulama khususnya ulama tasawwuf yang
muktabar menjadi punca utama penyelewengan dan kesesatan di kalangan pengamal
tarekat.

3.0 KEINGINAN UNTUK MENDAPATKAN KEKERAMATAN

Antara masalah lain yang biasa dihadapi oleh segolongan salik ialah adanya keinginan untuk
mencapai kekeramatan. Kekeramatan yang dimaksudkan di sini ialah kekeramatan zahir
(karamah hissiyyah) iaitu perkara yang menyalahi adat kebiasaan seperti dapat berjalan di
atas air, terbang di udara, pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat,
keluar air dari tempat yang tidak disangka, mendapat makanan dari sumber yang tidak
diketahui, melihat perkara ghaib dan lain-lain lagi.

Perkara kekeramatan seperti ini bukanlah menjadi tujuan mengamalkan tarekat dan ini
adalah pendirian para ulama tasawwuf. Seorang tokoh ulama tasawwuf

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor terkenal iaitu Shaykh Baha' al-Din Shah Naqshaband pernah
diminta oleh muridmurid beliau supaya menzahirkan kekeramatan. Sebagai menjawab
permintaan mereka itu beliau menyatakan “kami berjalan di atas muka bumi ini di samping
adanya dosa-dosa ini merupakan kekeramatan yang paling besar” (alKhani:131).

Salik yang mempunyai keinginan terhadap perkara kekeramatan seperti ini mungkin akan
memperolehinya tetapi dia telah terpesong dari tujuan sebenar menjalani tarekat iaitu
untuk sampai kepada mengenal (ma`rifat) Allah dan keredaanNya. Tumpuan perhatian salik
terhadap perkara kekeramatan seperti ini akan merosakkan kerohanian salik itu sendiri. Ia
adalah hijab yang menjadi penghalang bagi salik dalam usaha mencapai peningkatan
kerohanian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mencapai ma`rifat.

Kekeramatan zahir bukanlah menjadi ukuran bersihnya hati atau tingginya kedudukan
kerohanian seseorang salik di sisi Allah. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan tentang perkara
ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu “Bukanlah setiap orang yang thabit kekhususannya
(dengan dikurniakan kekeramatan zahir) bererti telah sempurna pembersihan dirinya (dari
tuntutan-tuntutan hawa nafsu) (Ibn `Ajibah:1:159). Apa yang menjadi ukuran dalam perkara
ini ialah ketaqwaan seseorang itu seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an sebagaimana
firman Allah s.w.t:

‫ان أكرمكم عند هللا أتقاكم‬


Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa (al-Hujurat:13).

Shaykh Abu Yazid al-Bistami telah memberikan penegasan tentang perkara ini dengan
berkata "Sekiranya seseorang lelaki itu menghamparkan tempat sembahyangnya
(sejadahnya) di atas air dan duduk bersila di udara, maka

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor janganlah kamu semua terpedaya dengannya sehinggalah
kamu melihat bagaimana kedudukannya dalam melaksanakan suruhan dan larangan (Allah)”
(al-Tusi:400).
Kekeramatan zahir ini kadang-kadang terjadi pada orang yang tidak sempurna istiqamahnya.
Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan kata-kata hikmah beliau iaitu
“Kadang-kadang Allah mengurniakan karamah (kekeramatan) kepada orang yang tidak
sempurna istiqamahnya” (Abu al-`Ula:1:368).

Bukan setakat itu sahaja malah kadang-kadang perkara yang menyalahi adat yang
menyerupai karamah terjadi juga pada orang yang tidak ada istiqamah sama-sekali seperti
ahli sihir, tukang tilik dan pendita. Ia sebenarnya bukanlah satu kekeramatan tetapi ia
adalah istidraj (terpedaya). Menurut Shaykh Ibn `Ajibah, kadang-kadang diberikan
kekeramatan zahir kepada orang yang belum bersih dari tuntutan hawa nafsunya. Antara
hikmat atau tujuannya ialah: Pertama, membangkitkan semangatnya untuk beramal setelah
ia menjadi lemah atau menurun. Kedua, mengujinya sama ada dia terhenti setakat itu lalu
terhijab atau dia tidak menghiraukannya lalu dapat hampir dengan Allah (qurb). Ketiga,
menambahkan keyakinan dirinya atau keyakinan orang lain terhadapnya supaya orang
tersebut dapat mengambil faedah darinya (Ibn `Ajibah:1:159).

Oleh itu kekeramatan zahir (karamah hissiyyah) bukanlah menjadi tujuan ahli tasawwuf.
Kekeramatan yang dikehendaki di sisi mereka ialah kekeramatan maknawi (karamah
ma`nawiyyah). Kekeramatan maknawi menurut Shaykh Ibn `Ajibah, ialah seseorang hamba
itu istiqamah dalam mentaati Tuhan, zahir dan batin, terbuka hijab yang menutupi hati
sehingga dapat mengenal Tuhan, berjaya menguasai diri, berjaya menentang kemahuan
hawa nafsu, kuat keyakinan dan merasa tenteram dan tenang hati dengan mengingati Allah
(Ibn `Ajibah:2:72-73).

Kesempurnaan istiqamah ini merujuk kepada dua perkara iaitu betulnya keimanan dan
ketaqwaan terhadap Allah dan mengikuti apa yang dibawa oleh

10

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Rasulullah s.a.w, zahir dan batin. Shaykh Abu al-Hasan al-
Shadhili telah menyatakan perkara ini dengan berkata “Sesungguhnya kedua-duanya adalah
merupakan dua kekeramatan yang merangkumi iaitu kekeramatan iman dengan
bertambahnya keyakinan dan penyaksian matahati dan kekeramatan amal dengan
mencontohi dan mengikuti (Nabi s.a.w) dan menjauhi dakwaan dan penipuan. Sesiapa yang
diberikan kedua-dua perkara ini kemudian dia inginkan sesuatu yang lain darinya maka dia
adalah seorang hamba yang terpedaya dan penipu” (Ibn `Ajibah:2:73).
4.0 TERPENGARUH DENGAN MIMPI DAN KASYAF SURI

Antara masalah sebahagian pengamal tarekat ialah terlalu berpegang dengan mimpi dan
juga perkara yang dikasyafkan kepada mereka tanpa merujuk kepada pertunjuk al-Qur'an,
Sunnah dan juga huraian para ulama khususnya ulama tasawwuf yang muktabar. Kesilapan
salik dalam masalah kasyaf ini terjadi apabila dikasyafkan kepadanya beberapa keaiban dan
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang seperti zina, mencuri dan sebagainya, kemudian
dia terus menuduh orang tersebut dengan berbagai tuduhan tanpa bukti lantaran terlalu
percayakan kasyaf tersebut. Syariat tidak membenarkan seseorang membuat sebarang
tuduhan yang tidak berasaskan bukti nyata sekalipun perkara tersebut benar-benar terjadi.

Percayakan kasyaf semata-mata tanpa merujuk kepada panduan al-Qur’an, hadis dan
penjelasan ulama, sering menimbulkan salah sangka yang boleh mengakibatkan
pertengkaran dan permusuhan. Rasulullah s.a.w telah bersabda melarang amalan buruk
sangka ini sebagaimana sabda baginda:

‫اٌاكم و الظن فان الظن أكذب الحدٌث‬


Maksudnya:

11

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Jauhilah (peliharalah) diri kamu dari sangkaan (buruk sangka)
kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah percakapan yang paling dusta (alNawawi:436).

Sikap dan tindakan seperti ini adalah satu kesilapan kerana bukan semua perkara yang
dikasyafkan itu betul. Ada juga kasyaf yang tidak betul seperti kasyaf jin yang biasanya
diperolehi oleh ahli sihir, tukang tilik dan orang-orang yang sepertinya. Ukuran sama ada
betul atau tidak sesuatu yang dikasyafkan itu ialah pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah iaitu
sama ada ia bertepatan atau tidak dengan kedua-dua sumber asas ini. Oleh itu setiap
perkara yang dikasyafkan itu hendaklah dinilai dengan neraca al-Qur'an dan Sunnah. Ini
kerana pertunjuk alQur'an dan Sunnah merupakan kebenaran yang terjamin serta tidak ada
keraguan padanya manakala kasyaf pula tidak dijamin kebenarannya. Rasululah s.a.w telah
bersabda menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:
ً‫تركت فٌكم ثقلٌن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب هللا و سنت‬
Maksudnya: Aku telah meninggalkan untuk kamu dua himpunan yang mana kamu tidak
akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah
(al-Qur'an) dan Sunnahku (al-Samarqandi:439).

Setiap kasyaf yang bertentangan dengan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah, tidak betul dan
tidak boleh diterima. Dalam masalah ini salik dikehendaki supaya berpegang dengan
pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah serta menolak sama sekali kasyaf tersebut. Mengenai
perkara ini Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili ada menegaskan dengan berkata “Apabila
kasyaf anda bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah maka berpeganglah dengan al-
Qur'an dan Sunnah dan tinggalkan kasyaf dan katakan kepada diri anda sesungguhnya Allah
menjamin bagi saya `ismah (terpelihara dari kesilapan) pada al-Qur'an dan Sunnah dan dia
tidak menjaminnya pada kasyaf, ilham dan mushahadah kecuali selepas dinilai dengan al-
Qur'an dan Sunnah” (Mahmud:132).

12

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Kasyaf sebenarnya ada dua jenis iaitu kasyaf suri dan kasyaf imani (kasyaf `ilmi atau kasyaf
ma`nawi). Kasyaf suri ialah terbukanya hijab yang menutupi matahati seseorang sehingga
dia dapat mengetahui perkara yang tersembunyi, dapat melihat dan mendengar sesuatu
yang tidak dapat dilihat dan didengar oleh pancaindera biasa, dapat menyelami alam
kerohanian seperti alam jin dan seumpamanya dan sebagainya lagi. Kasyaf suri ini tidak
dikehendaki di sisi ahli tasawwuf. Manakala kasyaf ma`nawi pula ialah terbukanya hijab
yang menutupi matahati seseorang itu sehingga dia dapat melihat rahsia keagungan Allah
dengan matahatinya. Kasyaf ma`nawi inilah yang dikehendaki di sisi ahli tasawwuf dan
kasyaf inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Shaykh Ibn `Ata iaitu “Dan suatu nur yang
mana Allah bukakan (kasyafkan) untuk anda dengan nur tersebut tentang sifat-sifatNya”
(Abu al-`Ula:1:317).

Nur tersebut merupakan cahaya keyakinan yang dicampakkan ke dalam hati yang mana
dengannya Allah mengkasyafkan kepada seseorang itu tentang sifatsifatNya yang azali iaitu
sifat jamal (keindahan), kamal (kesempurnaan) dan jalal (keagungan) Allah sehingga dia
dapat menyaksikannya dengan pandangan matahati dan dia tidak memerlukan lagi dalil
untuk membuktikannya. Nur yang terhasil dari tajalli sifat jamal, jalal dan kamal Allah ke
atas murid menghasilkan kasyaf dan dinamakan kasyaf tersebut kasyaf ma`nawi (Abu al-
`Ula:1:317).

Kasyaf suri pula kadang-kadang menjadi sebab yang membawa kepada bencana dan
jauhnya seseorang dari Allah s.w.t. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan
kata-kata hikmat beliau iaitu “Sesiapa yang dapat melihat rahsia-rahsia hamba dan dia tidak
berakhlaq (bersifat) dengan rahmah ilahiyyah (seperti menutup kesalahan orang yang
melakukannya, berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat, berlemah-lembut kepada
orang yang zalim, memaafkan orang yang jahil, kasihan-belas dan bersifat rahmat terhadap
hamba-hamba Allah dan sebagainya) maka penglihatannya itu adalah

13

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor fitnah (ujian) ke atas dirinya dan menjadi sebab yang
mengundang bala bencana” (Ibn `Ajibah:287).

Shaykh Ibn `Ajibah telah menjelaskan kata-kata hikmat Shaykh Ibn `Ata ini dengan
menerangkan bahawa dapat melihat rahsia-rahsia hamba sebelum mencapai tahap tamkin
(keteguhan hati) dalam shuhud (penyaksian batin) dan tidak berakhlak dengan akhlak Allah
adalah menjadi satu fitnah atau musibah besar. Ini kerana seseorang yang belum mencapai
tahap tamkin dalam ma`rifat, kadang-kadang hatinya sibuk serta terganggu dengan apa
yang dikasyafkan itu sehingga menjadikannya lemah untuk shuhud dan mencapai keteguhan
dalam ma`rifat. Begitu juga selagi hawa nafsu seseorang itu masih hidup dan dia belum lagi
mencapai fana', kadang-kadang dia menganggap kasyaf tersebut sebagai satu keistimewaan
bagi dirinya yang tidak ada pada orang lain sehingga dia merasa takabbur (angkuh) dan
`ujub (bangga diri). Kedua-dua sifat ini adalah punca maksiat yang menjadikannya jauh dari
Allah (Ibn `Ajibah:288).

Keinginan salik untuk mendapatkan kasyaf suri ini adalah satu kesilapan. Salik yang
memberikan tumpuan kepada kasyaf suri tersebut akan terganggu perjalanan dan
peningkatan rohaninya sehingga ia akan terhenti tanpa mencapai matlamat iaitu mengenal
Allah berdasarkan dhawq (rasaan rohani) dan wujdan (pandangan batin). Apa yang lebih
utama bagi salik ialah menumpukan perhatian kepada keaiban diri sendiri serta berusaha
memperbaikinya. Shaykh Ibn `Ata ada menyatakan tentang perkara ini dengan kata-kata
hikmat beliau iaitu “Keinginan anda untuk melihat keaiban yang tersembunyi dalam diri
anda (sifatsifat tercela seperti angkuh, dengki, riya, `ujub dan sebagainya) adalah lebih baik
dari keinginan anda untuk melihat perkara ghaib yang dihijabkan dari diri anda” (Ibn
`Ajibah:81).

14

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor 5.0 UJUB (BANGGA DIRI) DAN TAKABBUR (ANGKUH)

Antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah merasa `ujub (banga diri) dan takabbur
(angkuh). Di kalangan mereka ada yang merasakan diri sudah bersih, sempurna dan tinggi
kedudukan di sisi Allah setelah berjaya mencapai beberapa tingkatan kerohanian lebih-lebih
lagi setelah dikurniakan berbagai karamah hissiyyah, kasyaf suri dan sebagainya. Lantaran
itu salik tersebut memandang rendah kepada orang lain yang tidak mencapai apa yang telah
dicapainya dan menganggap jiwa mereka masih lagi kotor serta rendah martabat di sisi
Allah.

Salik tersebut sebenarnya sudah lupa kepada ajaran yang terkandung dalam firman Allah
s.w.t yang melarang seseorang itu mensucikan atau menganggap diri bersih dan sempurna
sebagaimana firmanNya:

‫فال تزكوا أنفسكم هو أعلم بمن اتقى‬


Maksudnya: Janganlah kamu mensucikan (menganggap bersih) diri kamu. Dialah (Allah)
yang lebih mengetahui tentang orang yang paling bertaqwa (al-Najm:32).

Dia juga lupa kepada ajaran yang terkandung dalam firman Allah s.w.t yang melarang
seseorang itu menghina atau memandang rendah kepada orang lain sebagaimana
firmanNya:
‫ٌٌ ا أٌها الذٌن آمنوا ال ٌسخر قوم من قوم عسى أن ٌكونوا ٌخرا منهم‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum
lain, boleh jadi mereka (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) (al-
Hujurat:11).

15

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Perasaan `ujub ini merupakan satu penyakit rohani yang akan
merosakkan kerohanian salik. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan keburukan sifat
`ujub ini yang merupakan salah satu dari tiga perkara yang boleh merosakkan dan
membinasakan seseorang sebagaimana sabda baginda:

‫ثالث مهلكات شح مطاع و هوى متبع و اعجاب المرء بنفسه‬


Maksudnya: Tiga perkara yang membinasakan iaitu sifat kedekut yang dituruti, hawa nafsu
yang dipatuhi dan perasaan `ujub seseorang itu terhadap dirinya (alMuhasibi:336).

Begitu juga sifat takabbur, ia juga merupakan satu penyakit rohani yang boleh merosakkan
kerohanian seseorang salik dan menjauhkannya dari Allah. Orangorang yang bersifat
takabbur terhalang dari menyaksikan keagungan Allah seperti yang dinyatakan dalam
firmanNya:

ً ‫سأصرف عن آٌاتً الذٌن ٌتكبرون‬


‫ف األرض بغًر الحق‬
Maksudnya: Aku akan memalingkan dari (menyaksikan) tanda-tanda (keagunganKu)
orangorang yang bersifat takabbur di muka bumi ini tanpa sebenar (al-A`raf:146).

Sifat takabbur inilah yang menghalang seseorang dari mencapai ma`rifat yang sebenar-
benarnya seperti yang diisyaratkan dalam hadis Rasulullah s.a.w:

‫ف قلبه مثقال حبة من خردل من كبر‬


ً ‫ال ٌدخل الجنة من كان‬
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi sifat
angkuh (takabbur) (al-Ghazali:142).

16

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Dalam hadis ini dinyatakan bahawa orang yang ada di dalam
hatinya perasaan angkuh, walaupun sedikit, tidak akan dapat memasuki syurga sama ada
syurga yang penuh dengan perhiasan dan kenikmatan (jannah al-zakharif) atau syurga
ma`rifat (jannah al-ma`arif) seperti yang diisyaratkan dalam firman Allah:

‫و لمن خاف مقام ربه جنتان‬


Maksudnya: Dan bagi orang yang takutkan Tuhannya ada dua syurga (iaitu syurga nikmat
dan syurga ma`rifat) (al-Rahman:46).

Sifat takabbur inilah yang menyebabkan syaitan itu dilaknat oleh Allah sehingga ke hari
akhirat dan dihalau dari syurga dalam keadaan terhina. Allah s.w.t telah berfirman
menceritakan tentang kisah ini sebagaimana firmanNya:

ٌ ‫قال انا ٌخر منه خلقتنً من نار و خلقته من‬


‫قال فاهبط منها فما ٌكون لك أن تتكبر‬. ‫قال ما منعك أال تسجد اذ أمرتك‬. ‫ط ٌن‬
‫الصاغرن‬
ٌ ‫ فٌها فاجرج انك من‬Maksudnya: Allah berfirman “Apakah yang menghalang engkau
sehingga engkau tidak sujud ketika Aku menyuruh engkau”. Syaitan menjawab “Aku lebih
baik darinya (Nabi Adam a.s), Engkau telah menjadikan aku dari api dan Engkau telah
menjadikannya dari tanah. Allah berfirman “Keluarlah darinya (syurga), engkau tidak berhak
takabbur di dalamnya, keluarlah, sesungguhnya engkau terdiri dari kalangan orang-orang
yang hina” (al-A`raf:12-13).

Perasaan `ujub dan takabbur ini berpunca dari memandang kepada perbuatan diri (ru'yah
al-`amal) iaitu memandang kepada usaha, kekuatan dan ikhtiar (pilihan) diri. Seseorang salik
yang memandang kepada perbuatan dirinya akan merasakan bahawa dialah yang
melakukan amalan ketaatan dan dialah orang yang paling banyak melakukannya. Dengan
amalan ketaatan yang telah dilakukannya itu, dia berhak mendapat darjat yang tinggi di sisi
Allah. Salik
17

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor tersebut sebenarnya terhijab dari memandang kepada
hakikat bahawa segala sesuatu itu terjadi dengan kurniaan, rahmat, kekuasaan dan
kehendak Allah semata-mata seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

‫و هللا خلقكم و ما تعملون‬


Maksudnya: Dan Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan (perbuatan kamu)
(al-Safat:96).

Dalam ayat ini dinyatakan dengan jelas bahawa perbuatan manusia itu adalah tertakluk
dengan qudrah (kekuasaan) dan iradah (kemahuan atau kehendak) Allah. Rasulullah s.a.w
juga ada bersabda menyatakan hakikat ini sebagaimana sabda baginda:

‫ال حول و ال قوة اال باهلل‬


Maksudnya: Tidak ada daya (melakukan ketaatan) dan tidak ada upaya (meninggalkan
kejahatan) kecuali dengan (qudrah dan iradah) Allah (al-Nawawi:2:85).

Memandang kepada perbuatan diri berasaskan keyakinan bahawa ia ciptaan dirinya


menurut Imam al-Ghazali adalah satu kesyirikan kerana perbuatan manusia pada hakikatnya
terjadi dengan kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata. Apa yang ada pada manusia
hanyalah usaha (kasb) atau pilihan (ikhtiyar). Oleh itu, memandang kepada perbuatan diri
adalah sesuatu yang bertentangan dengan hakikat ini. Ini dapat dilihat pada kata-kata beliau
iaitu “memandang perbuatan diri adalah syirik kerana perbuatan hamba dinisbahkan
kepada Allah dari sudut mencipta dan mengadakannya dan dinisbahkan kepada hamba dari
sudut usaha untuk diberi pahala atas perbuatan ketaatan dan disiksa atas perbuatan
maksiat” (al-Ghazali:6).

18
Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor Untuk menghapuskan perasaan `ujub dan takabbur,
seseorang itu hendaklah berpegang teguh serta memandang dengan matahati bahawa
segala perbuatan dirinya adalah semata-mata kurniaan Allah yang terjadi dengan qudrah
dan iradahNya. Allah s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini sebagaimana firmanNya:

‫قل بفضل هللا و برحمته فبذلك فلٌفرحوا هو ٌخر مما ٌجمعون‬


Maksudnya: Katalah (wahai Muhammad), dengan kurniaan dan rahmat Allah, maka dengan
yang demikian itu hendaklah mereka bergembira, ia lebih baik dari apa (kekayaan) yang
mereka himpunkan (Yunus:58).

6.0 MEMISAHKAN DI ANTARA SYARIAT DENGAN HAKIKAT

Satu lagi masalah lain yang berlaku di kalangan segolongan pengamal tarekat ialah tidak
mahu melakukan amal ibadah atau melaksanakan syariat zahir dengan anggapan bahawa ia
hanyalah kulit semata-mata. Isinya ialah hakikat dan ma`rifat yang mereka sangkakan telah
sampai kepada hakikat dan ma`rifat tersebut. Mereka menyangka telah sampai ke tahap
yang tinggi dalam perkembangan kerohanian kerana itu tidak perlu lagi bersusah-payah
melakukan amal ibadah. Bukan setakat itu sahaja malah mereka memandang rendah
kepada orang yang mengamalkan syariat. Bagi mereka, zikir sahaja sudah mencukupi bagi
menggantikan amal ibadah kerana tujuan melakukan amal ibadah itu ialah untuk mengingati
Allah.

Salik yang beranggapan seperti ini sebenarnya terkeliru dalam memahami beberapa dalil al-
Qur'an dan Hadis. Dia tersilap dalam memahami firman Allah s.w.t:

‫واعبد ربك حتى ٌأتٌك الٌقٌن‬

19

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor
Maksudnya: Dan sembahlah (beribadahlah) kepada Tuhanmu sehingga engkau didatangi
apa yang diyakini (mati) (al-Hijr:99).

Dia memahami bahawa seseorang itu dikehendaki beribadah kepada Allah sehingga
mencapai keyakinan. Apabila seseorang itu telah mencapai keyakinan tersebut maka dia
tidak perlu lagi melakukan amal ibadah. Tafsiran seperti ini bertentangan dengan apa yang
telah disepakati oleh para ulama yang menafsirkan perkataan “al-yaqin” dalam ayat
tersebut dengan makna “al-ajal” (kematian).Dia juga tersilap dalam memahami hadis
Rasulullah s.a.w iaitu:

‫انما األعمال بالنٌات و انما لكل أمرىء ما نوى‬


Maksudnya: Sesungguhnya semua amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi setiap
orang itu menurut apa yang diniatkannya (al-Nawawi:4).

Dia memahami bahawa apa yang menjadi ukuran ialah niat. Oleh itu dia beranggapan
bahawa seseorang akan mendapat ganjaran apabila berniat hendak melakukan sesuatu
kebaikan, walaupun tanpa melakukan amalan yang diniatkan. Baginya, niat sahaja sudah
cukup bagi menggantikan amal dan dia tidak perlu lagi bersusahpayah melakukan amal
ibadah tersebut.

Anggapan seperti ini adalah satu kesilapan besar. Ini telah ditegaskan oleh seorang tokoh
tasawwuf terkenal, Shaykh Junayd al-Baghdadi. Pernah terjadi dalam satu peristiwa di mana
seorang lelaki menyebut tentang ma`rifat di hadapan beliau dengan berkata bahawa “ahli
ma`rifat akan sampai ke peringkat meninggalkan pergerakan-pergerakan (amalan zahir)
yang termasuk dalam perkara kebaikan dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah
s.w.t”. Lalu Shaykh Junayd menjelaskan kesilapan kata-kata lelaki tersebut dengan berkata
bahawa “sesungguhnya ini adalah kata-kata satu kaum (golongan) yang memperkatakan
tentang gugurnya amalan (tidak perlu melakukan amalan zahir).

20

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Ia di sisiku adalah satu kesalahan yang sangat berat. Orang
yang mencuri dan berzina adalah lebih baik keadaannya berbanding orang yang berkata
demikian” (Mahmud:131).

Anggapan seperti ini bertentangan dengan prinsip ilmu tasawwuf itu sendiri yang
menjadikan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah sebagai dasar atau rujukan sebagaimana yang
telah ditegaskan oleh tokoh-tokoh tasawwuf terkenal seperti Sahl al-Tustari. Beliau pernah
menegaskan tentang perkara ini dengan berkata bahawa “asas-asas tarekat kami ada tujuh
iaitu berpegang dengan al-Qur'an, mengikuti Sunnah...” (Mahmud:130).

Tanpa mengikuti pertunjuk al-Qur'an dan mencontohi sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w
seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat dan ma`rifat seperti yang dikehendaki
dalam ajaran ilmu tasawwuf. Shaykh Junayd alBaghdadi telah menegaskan tentang perkara
ini dengan berkata bahawa “jalanjalan semuanya tertutup ke atas makhluk kecuali orang
yang menjejaki peninggalan Rasulullah s.a.w, mengikuti Sunnah baginda dan melazimi
tarekat baginda” (Mahmud:131).

Imam al-Ghazali pula menjelaskan bahawa tanda orang yang benar dalam menjalani jalan
Allah ialah semua gerak gerinya itu berpandukan ajaran alQur'an dan juga Sunnah. Ini dapat
dilihat dari kata-kata beliau “iaitu semua perbuatannya yang ikhtiyariyyah diukur dengan
neraca syara` dan menurut ketetapannya sama ada menyimpan sesuatu atau
mengeluarkannya, mara atau mundur dan sebagainya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat
menjalani jalan ini kecuali setelah menghiaskan diri dengan semua akhlak dan amalan
syariat yang terpuji” (Mahmud:131).

Hakikat tidak dapat dipisahkan daripada syariat. Orang yang berpegang dengan hakikat
semata-mata tanpa mengamalkan syariat adalah tidak betul begitu juga orang yang beramal
dengan syariat semata-mata tanpa memahami dan

21

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor berpegang dengan hakikat adalah tidak betul. Mengenai
perkara ini Imam alQushairi telah menegaskan dengan berkata bahawa “syariat itu adalah
perintah supaya melaksanakan `ubudiyyah (kehambaan diri) dan hakikat itu adalah
mushahadah (menyaksikan) rububiyyah (sifat-sifat ketuhanan). Setiap syariat yang tidak
disokong dengan hakikat maka ia tidak diterima dan setiap hakikat yang tidak dikuatkan
dengan syariat maka ia tidak berhasil” (al-Qushayri:82).

7.0 MENINGGALKAN USAHA

Di antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah sikap tidak mahu berusaha mencari
rezeki yang halal dengan alasan bertawakkal kepada Allah, sedangkan mereka masih lagi
berada pada maqam asbab (sebab musabbab) di mana mereka masih lagi memerlukan
malah berkewajiban berusaha mencari rezeki yang halal di samping bertawakkal kepada
Allah yang menjadikan asbab tersebut. Lantaran itu mereka meninggalkan kerja mencari
rezeki yang halal dan membiarkan isteri dan anak-anak mereka berada dalam keadaan
kelaparan malah ada di antara mereka yang meminta-minta dari orang lain. Mereka lupa
kepada kewajiban mencari rezeki yang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

‫كفى بالمرء اثما أن ٌضٌع من ٌقوت‬


Maksudnya: Cukuplah dikira sebagai dosa bahawa seseorang itu tidak memberi nafkah
kepada orang wajib ke atasnya memberi nafkah (kepadanya) (al-Nawawi:111).

Lainlah keadaannya jika sekiranya seseorang salik itu berada pada maqam tajrid di mana
orang yang berada pada maqam tersebut tidak lagi berkewajiban berusaha mencari rezeki.
Orang yang berada pada maqam tajrid (mutajarrid) ialah orang yang sudah terlepas, zahir
dan batinnya, dari ikatan asbab di mana dia mempunyai keyakinan kuat yang tidak dapat
digoncangkan oleh sebarang kesusahan dan kesempitan hidup, bersifat sabar dan tidak
mengeluh ketika

22

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor menghadapi kepayahan, tidak meminta-minta dari manusia
dan tidak ada nafkah wajib ke atas dirinya atau dia ada nafkah wajib tetapi orang yang
dinafkahkan itu rela dengan keadaan tersebut dan dia juga sepertinya (Abu al-`Ula:1:66).
Peningkatan seseorang salik ke maqam tajrid ini menurut Shaykh Ibn `Ajibah, berlaku
dengan ketentuan Allah menerusi perintah shaykh atau isyarat jelas yang menunjukkan
bahawa dia sudah berada pada maqam tersebut (Ibn `Ajibah:16).
Salik yang berada pada maqam asbab (mutasabbib) tetapi dia berkeinginan dan berusaha
meletakkan dirinya pada maqam tajrid adalah satu kesilapan dan salah adab terhadap Allah.
Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan katakata hikmat beliau iaitu
“kemahuan anda untuk bertajrid sedangkan Allah meletakkan anda pada maqam asbab
adalah keinginan nafsu (syahwat) yang tersembunyi” (Ibn `Ajibah:15).

Menurut Shaykh Ibn `Ajibah, kemahuan nafsu tersembunyi yang terdapat di sebalik
keinginan dan usaha seseorang untuk melakukan tajrid, sedangkan Allah meletakkannya
pada maqam asbab, adalah kerana tujuan orang tersebut ialah untuk mendapatkan
kerehatan diri. Di samping itu, dia tidak memiliki keyakinan kuat yang dapat menghadapi
serta menanggung kepayahan atau kesusahan hidup. Apabila dia menghadapi kepayahan,
keyakinannya akan tergoncang dan terus kembali kepada asbab. Ini adalah perkara yang
lebih buruk baginya berbanding berada pada maqam asbab (Ibn `Ajibah:16).

Salik tersebut sebenarnya terkeliru dalam memahami konsep tawakkal di mana dia
menyangka bahawa tawakkal yang sebenar-benarnya ialah semata-mata menyerahkan diri
sepenuhnya kepada Allah tanpa berusaha. Baginya usaha berlawanan dengan konsep
tawakkal yang sebenar seperti yang difahaminya. Fahaman seperti ini tidak bertepatan
dengan ajaran al-Qur'an dan sunnah. Memang benar Allah telah menjamin rezeki
makhluknya sebagaimana yang dinyatakan dalam firmanNya iaitu:

23

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

‫ف األرض اال على هللا رزقها‬


ً ‫و ما من دابة‬
Maksudnya: Dan tidak ada seekor binatang melata pun di atas muka bumi ini melainkan
Allah akan memberi rezeki kepadanya (Hud:6).

Allah s.w.t juga menyuruh orang-orang yang beriman supaya bertawakkal kepadaNya
dengan sebenar-benarnya seperti yang dinyatakan dalam firmanNya iaitu:

‫و على هللا فلٌتوكل المؤمنون‬


Maksudnya: Dan kepada Allah (sahajalah) hendaklah orang-orang yang beriman itu
bertawakkal (berserah diri) (Ibrahim:11).

Namun ini bukanlah bererti seseorang itu tidak perlu berusaha sama sekali bagi
mendapatkan rezeki kerana Allah juga menyuruh orang-orang yang beriman supaya
berusaha mencari rezeki kurniaan Allah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam firmanNya
iaitu:

‫ف األرض و ابتغوا من فضل هللا‬


ً ‫فاذا قضٌتم الصالة فانتشروا‬
Maksudnya: Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solat maka bertebaranlah di
muka bumi ini dan carilah sebahagian dari kurniaan Allah (al-Jum`ah:10).

Hakikat tawakkal menurut Shah Wali Allah al-Dahlawi, ialah penguasaan keyakinan ke atas
diri seseorang sehingga lemah segala usahanya untuk mendapatkan sesuatu yang
bermanfaat dan menolak sesuatu yang memudaratkan, tetapi dia tetap berusaha di
samping tidak bergantung dengan usahanya itu. Ini kerana kesan tawakkal itu ialah
meninggalkan sebab yang

24

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor ditegah oleh syariat bukannya meninggalkan sebab yang
ditetapkan dan dibenarkan oleh Allah untuk hambaNya (al-Dahlawi:615). Ini telah dijelaskan
dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu:

ٌ ‫ٌٌ دخل الجنة من أمتً سبعون ألفا بغٌر حساب هم الذٌن ال ٌسترقون و ال‬
‫ٌتطرون و ال ٌك توون و على ربهم ٌتوكلون‬
Maksudnya: Akan masuk syurga dari kalangan umatku seramai tujuh puluh ribu tanpa hisab.
Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan jampi serapah (yang dilarang), tidak
menenung nasib dan tidak menggunakan kaedah rawatan iktiwa’ (pemanasan yang
dimakruhkan) dan kepada tuhan merekalah mereka bertawakkal (al-Nawawi:38).

Mengambil kira sebab musabbab atau berusaha tidaklah menafikan atau bertentangan
dengan hakikat tawakkal kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‫ف الطلب‬
ً ‫فاتقوا هللا و أجملوا‬
Maksudnya: Maka bertaqwalah kepada Allah dan beradablah (terhadap Allah dan
berserahlah kepadaNya) dalam menuntut (al-Iskandari:89).

Rasulullah s.a.w membenarkan dan mengharuskan menuntut atau mencari sesuatu


berasaskan sebab musabbabnya namun ia hendaklah dilakukan dengan penuh adab iaitu
mengambil kira halal haram dan meyakini bahawa ia adalah kurniaanNya. Sekiranya
pencarian dan usaha itu berlawanan dengan hakikat tawakkal maka baginda tidak akan
mengharuskannya.

25

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor 8.0 TIDAK MAHU BERCAMPUR DENGAN MASYARAKAT

Memencilkan diri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat sama sekali merupakan
satu masalah yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal tarekat. Di antara mereka ada
yang tidak mahu bermuamalah dengan anggota masyarakat, tidak mahu melaksanakan solat
secara berjamaah, tidak menghadiri solat jumat, tidak mahu menghadiri majlis ilmu yang
diadakan, tidak mahu tolong-menolong dalam melaksanakan perkara kebaikan, tidak mahu
mengeratkan hubungan persaudaraan dan sebagainya.

Pergaulan bersama manusia bukanlah bermaksud bercampur atau bersahabat dengan orang
jahat yang buruk perangainya dan tolong-menolong bersama mereka dalam melakukan
perkara kejahatan, kemungkaran dan seumpamanya. Apa yang dimaksudkan dengan
pergaulan itu sebagaimana menurut Imam alNawawi, ialah menghadiri solat jumat, solat
berjamaah, tempat kebaikan dan majlis zikir, melawat yang sakit, menghadiri jenazah,
membantu yang memerlukan, menunjuk-ajar kepada yang tidak berilmu dan maslahat
masyarakat yang lain bagi orang yang mampu melakukan amr ma`ruf dan nahy munkar,
mengelakkan diri dari menyakiti dan bersabar terhadap karenah orang ramai (al-
Nawawi:208).

Menurut Imam al-Nawawi lagi, bercampur dengan manusia seperti ini adalah menjadi
pilihan utama di mana Rasulullah s.a.w, para nabi a.s, al-khulafa' alrashidun, para sahabat
dan tabi`in selepas mereka, para ulama dan juga orangorang Islam yang baik memilih
pendirian ini. Ia adalah mazhab kebanyakan tabi`in dan orang-orang selepas mereka. Ia juga
merupakan pendapat Imam alShafi`i, Imam Ahmad dan kebanyakan ahli feqah (al-
Nawawi:208). Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan tentang kelebihan bercampur
dengan manusia ini sebagaimana sabda baginda:

26

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor ‫المؤمن الذي ٌخالط الناس و ٌصبر على أذاهم ٌخر من المؤمن الذي ال ٌخالطهم و‬
‫ف الكل ٌخر‬
ً ‫ ال ٌصبر على أذاهم و‬Maksudnya: Orang mukmin yang bercampur dengan manusia dan
bersabar terhadap karenah mereka adalah lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur
dengan mereka dan tidak bersabar terhadap karenah mereka dan pada kedua-duanya ada
kebaikan (al-Sahrawardi:34).

Memang betul zaman ini merupakan zaman fitnah seperti yang telah dinyatakan sifat-
sifatnya oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh `Abd Allah ibn
Mas`ud di mana beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada al-
Harth ibn `Umayrah sebagaimana sabda baginda iaitu:

‫سأتً علٌك زمان كثٌر خطباؤه قلٌل علماؤه كثٌر سؤاله قلٌل معطوه الهوى فٌه قائد العلم‬
ٌ ‫ ان ٌدفع عن عمرك ف‬Maksudnya:
Sekiranya dipanjangkan umur anda maka akan datang satu zaman (yang mana pada zaman
itu) pemidatunya ramai tetapi ulamanya kurang, orang yang meminta ramai tetapi orang
yang memberi kurang, hawa nafsulah yang memimpin ilmu pada zaman itu.

Kemudian baginda ditanya tentang bilakah akan berlaku yang demikian itu. Lalu baginda
menjawab dengan sabda baginda:
‫ اذا أ ٌمتت الصالة و قبلت الرشا و ٌباع الدٌن بعرض ٌسٌر من الدنٌا فالنجاء النجاء‬Maksudnya: Iaitu apabila solat
dimatikan (tidak lagi didirikan), rasuah diterima, agama dijual dengan dunia yang berharga
murah, maka carilah keselamatan, carilah keselamatan (al-Ghazali:34).

27

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Dalam sebuah hadis yang lain pula, `Abd Allah ibn Amr ibn al-
`As telah menceritakan bahawa ketika beliau bersama-sama dengan sekumpulan para
sahabat berada di sekeliling Nabi s.a.w, tiba-tiba disebut (ditanya) tentang fitnah, lalu
baginda menjawab dengan sabda baginda iaitu:

‫ (اذا رأيتم الناس مرجت عهودهم و خفت أماناتهم و كانوا هكذا (و شبك بٌن أصابعه‬Maksudnya: Apabila kamu
melihat manusia di mana janji mereka tidak ditepati dan amanah mereka diringan-ringankan
dan mereka seperti ini (di mana Rasulullah s.a.w menghimpunkan jari kedua-dua belah
tangannya yang bermaksud mereka sudah bercampur aduk).

Beliau kemudiannya bertanya baginda tentang apakah yang sepatutnya beliau lakukan
ketika zahirnya tanda-tanda zaman fitnah itu, lalu baginda menjawab dengan sabda
baginda:

‫ الزم بٌتك و املك علٌك لسانك و خذ ما تعرف و دع ما تنكر و علٌك بأمر الخاصة و دع عنك أمر العامة‬Maksudnya:
Biasakan diri anda berada di rumah, tahanlah lidah anda (jagalah percakapan), ambillah apa
yang anda tahu (kedudukannya) dan tinggalkanlah apa yang anda tidak mengetahuinya,
hendaklah anda menunaikan perkara yang khusus untuk diri anda dan tinggalkanlah urusan
umum (masyarakat) (al-Ghazali:34).

Tanda-tanda zaman fitnah seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w ini, sudah
jelas kelihatan pada zaman ini. Saranan Rasulullah s.a.w kepada para sahabat bagi
menghadapi zaman fitnah tersebut ialah supaya beruzlah atau mengasingkan diri dengan
cara membiasakan diri duduk di rumah, mengurangkan percakapan dengan manusia,
meninggalkan perkara-perkara
28

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor yang syubhah (diragukan), menunaikan kewajiban-kewajiban
diri dan meninggalkan urusan umum iaitu urusan masyarakat.

Meskipun uzlah itu dituntut pada zaman fitnah ini, namun uzlah seperti yang dilakukan oleh
sebahagian pengamal tarekat tidak menepati hukum dan juga ciriciri uzlah seperti yang
dijelaskan oleh para ulama tasawwuf yang muktabar.

Imam al-Ghazali telah memberikan penjelasan yang begitu terang mengenai uzlah ini
dengan menerangkan hukum melakukan uzlah dan juga ciri-cirinya. Dalam masalah ini
beliau telah membahagikan manusia kepada dua golongan. Golongan pertama ialah orang
yang tidak diperlukan oleh masyarakat dalam masalah pengajaran ilmu dan penjelasan
hukum-hukum agama. Apa yang lebih utama bagi orang seperti ini ialah beruzlah (al-
tafarrud) atau mengasingkan diri dari masyarakat tersebut di mana dia tidak mencampuri
mereka kecuali dalam beberapa perkara seperti mengerjakan solat jumat, solat berjamaah,
solat hariraya, mengerjakan haji, menghadiri majlis ilmu agama atau kerana mencari
keperluan hidup (al-Ghazali:37).

Sekiranya seseorang itu mahu mengasingkan diri sama sekali dari manusia di mana dia tidak
mencampuri mereka dalam mana-mana urusan sekalipun, sama ada urusan agama, dunia,
solat jumat, solat berjamaah dan sebagainya, kerana sesuatu kebaikan (maslahah) bagi
dirinya yang dapat dilihatnya, maka dia tidak boleh melakukannya kecuali dengan adanya
salah satu dari dua perkara. Pertama, dia pergi ke suatu tempat yang jauh dari manusia di
mana tidak terkena lagi ke atas dirinya kewajiban tersebut seperti di puncak bukit, di tengah
lembah dan seumpamanya. Kedua, dia benar-benar yakin bahawa kemudaratan yang akan
menimpanya dalam pergaulan dengan masyarakat dengan sebab melaksanakan kewajiban
itu adalah lebih besar berbanding meninggalkan kewajiban tersebut (al-Ghazali:37).

29

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Jika sekiranya dia mempunyai salah satu dari dua perkara ini
maka dia dikira sebagai mempunyai keuzuran dan dibolehkan bagi melakukan uzlah
tersebut. Tetapi, jalan pertengahan dalam masalah ini menurut Imam al-Ghazali, ialah jalan
yang pertama iaitu menyertai atau bercampur dengan masyarakat dalam melaksanakan
solat jumat, solat berjamaah dan juga perkara kebaikan lain dan memisahkan diri dari
mereka itu dalam perkara-perkara yang lain dari itu (alGhazali:37).

Golongan kedua ialah orang yang menjadi ikutan dalam masalah ilmu di mana masyarakat
memerlukannya dalam urusan agama mereka bagi menjelaskan kebenaran, menolak
perkara bidah, menyeru kepada kebaikan, sama ada dengan perbuatan atau kata-kata dan
seumpamanya. Orang seperti ini tidak boleh beruzlah dari manusia bahkan dia hendaklah
meletakkan dirinya di kalangan mereka dengan menasihati mereka, memelihara dan
mempertahankan agama dan menjelaskan hukum Allah kepada mereka (al-Ghazali:38). Dia
tidak boleh melakukan uzlah sama sekali kerana dia tergolong dalam golongan orangorang
yang berkewajiban menyatakan kebenaran. Ini kerana, dalam sesebuah masyarakat itu
mesti ada satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan, menyuruh melakukan perkara
ma`ruf dan mencegah perkara mungkar. Allah s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini
sebagaimana firmanNya iaitu:

‫ولتكن منكم أمة ٌدعون الى ال ٌخر و ٌأمرون بالمعروف و ٌنهون عن المنكر‬
Maksudnya: Hendaklah ada dari kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh perkara ma`ruf dan melarang perkara mungkar (Alu `Imran:104).

Seseorang yang berilmu, tetapi mendiamkan diri sahaja, tanpa berusaha membendung
perkara-perkara bidah yang berleluasa di kalangan masyarakat, akan menerima akibat
buruk. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:

30

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

‫اذا ظهرت البدع و سكت العالم فعلٌه لعنة هللا‬


Maksudnya: Apabila telah zahir perkara-perkara bidah dan orang yang berilmu hanya
mendiamkan diri maka dia mendapat laknat Allah (al-Ghazali:38).
9.0 MENCERITAKAN PENGALAMAN KEROHANIAN

Antara masalah lain yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal tarekat ialah
menceritakan pengalaman kerohanian yang dilalui seperti kekeramatan yang perolehi,
maqam yang dicapai dan juga ma`rifat serta rahsia ketuhanan yang dibukakan, kepada
orang yang bukan ahli yang dapat memahaminya dengan betul. Seseorang salik itu tidak
sepatutnya memberitahu atau menceritakan pengalaman kerohanian yang dialami kepada
orang lain kecuali shaykh yang memimpinnya.

Perbuatan menceritakan perkara tersebut bertentangan dengan kaedah yang telah


ditetapkan oleh para ulama tasawwuf. Perbuatan tersebut juga boleh merosakkan
kerohanian salik itu sendiri. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan berkata
“tidak sewajarnya bagi seseorang salik itu menceritakan waridat yang diperolehinya kerana
yang demikian itu akan mengurangkan kesan atau fungsinya terhadap hati dan menghalang
kewujudan sifat benar terhadap Tuhan” (Abu al-`Ula:2:385).

Di samping itu, ia menunjukkan kejahilan seseorang salik itu sendiri seperti yang disebut
oleh Shaykh Ibn `Ata tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu “sesiapa yang
anda melihatnya menjawab setiap apa yang ditanya, menta`birkan setiap apa yang
disaksikannya dan menyebut setiap apa yang diketahuinya maka hendaklah anda
menjadikan yang demikian itu sebagai dalil yang menunjukkan kejahilannya” (Abu al-
`Ula:2:195).

31

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Perbuatan tersebut juga berlawanan dengan ajaran yang
terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w yang menghendaki seseorang itu hanya menceritakan
atau menyatakan sesuatu perkara yang dapat diterima oleh akal orang yang mendengarnya
sahaja sebagaimana sabda baginda:

‫أمرنا معاشر األنبٌاء أن نكلم الناس على قدر عقولهم‬


Maksudnya: Kami, para nabi, diperintahkan supaya bercakap (mengajarkan) kepada
manusia sekadar kemampuan akal mereka (al-Sahrawardi:23).

Sayyiduna `Ali juga ada menyebut tentang perkara ini dengan kata-kata beliau iaitu:

‫حدث الناس بما ٌعرفون أتحبون أن ٌكذب هللا و رسوله‬


Maksudnya: Berbicaralah kepada manusia apa yang mereka ketahui. Adakah anda suka
sekiranya Allah dan rasulNya didustakan? (Ibn Kathir:4:501).

Para ulama tasawwuf telah menjelaskan beberapa sebab mengapa salik dilarang
menjelaskan atau menceritakan pengalaman kerohaniannya. Antaranya ialah kerana
perkara tersebut merupakan rasaan rohani dan juga rahsia ketuhanan yang mana orang
yang bukan ahlinya tidak dapat memahaminya dengan baik. Shaykh Ibn `Ajibah telah
menyatakan perkara ini dengan berkata “ini kerana perkara tersebut merupakan rasaan
rohani (adhwaq batiniyyah) dan rahsia ketuhanan (asrar rabbaniyyah) yang tidak dapat
difahami kecuali ahlinya maka menyebutnya kepada orang yang tidak memahaminya dan
tidak merasainya bererti jahil tentang nilainya” (Ibn `Ajibah:144).

Ini kerana, seseorang salik yang mengalami peningkatan kerohanian yang baik, akan sampai
ke suatu peringkat di mana dia tidak dapat menjelaskan sama sekali keadaan yang
dialaminya itu. Jika sekiranya dia cuba untuk

32

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor menjelaskannya maka kata-katanya itu akan mengandungi
kesilapan yang sangat jelas dan orang yang mendengarnya pula akan tersilap faham dengan
kata-katanya itu. Imam al-Ghazali telah menyatakan perkara ini dengan berkata “kemudian
keadaan akan meningkat lagi dari menyaksikan gambaran dan misalan ke suatu tingkatan
yang mana ruangan percakapan menjadi sempit untuk menjelaskannya (tidak dapat
dijelaskan) maka orang yang cuba untuk menjelaskannya, kata-katanya itu mengandungi
kesalahan yang jelas yang tidak dapat dihindari” (Mahmud:378-379).
Perbuatan menceritakan pengalaman kerohanian ini akan menyebabkan orang yang
mendengar menginkgarinya. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini
sebagaimana sabda baginda:

‫ ان من العلم ك ٌهئة المكنون ال ٌعرفه اال العلماء باهلل فاذا أظهروه أنكره أهل الغرة باهلل‬Maksudnya: Sesungguhnya
ada di antara ilmu itu seperti mutiara tersembunyi yang tidak dapat diketahui kecuali oleh
ulama billah. Apabila mereka menzahirkan ilmu tersebut maka orang yang terpedaya akan
mengingkarinya (Ibn `Ajibah:145).

Tindakan tersebut juga akan menimbulkan berbagai fitnah di kalangan masyarakat.


Mengenai perkara ini, Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib k.w.h ada menyatakannya dengan kata-
kata beliau iaitu:

‫ما أنت بمحدث قوما حدٌثا ال تبلغه عقولهم اال كان فتنة لبعضهم‬
Maksudnya: Anda tidak memperkatakan kepada suatu kaum itu sesuatu perkara yang mana
akal mereka tidak mampu memahaminya melainkan ia menjadi fitnah bagi sebahagian
mereka (Ibn Kathir:4:501).

Di antara mereka mungkin ada yang akan menghukumnya sebagai sesat, kufur, zindiq dan
seumpamanya. Imam Zayn al-`Abidin, `Ali ibn al-Husayn ibn `Ali ibn

33

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Abi Talib, telah mengungkapkan beberapa rangkap syair bagi
menjelaskan tentang fitnah yang akan menimpa dirinya sekiranya dia cuba menzahirkan
perkara tersebut itu sebagaimana syair beliau iaitu “sesungguhnya aku pasti akan
menyembunyikan permata (hakikat) ilmuku supaya orang yang jahil tidak melihatnya
(mengetahuinya) sehingga dia terfitnah. Sesungguhnya Abu Hasan (`Ali) telah mendahului
dalam (membicarakan) perkara ini kepada Husayn dan dia telah berwasiat sebelumnya
kepada Hasan. Hai, berapa banyak permata (hakikat) ilmu ini, sekiranya aku nyatakannya
(zahirkannya) akan dikatakan kepadaku “Anda adalah antara orang yang menyembah
berhala”. Orang-orang Islam akan menghalalkan darahku, mereka melihat perkara yang
paling buruk mereka lakukan itu sebagai satu kebaikan” (al-Ghazali:7).
Abu Hurayrah r.a juga ada menyatakan tentang perkara yang sama sebagaimana kata-kata
beliau:

ً ‫حفظت من رسول هللا صلى هللا علٌه و سلم جرابٌن من العلم أما أحدهما فبثثته‬
‫ف الناس و أما اآلخر فلو بثثته لقطع منً هذا‬
‫ البلعوم‬Maksudnya: Aku menghafal dari Rasulullah s.a.w dua karung ilmu. Salah satu darinya
aku sebarkannya di kalangan manusia dan yang satu lagi, sekiranya aku sebarkannya
nescaya akan dipotong leherku ini (dibunuh) (Ibn `Ajibah:145).

Sebab kedua ialah perkara tersebut merupakan amanah dan rahsia Allah. Orang yang
mendedahkan rahsia Allah itu akan mendapat balasan dan dihalau dari hadrat Allah. Dia
juga tidak akan memperolehinya lagi selepas itu. Shaykh Ibn `Ajibah telah menyatakan
perkara ini dengan berkata bahawa “ia adalah amanah dan suatu rahsia dari rahsia-rahsia
Allah dan rahsia Allah itu tidak boleh dibongkarkan (didedahkan). Sesiapa yang
membongkarnya maka dia adalah pengkhianat dan berhak untuk dihalau serta mendapat
kemurkaan dan tidak sesuai lagi untuk menjadi pemegang amanah selepas itu” (Ibn
`Ajibah:144).

34

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor Sebab ketiga ialah menyatakan perkara tersebut akan
menjadikannya kurang berkesan terhadap diri atau batin salik itu sendiri. Ini kerana tujuan
atau faedah ahwal atau waridat itu ialah untuk menguatkan keyakinan salik dan
menghapuskan keraguan yang ada dalam hatinya. Dengan memberitahu kepada orang lain,
menjadikannya kurang berkesan terhadap dirin. Ini telah dinyatakan oleh Shaykh Ibn `Ajibah
sebagaimana kata-kata beliau iaitu “membongkarkan perkara tersebut akan menyebabkan
kurang fungsi dan manfaatnya kerana faedah ahwal dan waridat ilahiyyah itu ialah
menghapuskan sesuatu yang bersifat kebendaan dan menzahirkan sesuatu yang maknawi
atau menghapuskan keraguan dan menguatkan keyakinan. Apabila seseorang itu
membongkarnya maka fungsinya akan menjadi lemah dan natijahnya menjadi kurang” (Ibn
`Ajibah:144).

Sebab keempat ialah dalam menempuh ahwal tersebut sedikit demi sedikit adat kebiasaan
nafsu akan terhapus. Sesiapa yang berjaya menghapuskan kebiasaan nafsu tersebut,
janganlah dia memberitahunya kepada orang lain, kerana dengan melakukan perkara
demikian bererti dia menghidupkan atau membangkitkan kembali nafsu tersebut. Ini kerana
sifat nafsu itu memang suka dipuji atau disanjung. Dengan sebab memberitahu kepada
orang lain, dia akan mendapat pujian. Ini bererti dia menghidupkan kembali nafsu itu. Di
samping itu melakukan perkara demikian juga dapat mengurangkan keikhlasan serta
memasukkan riya' ke dalam hati yang mana ia adalah sebab kebinasaan diri (Ibn
`Ajibah:144).

10.0 PENUTUP

Ini adalah sebahagian dari masalah yang terjadi di kalangan sebahagian pengamal tarekat.
Walau bagaimanapun di sana masih ada beberapa masalah lain lagi yang tidak dijelaskan di
sini seperti masalah dakwaan menjadi wali besar dan Imam al-Mahdi, masalah perbomohan
dan penggunaan kaedah rawatan yang meragukan, masalah guru mengambil kesempatan
dan habuan duniawi

35

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor atas kepatuhan para murid, masalah kepatuhan dan
keyakinan melampau para murid terhadap guru dan sebagainya. Semua perkara ini boleh
menyumbang kepada penyelewengan di kalangan pengamal tarekat kalau tidak
diperbetulkan dan ditangani dengan baik. Ia secara tidak langsung boleh merosakkan dan
memburukkan imej tasawwuf yang merupakan sebahagian dari ilmu Islam.

Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi

Anda mungkin juga menyukai