Anda di halaman 1dari 47

‫القواعد الفقهيه‬

Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah


Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
Sinopsis:
• Membincangkan Kaedah-Kaedah Fiqh yang asas dari sudut definisi, sumber
asal, syarat-syarat pemakaiannya. Perbincangan juga merangkumi contoh
aplikasi Kaedah Fiqh dalam Muamalat semasa.
Objektif:
• Memahami lima Kaedah Fiqh yang asas.
• Membezakan penggunaan Kaedah-Kaedah Fiqh.
• Memberikan contoh pengaplikasian Kaedah Fiqh dalam Muamalat semasa.
Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
• Pengenalan
• Kedudukan Kaedah Fiqh sebagai alat bantu dalam Kaedah penetapan hukum
Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian
• Qawaid - kata jama’ drp Qa’idah
• Asas, tapak, tunjang dan sebagainya seperti mana firman Allah;

َّ ‫س َما ِعي ُل َربَّنَا تَقَبَّ ْل ِمنَّا ِإنَّ َك أ َ ْنتَ ال‬


‫س ِمي ُع ا ْلعَ ِلي ُم‬ ِ ‫َو ِإ ْذ يَ ْرفَ ُع ِإ ْب َرا ِهي ُم ا ْلقَ َوا ِع َد ِم َن ا ْلبَ ْي‬
ْ ‫ت َو ِإ‬
)127(
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama- sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Ka`abah) itu.” (Al-Baqarah: 127)
• Qa’idah - Hukum kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah
(ditil).
• Hukum yang terpakai ke atas kebanyakan masalah-masalah juziyyah (ditil).
Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian
• Prinsip-prinsip umum dalam Fiqh Islami yang merangkumi hukum-hukum
syara’ yang umum, selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan
baru muncul yang termasuk di bawah tajuk prinsip berkenaan.
ٌ‫ضةٌ ُم ْح َك َمة‬ َ ‫ضا َء فَ ِري‬َ َ‫ فَ ِإ َّن ا ْلق‬: ‫ أَ َّما بَ ْع ُد‬: ِ ‫شعَ ِري‬ ْ َ ‫سى ْاْل‬ َ ‫ب إلَى أَ ِبي ُمو‬ ِ ‫طا‬ َّ ‫ع َم ُر ْب ُن ا ْل َخ‬ ُ ‫ب‬ َ َ‫ َكت‬: ‫• ع َْن أَ ِبي ا ْل َم ِليحِ ا ْل ُه َذ ِلي ِ قَا َل‬
، ‫س َك‬ َ ‫ َرا َج ْعتَ ِفي ِه نَ ْف‬، ُ‫ض ْيتَه‬ َ َ‫ضا ٌء ق‬ َ َ‫ ََل يَ ْمنَعُ َك ق‬، ُ‫ق ََل نَفَا َذ لَه‬ ٍّ ‫ي إلَ ْي َك فَ ِإنَّهُ ََل يَ ْنفَ ُع تَكَل ٌم ِب َح‬ ْ َ‫سنَّةٌ ُمتَّبَعَةٌ ف‬
َ ‫اف َه ْم إ َذا أ ُ ْد ِل‬ ُ ‫َو‬
‫ ا ْلفَ ْه َم ا ْلفَ ْه َم‬، ‫اط ِل‬
ِ َ‫ق َخ ْي ٌر ِم ْن الت َّ َمادِي ِفي ا ْلب‬ ِ ‫ َو ُم َرا َجعَةُ ا ْل َح‬، ‫ق قَدِي ٌم‬ َّ ‫ فَ ِإ َّن ا ْل َح‬، ‫ق‬ َّ ‫اج َع ا ْل َح‬ِ ‫ أ َ ْن ت ُ َر‬، ‫شد َِك‬ ْ ‫َو ُهدِيتَ ِفي ِه ِل ُر‬
‫ فَاع ِْم ْد إلَى‬، ‫ور ِع ْند ََك‬ َ ‫س ْاْل ُ ُم‬ ْ ِ‫شبَا َه ث ُ َّم ق‬ْ َ ‫ف ْاْل َ ْمثَا َل َو ْاْل‬
ْ ‫ اع ِْر‬، ‫ب َوالسنَّ ِة‬ ِ ‫ ِم َّما لَ ْم يَ ْبلُ ْغ َك فِي ا ْل ِكتَا‬، ‫صد ِْر َك‬ َ ‫فِي َما يَ ْخت َ ِل ُج فِي‬
. " ‫ فِي َما ت َ َرى‬، ‫ق‬ ِ ‫شبَ ِه َها ِبا ْل َح‬ ْ َ‫َّللا َوأ‬
ِ َّ ‫أ َ َح ِب َها إلَى‬
Drp Abu Malih al-Huzalli berkata; Umar al-Khattab telah menulis kepada Abu
Musa al-As'ari, fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang
mana hukum-hukumnya engkau tidak temui di dalam al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Ketahuilah persamaan dan sebanding serta menujulah ke
arah yang lebih disukai oleh Allah SWT dan lebih hampir kepada yang benar.
Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
Pengertian
• Qa’idah-Qa’idah itu suatu gambaran yang menarik terhadap prinsip-prinsip
fiqh yang umum, membuka ufuk-ufuk dan landasan prinsip itu dari segi
teorinya, seterusnya ia memantapkan hukum-hukum furu’ yang amali.
• Kalau tidak wujud qawaid ini maka hukum-hukum fiqh akan merupakan
hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang kala pada zahirnya boleh
menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang
dipegang dalam pemikiran yang menerangkan alasan-alasan konkrit yang
menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan
membandingkannya.
Pengenalan kepada Qawaid Fiqhiyyah
Faedah Qawaid Fiqhiyyah:
• Memudahkan para mujtahid dalam mengistinbat hukum bagi suatu masalah,
iaitu dengan menggolongkan kepada masalah yang serupa di bawah suatu
kaedah.
Faktor Penggunaan:
• Munculnya banyak masalah baru yang tiada nas.
Rujukan
• Jalaluddin Abd al-Rahman al-Suyuti (1987). Al-Asybah wa al-Nazaair fi
Qawa'id wa Furu' Fiqh al-Shafi'iyyah. Beirut: Dar al-Kitab.
• Dr. Rafiq Yunus Al-Misri (2005), Fiqh al-Muamalat al-Maliyah. Damsyik: Dar al-
Qalam.
• Ali Ahmad al-Nadawi (2000), Jamharah al-Qawaid al-Fiqhiyyah fi al-Muamalat
al-Maliyyah. Riyadh: Syarikah al-Rajihi
• Ab. Latif bin Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000) Kaedah-Kaedah Fiqh.
Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.
Rujukan (Mazhab Hanafi)
Bil Nama Kitab Pengarang
1 Usuul al-Karkhi Ubaidullah ibn Hasan al-Karkhi (260-340 H)
2 Ta’siis al-Nadzr Ubaidullah ibn Umar ad-Dabusi (430 H)
3 Majaami al-Haqaa’iq Abu Sa id al-Khadimi. (1176 H)
4 Al-Majallah al-Ahkaam al-Adliyyah Kerajaan Uthmaniyah, Turki (1286 H)
5 Al-Ashbaah wa al-Nazhaa’ir Zainudddin ibn Ibrahim Ibn Nujaim (970 H)
Al-Faraa’id al-Bahiyyah fi al-Qawaaid al-
6 Ibn Hamzah al-Husaini (1305 H)
Fawaa’id al-Fiqhiyyah
Rujukan (Mazhab Maliki)
Bil Nama Kitab Pengarang
Imam Syihabudin Abdul-Abbas Ahmad as-Sonhaji al-
7 Anwaar al-Buruuq fi Anwaar al-Furuuq
Qarafi (260-340 H)
Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Muqarri
8 Al-Qawaaid
(758 H)
Iidhaah al- Masaalik ilaa Qawaaid al-Imaam Ahmad ibn Yahya ibn Muhammad at-Tilmisani al-
9
Maalik Winsyarinsi (914 H)
Al-Isaaf bit-Thalab Mukhtasar Sharh al-
10 Manhaj al-Muntakhabalaa Qawaaid al- Syaikh Abul-Qasim ibn Muhammad at-Tiwani (995 H)
Madzhab
Rujukan (Mazhab Syafie)
Bil Nama Kitab Pengarang
11 Qawaaid al-Ahkaam fi Masaalih al-‘Anaam Izzuddin Abdul Aziz ibn Abdus Salam ( 577 - 660 H)
12 Kitaab Al-Asybaah wan-Nazhaa’ir Sadraddin Abi Abdullah ibn Murahhil (716 H)
13 Majmuu al-Mudzhab fil-Qawaaid al-Madzhab Salahuddin Abi Said al-Ala’i (761 H)
14 Al-Asybaah wa al-Nazhaa’ir Abdul-Wahhab ibn Ali Tajuddin as-Subki (771 H)
Al-Manthuur fi Tartiib al-Qawaaid al-Fiqhiyyah Muhammad ibn Bahadur Badruddin az-Zarkashi
15
aw al-Qawaaid fi al-Furuu' (794 H)
Sirajudddin Umar ibn Ali al-Ansari @ Ibnul-
16 Al-Ashbaah wa al-Nazhaa’ir
Mulaqqin (804 H)
Taqiyyuddin Abu Bakr ibn Muhd ibn Abdul-Mu’min,
17 Al-Qawaaid
al-Hisni (829 H)
Jalaluddin Abdur Rahman ibn Abi Bakr ibn Muhd
18 Al-Ashbaah wa al-Nazhaa’ir
as-Suyuthi (804 H)
Badruddin Muhammad ibn Abi Bakr ibn Sulaiman
19 Al-Istighnaa’ fi al-Furuuq wa al-Istithnaa’
al-Bakri
Rujukan (Mazhab Hanbali)
Bil Nama Kitab Pengarang
Al-Qawaaid al-Nuuraaniyyah Taqiyyuddin Abu al-Abbas Ahmad ibn Abd al-Halim ibn Taymiyyah
20
al-Fiqhiyyah (661 - 728 H)
Sharifuddin Ahmad ibn al-Hasan, ibn Qadhi al-Jabal al-Maqdisi
21 Al-Qawaaid al-Fiqhiyyah
(771 H)
Taqriir al-Qawaaid wa Tahriir
22 Abdurrahman Shihab ibn Ahmad ibn Abi Rajab (Ibn Rajab) (795H)
al-Fawaa’id (al-Qawaaid)
Al-Qawaaid al-Kulliyyah wa al- Jamaluddin Yusuf ibn Hasan ibn Ahmad ibn Abdul-Hadi
23
Dhawaabit al-Fiqhiyyah (1309-1359 H)
(Qawaaid) Majallah al-Ahkaam
Ahmad ibn Abdullah al-Qari
24 al-Shar iyyah alaa Madzhab al-
(1309-1359 H)
Imaam Ahmad ibn Hanbal
5 Kaedah Fiqh Asas
ِ َ‫( ْاْل ُ ُمور ِب َمق‬al-Umur bi Maqasidiha)
1. ‫اص ِد َها‬
[Segala urusan berdasarkan niat]
Definisi:
• Setiap perbuatan dikira berdasarkan niat/motif pelakunya
ِ َ‫( ْاْل ُ ُمور ِب َمق‬al-Umur bi Maqasidiha)
1. ‫اص ِد َها‬
Sumber:
• Surah al-Baqarah (98:005):

‫ين ُحنَفَا ٓ َء‬ َ ِ‫ٱلد‬ ُ ‫ه‬َ ‫ل‬ ‫ين‬ ‫ص‬


َ ِ ِ ُ َ‫ا‬ ‫ل‬ ‫خ‬ۡ ‫م‬ ‫ٱّلل‬ ْ ‫ا‬ ‫ُو‬
‫د‬ ‫ب‬ ۡ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ا‬
‫َّل‬ ‫إ‬ ْ
ُ َ ِ ِ ٓ ُ ِ ‫َو َما ٓ أ‬
‫ا‬ ‫و‬‫ر‬ ‫م‬ُ
‫ين ٱ ۡلقَ ِي َم ِة‬ ‫صلَ ٰوة َ َويُ ۡؤتُواْ ٱ ا‬
ُ ‫لز َك ٰو ۚة َ َو َذٲ ِل َك ِد‬ ‫َويُ ِقي ُمواْ ٱل ا‬
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan
supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang
demikian itulah agama yang benar.”
‫)‪ْ (al-Umur bi Maqasidiha‬اْل ُ ُمور ِب َمقَ ِ‬
‫اص ِد َها ‪1.‬‬
‫‪Sumber:‬‬
‫‪• Hadith:‬‬

‫ت‬ ‫ع ْنهُ قَا َل‪َ :‬‬


‫س ِم ْع ُ‬ ‫ي هللاُ َ‬ ‫َ‬ ‫ض‬ ‫ِ‬ ‫ر‬‫َ‬ ‫ب‬
‫ِ‬ ‫ا‬ ‫ا‬
‫َط‬ ‫خ‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ن‬
‫ِ‬ ‫ب‬
‫ْ‬ ‫ر‬‫َ‬ ‫م‬‫َ‬ ‫ع‬
‫ُ‬ ‫ص‬
‫ٍ‬ ‫ْ‬
‫ف‬ ‫ح‬
‫َ‬ ‫ي‬
‫ْ‬ ‫ب‬
‫ِ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ْن‬
‫َ‬ ‫ي‬‫ن‬
‫ِ‬ ‫م‬
‫ِ‬ ‫ؤْ‬ ‫م‬
‫ُ‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫ْر‬‫ِ‬ ‫ي‬‫م‬‫ِ‬ ‫َ‬ ‫ع ْن أ‬
‫َ‬
‫ت َو ِإنَّ َما ِلك ُِل ْ‬
‫ام ِر ٍّئ َما‬ ‫هللا صلى هللا عليه وسلم يَقُ ْو ُل‪ِ :‬إنَّ َما اْْل َ ْع َما ُل ِبالنِيَّا ِ‬ ‫س ْو َل ِ‬ ‫َر ُ‬
‫س ْو ِل ِه‪َ ،‬و َم ْن َكان ْ‬
‫َت‬ ‫س ْو ِل ِه فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى ِ‬
‫هللا َو َر ُ‬ ‫َت ِه ْج َرتُهُ ِإلَى ِ‬
‫هللا َو َر ُ‬ ‫نَ َوى‪ .‬فَ َم ْن َكان ْ‬
‫ص ْيبُ َها أ َ ْو ْام َرأَةٍ يَ ْن ِك ُح َها فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى َما َها َج َر ِإلَ ْي ِه‪[ .‬رواه إماما‬ ‫ِه ْج َرتُهُ ِل ُد ْنيَا يُ ِ‬
‫المحدثين أبو عبد هللا محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة‬
‫البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في‬
‫صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]‬
‫”‪“Setiap pekerjaan diambil kira berdasarkan niat...‬‬
ِ َ‫( ْاْل ُ ُمور ِب َمق‬al-Umur bi Maqasidiha)
1. ‫اص ِد َها‬
Syarat-syarat Pemakaian Kaedah:
• Islam
• Mumaiyyiz
• Berakal atau waras
• Mengetahui apa yang diniatkan
• Tidak membawa perkara yang menafikan niat
ِ َ‫( ْاْل ُ ُمور ِب َمق‬al-Umur bi Maqasidiha)
1. ‫اص ِد َها‬
Aplikasi Kaedah:
• Seorang lelaki menjadi wakil kepada rakannya dalam akad jual beli rumah.
Rumah yang dibeli tetap menjadi milik pewakil bukan wakilnya.
• Jika seseorang terjumpa barang berharga di jalan, jika dengan niat
menyimpan untuk dicari dan diserah kepada tuannya dia dikira Penjaga
(Amin), jika dia terjumpa lalu dia ambil dan dijadikan haknya, maka dia dikira
mengambil harta orang lain.
2. ‫( ا ْليَ ِقين ََل يُ َزال ِبالش َِّك‬al-Yaqin La Yuzal bi al-
Syak)
[Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan]
Definisi:
• Perkara yang diyakini tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh
sebarang syak atau keraguan.
• Suatu perkara yang diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang
kemudian untuk meragui keyakinan tersebut, tidak diambil kira. Perkara asal
yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang
syak dan keraguan.
‫‪ (al-Yaqin La Yuzal bi al-‬ا ْليَ ِقين ََل يُ َزال ِبالش َِّك ‪2.‬‬
‫)‪Syak‬‬
‫‪Sumber‬‬
‫‪Hadith:‬‬

‫هللا صلاى هللا عليه وسلا َم‪(( :‬إذا‬‫• عن أبي سعي ٍد ال ُخدري ِ رضي هللا عنه‪ ،‬قال‪ :‬قال رسو ُل ِ‬
‫ش اك‪ْ ،‬‬
‫وليَب ِْن على ما‬ ‫ح ال ا‬ ‫ر‬
‫َ‬ ‫صلاى؛ ثالثًا أم أربعًا؟ ْفليَ ْ‬
‫ط‬ ‫صالتِه‪ ،‬فل ْم يَ ْد ِر كم َ‬‫ش اَك أحدُكم في َ‬
‫ِ‬
‫سا‪ ،‬شفَ ْع َن له صالتَه‪ْ ،‬‬
‫وإن‬ ‫كان صلاى خم ً‬ ‫فإن َ‬ ‫سل َم‪ْ ،‬‬ ‫جدتين قَب َل ْ‬
‫أن يُ ِ‬ ‫ِ‬ ‫س‬‫ا ْستَيقَ َن‪ ،‬ثم يَس ُج ْد َ‬
‫يطان))‬
‫ش ِ‬ ‫ألربع‪ ،‬كانتَا ترغي ًما لل ا‬
‫ٍ‬ ‫ا‬‫م‬‫ً‬ ‫إتما‬ ‫ى‬‫ا‬ ‫كان صل‬‫َ‬
‫‪“Sekiranya seseorang dari kamu merasa syak (ragu) tentang berapa‬‬
‫‪rakaatkah telah ditunaikan dalam solatnya, tiga atau empat? Hendaklah‬‬
‫”‪diketepikan keraguan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan...‬‬
‫)‪(riwayat Muslim, al-Tirmizi‬‬
2. ‫( ا ْليَ ِقين ََل يُ َزال ِبالش َِّك‬al-Yaqin La Yuzal bi al-
Syak)
Syarat-syarat Pemakaian Kaedah:
• Pembuktian mengenai apa yang diyakini.
• Mampu membezakan kedudukan peringkat tanggapan akal iaitu yakin, syak,
zann dan wahm.
2. ‫( ا ْليَ ِقين ََل يُ َزال ِبالش َِّك‬al-Yaqin La Yuzal bi al-
Syak)
Aplikasi kaedah Fiqh:
• Seseorang membeli barang daripada penjual dan mendakwa dia telah
menjelaskan harganya, sebaliknya penjual mengatakan pembeli belum lagi
menjelaskan bayaran, dan resit masih belum dikeluarkan.
• Jika seseorang mengambil pinjaman daripada seseorang dan dia ragu–ragu
adakah dia masih berhutang atau tidak. Dia dianggap masih berhutang jika
tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
• Dibenarkan kata-kata penjual berserta sumpahnya. Pembeli
bertanggungjawab membayarnya, selagi belum ada bukti pembayaran seperti
yang didakwa.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
[Kemudaratan mesti dihilangkan]
Definisi
• Kemudaratan yang berlaku mesti dihilangkan dan perkara yang boleh
mendatangkan bahaya juga mestilah dihindarkan.
• Menjauhkan kemudaratan dari permulaannya lagi. Segala mudarat mestilah
dielakkan dan semua cara mesti digunakan untuk mencegah kemudaratan
dari berlaku. cth A merosakkan harta B secara sengaja, maka B dalam apa jua
keadaan tidak boleh membalas dendam dengan merosakkan barang milik A, B
mesti mendapatkan gantirugi dari mahkamah.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Sumber
al-Al-Quran:
• (al-A`raaf 7:36)

)٣٦( ‫ُون‬ ۖ ِ ‫ب ٱلنا‬


َ ‫ار ُه ۡم فِي َہا َخ ٰـ ِلد‬ ۡ َ ‫ع ۡن َہا ٓ أ ُ ْولَ ٰـٓ ِٕٮ َك أ‬
ُ ‫ص َح ٰـ‬ َ ْ‫ٱست َ ۡكبَ ُروا‬ َ ‫َوٱلا ِذ‬
ۡ ‫ين َكذابُواْ ِبـَٔايَ ٰـتِنَا َو‬
• “Dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang
angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya”.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Sumber
al-Al-Quran:
• (al-Maidah 5:64)
‫نز َل ِإلَ ۡي َك ِمن‬
ِ ُ ‫يرا ِم ۡن ُہم اما ٓ أ‬
ً ً۬ ِ‫شا ٓ ُ ۚء َولَيَ ِزي َد ان َكث‬
َ َ‫ف ي‬َ ‫ان يُن ِف ُق َك ۡي‬ِ َ ‫طت‬َ ‫سو‬ ُ ‫ِيہ ۡم َولُ ِعنُواْ بِ َما قَالُواْۘ بَ ۡل يَ َداهُ َم ۡب‬ ِ ‫غلا ۡت أ َ ۡيد‬ُ ٌ‫ٱّلل َم ۡغلُولَ ۚة‬ ِ ‫ت ۡٱليَ ُہو ُد يَ ُد ا‬ ِ َ‫َوقَال‬
ۚ‫سا ً۬ ًدا‬ ِ ‫ٱّللُ َويَ ۡسعَ ۡونَ ِفى ۡٱأل َ ۡر‬
َ َ‫ض ف‬ ۚ ‫ب أ َ ۡطفَأَهَا ا‬ ِ ‫َارا ِل ۡل َح ۡر‬ ً ً۬ ‫ضا ٓ َء ِإلَ ٰى يَ ۡو ِم ۡٱل ِقيَ ٰـ َم ِ ۚة ُكلا َما ٓ أ َ ۡوقَدُواْ ن‬ ً۬
َ ‫ط ۡغيَ ٰـنًا َو ۡ ُك ۡف ً۬ ًراۚ َوأ َ ۡلقَ ۡينَا بَ ۡينَ ُہ ُم ۡٱلعَ َد َٲوة َ َو ۡٱلبَ ۡغ‬
ُ ‫ار ِب َك‬
(٦٤) َ‫ب ٱل ُم ۡف ِسدِين‬ ُّ ‫ٱّللُ ََّل يُ ِح‬
‫َو ا‬
• “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)",
tangan merekalah Yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat Dengan sebab apa
Yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat
dan kurnia-Nya Luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana
Yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa Yang telah diturunkan kepadamu
dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan
kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka
hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah
memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka
bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melakukan kerosakan”.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Sumber
al-Al-Quran:
• (al-Maidah 5:64)
• “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil -
kikir)", tangan merekalah Yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat Dengan
sebab apa Yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa
terbuka (Nikmat dan kurnia-Nya Luas melimpah-limpah). ia belanjakan
(limpahkan) sebagaimana Yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa
Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan
kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan
perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat.
tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya;
dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang
Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melakukan kerosakan”.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Sumber
Hadis:

‫رار‬
َ ‫ض‬ ِ ‫ضرر وَّل‬
َ ‫• َّل‬
• “Tidak ada mudarat dan tidak dimudaratkan”
(riwayat Ibnu Majah)
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Syarat-syarat pemakaian Kaedah
• Memahami konsep tidak memulakan sebarang kemudaratan.
• Wajib menghilangkan kemudaratan apabila ia berlaku.
• Menolak kemudaratan yang berlaku menurut kemampuan.
3. ‫ض َر ُر يُ َزال‬
َّ ‫ال‬ (al-Dharar Yuzal)
Aplikasi Kaedah Fiqh
• Diletakkan khiyar semasa berakad (misalnya Khiyar Syarat dan Khiyar Aib)
terhadap barang yang dijual beli untuk mengelakkan daripada penipuan.
• Tempoh pajakan sebuah tanah pertanian akan berakhir sebelum tempoh
menuai. Tanah tersebut hendaklah kekal di tangan pemajak sehingga
sempurna proses menuai hasil bagi mengelakkan pemajak rugi menuai hasil
yang belum matang dan terbeban dengan pajakan sekaligus.
• Jika seseorang menjual barang yang cepat rosak seperti buah, dan pembeli
menghilangkan diri sebelum membuat bayaran dan barang belum diserah
kepada pembeli. Maka penjual dibenarkan menjual barang tersebut kepada
pembeli lain bagi mengelakkan penjual kerugian dalam perniagaannya.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
[Sesuatu kesulitan akan membawa kepada kemudahan]
Definisi:
• Kesulitan dalam menunaikan perintah Allah dan keringanan yang dibenarkan
dalam syariat Islam.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Sumber
al-Quran:
• (al-Baqarah 2 : 185)
• “Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia
berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Sumber
al-Quran:
• (al-Maidah 5: 6)
• “Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,
dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub
(berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak
boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah -
debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan
tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur”.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Sumber
al-Quran:
• (al-Hajj 22:78)
• “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah
Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak
menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara
ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam"
semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad)
menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula
layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang
Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat,
serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah
Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
pemberi pertolongan”.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Sumber
Hadis:

.‫عسروا وبَ ِشروا وَّل ت ُ ِنفروا‬


ِ ُ ‫• يَ ِسروا وَّل ت‬
‫ صحيح البخاري‬: ‫ البخاري | المصدر‬: ‫ أنس بن مالك | المحدث‬:‫• الراوي‬
“Permudahkanlah dan janganlah menyusahkan...”
(riwayat al-Bukhari, Muslim)
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Syarat-syarat pemakaian Kaedah
• Menentukan kesulitan / kesusahan yang menjadi sebab diberi keringanan
• Memahami tujuan Kaedah ini adalah supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf
pada bila-bila dan di mana sahaja.
• Meneliti rukhsah dan takhfifat disisi Syara’.
• i) Musafir
• ii) Sakit
• iii) Terpaksa atau dipaksa
• iv) Lupa
• v) Kejahilan
• vi) Kesukaran/ umum balwa
• vii) Kekurangan
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Aplikasi Kaedah Fiqh
Contoh:
• Diharuskan jualan secara tempahan atau bay` salam (harga dibayar dahulu
tetapi barang diberi kemudian) dalam Muamalat.
• Seseorang yang memasuki akad sewaan dan kemudian terpaksa berhijrah, dia
dibenarkan untuk membatalkan kontrak sewaan, dalam keadaan biasa, dia
tidak boleh membatalkannya, akan tetapi memaksa seseorang membayar
sewa bagi suatu premis yang tidak digunakan akan membebankan. Maka
Syariah membenarkan pembatalan kontrak dalam keadaan tertentu demi
mengelakkan bebanan.
َ ‫( ا ْل َم‬al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir)
ِ ‫شقَّة ت َ ْج ِلب الت َّ ْي‬
4. ‫سير‬
Aplikasi Kaedah Fiqh
Contoh:
• Dua orang musafir, seorang mati, musafir yg hidup dibenarkan jual harta
simati tanpa izin dan arahan. Dalam keadaan biasa hal ini tidak dibenarkan
namun untuk memudahkan musafir itu membawa harta si mati untuk
diserahkan kepada waris.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
[Sesuatu kebiasaan dijadikan sebagai hukum]
Definisi:
• Adat/kebiasaan, uruf, budaya dan ikutan.
• Adat kebiasaan dapat ditetapkan sebagai hukum.
• Ulama juga menetapkan adat kebiasaan atau uruf itu sebagai sumber hukum
selagi tidak bercanggah dengan nas.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Sumber
• Berdasarkan hadis Mawquf:

ٌ
‫حسن‬ ‫هللا‬ َ ‫المسلمون حسنًا‬
ِ ‫فهو عن َد‬ َ ُ‫ ما رآه‬:‫عا وموقوفًا‬
ً ‫ابن مسعو ٍد مرفو‬
ِ ‫عن‬ِ •
• “Apa yang dinilai baik oleh kaum Muslimin, maka ia adalah baik di sisi Allah”.
• (Musnad Ahmad)
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Syarat-syarat pemakaian Kaedah
• Adat / uruf tersebut mesti digunakan secara meluas.
• Adat tersebut tidak bertentangan dengan hukum lain bersandar dalil/nas, jika
bertentangan, adat tersebut terbatal.
• Hendaklah adat itu merupakan satu kepastian (iaitu perkara yang wajib
dipakai menurut sebahagian masyarakat Islam).
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Aplikasi Kaedah Fiqh
Contoh semasa:
• Jual secara unjuk-unjuk (Bay’ al-Mu‘atah (‫))المعاطاة‬
• Seorang kanak-kanak yang belum baligh diuji kemampuannya menyerahkan
barang (jika bapanya peniaga). Dia hendaklah diuji sekurang-kurangnya dua
kali, hingga kebiasaan itu menunjukkan kecerdikannya.
• Adat kebiasaan transaksi jual beli dilakukan dengan secara al-ta’ati (‫)التعاطي‬,
yang biasanya dilakukan tanpa lafaz ijab dan qabul cukup dengan perbuatan
serah duit dan serah barang.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Dalam bidang mu’amalat yang paling banyak mendapat perhatian para ulama
untuk membincangkannya
Bai Al-Salam (‫)السلم‬
Jual beli melalui tempahan seperti menempah pakaian, makanan dan
sebagainya dengan didahulukan bayaran manakala barang akan diserahkan
kemudian setelah tempahan tersebut selesai.
Satu-satunya bidang mu’amalat yang diasaskan oleh amal ahli Madinah (urf)
berbanding jual beli (‫)البيع‬, hutang, sewaan, qard al-hasan dan lain-lain yang
diasaskan oleh nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Jual beli (‫)البيع‬
Dr Mustafa al-Bugha telah menyatakan bahawa bai al-salam ini berasal daripada jual
beli barang yang tidak ada (‫ )بيع المعدوم‬namun oleh kerana keperluan masyarakat maka
ia dikecualikan daripada kategori tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa hadith
Abd al-Rahman yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhariy dan sebuah lagi hadith Ibnu
‘Abbas yang diriwatkan oleh kedua-dua imam al-Bukhariy dan Muslim, serta ayat ke-
282 surah al-Baqarah semuanya berkaitan dengan hutang. Maka oleh kerana hutang
telah diharuskan oleh syarak maka jual beli secara tempahan (bay’ al-salam) juga
adalah harus.
1- Bai al-Mu’atah (pertukaran tangan).
2- Jual beli dengan bayaran deposit.
3- Menentukan alat untuk sukatan atau timbangan dalam jual beli.
Ahli Baghdad menggunakan cupak yang dikenali sebagai cupak Baghdad.
4- Penggunaan mata wang bagi tujuan pembayaran.
Setiap tempat menggunakan mata wang yang tersendiri.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Sewaan atau upah (‫)اإلجارة‬
• Perihal barang keperluan akibat daripada alat yang disewa.
Seorang yang menyewa mesin jahit maka ia tidak memasukkan pembiayaan
benang di dalam akad sewaan tersebut. Begitu juga orang yang menyewa
kereta tidak boleh menuntut harga petrol daripada tuan punya kenderaan.
• Kewajipan membayar upah.
Seorang yang menyerahkan kain kepada tukang jahit tidak perlu
mensyaratkan upah bagi pekerjaan tersebut kerana kebiasaan setiap
pekerjaan dibayar upah. Maksudnya syarat untuk membayar upah tidak
diperlukan dalam akad.
5. ٌ‫ا ْلعَادَة ُم َح َّك َمة‬ (al-’Adah Muhakkamah)
Pawah
Pawah adalah bentuk upah memelihara binatang yang diamalkan oleh sebahagian
penduduk di beberapa kawasan di Malaysia dan menjadi adat atau curf sehingga kini.
Sekiranya mereka memawah lembu betina untuk dipelihara oleh seseorang, anak
pertama dan kedua akan dikembalikan kepada hak milik tuannya yang asal manakala
anak ketiga akan menjadi milik orang yang memelihara (sebagai upah). Seterusnya
anak keempat dan kelima akan kembali kepada tuannya dan anak keenam menjadi
hak milik orang yang memelihara dan begitulah seterusnya
Imam al-Qurtubi (671H) di dalam menghuraikan ayat 26 surah al-Qashash beliau
berpendapat “tidak harus akad al-Ijarah yang difahami sebagai pawah. Iaitu
menetapkan upah memelihara binatang dengan anak yang bakal dilahirkan oleh
binatang berkenaan. Kerana sesuatu yang belum terjadi itu merupakan sesuatu yang
belum pasti.”
Sekiranya dirujuk kepada tafsiran ini, maka ‘urf sebegini tidak boleh diamalkan
sebagai sebahagian dari al-Ijarah. Namun sekiranya ‘urf sebegini diambil kira sebagai
asas bagi menentukan keharusan akad pawah maka ia dibolehkan kerana selama ini ia
berjalan dalam masyarakat tanpa menimbulkan sebarang persengketaan.
KESIMPULAN
• Qawaid Fiqhiyyah merupakan kaedah penting dalam menyelesaikan masalah
dan isu-isu muamalat yang baru timbul
• Isu muamalat ini dapat diselesaikan dengan merujuk kepada pecahan (furu’)
di bawah qawaid fiqhiyyah yang bersumberkan al-Quran dan sunnah dalam
mengithbatkan hukum.

Anda mungkin juga menyukai