Anda di halaman 1dari 12

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PPG Kohort 1/JUN 2011 Pend. Islam 1


KESUKARAN
KEMUDAHAN
MENGANDUNGI

3/31/15

Kaedah Ketiga

Kesukaran mengandungi
kemudahan

Kaedah ini bermaksud, apabila


terdapat sesuatu kesusahan atau
kesulitan dalam menunaikan dan
melaksanakan perintah Allah, maka
perintah itu diringankan , tidak seperti
asalnya.

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis :


:a)Sebagaimana firman Allah

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,


dan ia tidak menghendaki kamu menanggung
.kesukaran
:b)Firman Allah lagi

Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu


menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

c)Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat


:oleh Buhari dan Muslim

Berdasarkan kaedah ketiga tersebut, meletakkan


bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba,
untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada
kita bahawa agama Islam itu membawa konsep
kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan
bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu,
mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau
kesusahan yang menjadi sebab keringanan.

Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan


seharian manusia mempunyai taklif yang juga
berbentukmusyaqqahatau kesusahan seperti: kewajipan
mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan
menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan
merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif
tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari
segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada
manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain
juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut
tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan
atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut
dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia
tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka
tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan
kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib
kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t.

TujuanMusyaqqah

a.Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan


kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada
garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang
dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga
boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau
harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini
boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang
yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara'
memberi kemudahan kepada pesakit untuk
meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.
b.Adapunmushaqqahatau kesusahan biasa yang tidak
boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu
kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri
dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan
cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi
sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

Sebab-sebab Rukhsah

Menurut penelitian ulama, terdapat


beberapa sebab kesusahan yang dapat
memberi keringanan terhadap
perlaksanaan hukum syarak. Antara
sebab atau rukhsah dalam melakukan
ibadat dan lainnya terbahagi kepada
tujuh perkara:

Sebab-sebab Rukhsah

Pertama: Musafir atau mengembara, maka hukum syara'


mengharuskan qasar sembahyang, meninggalkan puasa, menyapu khuf
lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.
Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah
terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia
bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau
bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan
atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau
berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud
secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikaf diharuskan ia
keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan
ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan
harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan
pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan, orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu
tindakakan yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti
dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz
dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepadaAllah.

Sebab-sebab Rukhsah

Keempat: Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan.


Seperti mereka yang makan atau minum secara terlupa tidaklah
membatalkan puasa.
Kelima: Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa
kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya
telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka
syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.
Keenam:Umum al-Balwa(kesukaran dalam perkara)juga termasuk di
dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena
penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu
terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam
keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid
dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.
Ketujuh: Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak
dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum
perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat,
jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan
emas.

Pecahan Kaedah
Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:

a)Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.


Contohnya seorang wanita yang kehilangan walinya (tidak
diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan
tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia
melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi
mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu,
diharuskan perempuan yang beridah keluar rumah apabila
keadaan mendesak seperti bekerja untuk saraan hidup.

Pecahan Kaedah
Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:

b)Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi


sempit.
Maksudnya apabila darurat telah telah menimpa seseorang
atau jemaah, kalau beramal dengan hukum asal yang
disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan
membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana
itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi
mana darurat itu masih wujud. Inilah makna sesuatu perkara
apabila tersepit akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang
darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia
disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan apabila menjadi luas
sesuatu perkara, maka ia akan sempit.

Disediakan oleh:

Zalina bt Hashim
690505-09-5174

Murtakiah bt Hj Abdul
Kadir
690726-08-5324

Noor Zulfatul Zahiah


binti Abdul Karim
691120-08-5586

Salma bt harun
700102-03-5640

Anda mungkin juga menyukai