Anda di halaman 1dari 20

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru

EDU3108
Noor Zulfatul Zahiah Abdul Karim
691120-08-5586
Salma binti Harun
700102-03-5640
Murtakiah binti Haji Abd Kadir
690726-08-5324
Zalina binti Hashim
690505-09-5174
Etika Keguruan.
 Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika
adalah sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang
meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan
kewajiban dan tanggungjawab moral.
 Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan
ketetapan yang telah digariskan terhadap setiap perlakuan
untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat
diperolehi seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,
dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji
dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu
tenggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan
etika keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam
usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru yang
mempunyai sahsiah yang terpuji.
 Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah
banyak menyaksikan pelbagai isu negatif yang
telah menafikan akauntibiliti dan etika perguruan
dalam kalangan guru pada masa kini.
 Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes
tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu
yang melibatkan etika perguruan yang tidak
menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda
penurunan, malah graf pada statistik kajian ke
atas perkara ini memaparkan lonjakan angka
yang menggambarkan betapa parahnya isu etika
perguruan yang sedang berlaku.
Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei dalam
tahun 2007, lebih 200 aduan telah diterima oleh pihak
Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku yang melibatkan
guru. Terdapat beberapa jenis kesalahan utama yang telah
dikenalpasti dalam aduan-aduan yang telah dibuat, seperti
rasuah, tidak hadir bertugas, gangguan seksual, pecah amanah,
penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Berikut merupakan
analisis jumlah peratus kesalahan yang telah dilaporkan.
Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk
akhbar bercetak dan juga akhbar yang diakses melalui
internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang
dengan topik etika perguruan. Berkesinambungan dengan
analisis aduan yang terdapat di dalam Rajah 1. Berikut
merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika
perguruan yang terdapat di media massa dari tahun 2008
sehingga ke hari ini :
Isu etika perguruan yang semakin parah dan berpotensi
tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang
pelbagai kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap
akauntabiliti dan integriti perguruan, ekoran daripada
tindakan guru yang menyalahi etika perguruan.
Murid
Guru
Sekol
ah
Profesion
Masyarak
at
 Murid akan trauma untuk datang ke sekolah
 Murid-murid lain berfikiran negatif terhadap
guru berkenaan
 Murid tidak berminat mengikuti pembelajaran
dan pengajaran guru terbabit
 Murid tidak menghormati kerjaya guru
 Menimbulkan permasalahan yang berterusan
kepada proses pembelajaran
 Pengurusan pembelajaran dan pengajaran
tidak berkualiti
 Sistem pembelajaran negara akan tergendala
 Menjejas nama baik guru
 Imej dan maruah guru dipersoalkan
 Guru sebagai “pengganti ibu bapa di sekolah”
untuk mendidik tidak dipercayai dan
dihormati
 Masyarakat tidak yakin dengan kebolehan
guru dalam mendidik
 Kekurangan sumber guru yang berkualiti
 Hilang integriti pada seorang guru


 Masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah
sebagai institusi yang selamat
 Sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi
pendidikan yang memberi pendidikan
berkualiti kepada murid

 Generasi muda tidak berminat untuk menjadi
guru
 Kekurangan generasi muda yang berbakat untuk
mendidik anak bangsa
 Tidak dapat melahirkan guru-guru yang
berkemahiran dalam pelbagai aspek
 Kekurangan generasi muda yang ingin menceburi
bidang perguruan
 Mencabar kewibawaan profesion perguruan
 Melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir
 Jatuhnya akauntabiliti profesion perguruan
 Hilang kepercayaan masyarakat terhadap
nilai-nilai murni seorang guru
 Persepsi sinis dari ibu bapa

 Pengaruh yang dibawa oleh permasalahan
tidak mematuhi kod etika perguruan
terhadap profesion perguruan adalah begitu
luas sehingga menjejaskan imej semua guru
di negara kita.





a) Sikap guru itu.
 Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam
diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang
sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut
akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir
sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak
bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta
mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung
melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka
tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan
kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan
dan secara tidak langsung merendahkan martabat
keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat
yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu
faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi
komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.

b) Persekitaran
 Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru
yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang
harmonis akan memberikan komitmen
sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan
kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit
sebanyak persembahan guru tersebut dalam
pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di
sekolah yang persekirannya agak pasif maka
guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya
hilang motivasi kerja dan tidak memberi
komitmen yang sepenuhnya.

c) Bebanan kerja
 Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani
kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk
mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid
untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru
tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya
oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu
diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan
menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi
kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar
terganggu


 Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari
kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi
kursus dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan guru yang
berwibawa pada masa akan datang.
 Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru
Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai
prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga
tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.
 Amalkan budaya CAKNA dengan menjelaskan garispanduan dan pekeliling
untuk sentiasa ingat mengingati sesama guru.
 Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai
elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum
mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.
 Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas
kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku
guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan dalam undang-
undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain agar tidak
melakukan kesalahan yang sama dan berulang.
 Guru yang beretika sentiasa mempamerkan ciri-ciri
kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran
etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas serta
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi
kepada penyempurnaan tugasannya di sekolah setiap
masa dan waktu.
 Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam
kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap
optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari
kesilapan dan kelemahan.
 Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak
mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain
dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik
melihatsemuanya dari sudut yang serba berkemungkinan
berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri
peribadi mahu pun aspek organisasi.

 Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin
Miskon,(2012) Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional,Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
 Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), Kemahiran Sosial
Asas. Kuala Lumpur : Utusan
 Publications & Distributors.
 http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76039
2/1/
 cuepacs.blogspot.com/2009/.../guru-bermasalah-
elok-ke-pejabat.htm
 http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/k
od-etika-perguruan-malaysia.html#!/2012/02/kod-
etika-perguruan-malaysia.html

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."
Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.