Anda di halaman 1dari 10

Teks Forum

Isu Penampilan Guru

Moderator:

Salam sejahtera, Selamat pagi, bersama-sama kita pada pagi yang mulia ini dalam
Forum Semasa bagi membincangkan Isu Penampilan Guru. Pada hari ini kita akan
bersama-sama tiga orang panel yang cukup cakna bagi bersama-sama kita untuk
membincangkan tajuk forum kita pada pagi ini. Panel kita yang pertama ialah
Saudara Leslie Micheal Chang. Selamat datang saudara.

Panel kita yang kedua yang kelihatan cukup tampan pada hari ini, saya
perkenalkan saudara Muhammad Farid Zakwan Bin Sahat. Selamat datang. Terima
kasih kerana sudi hadir pada hari ini.

Seterusnya mari kita berkenalan dengan panel kita yang ketiga. Saudara
Zulkifly Omar. Selamat datang.

Baiklah hadirin sekalian, semestinya anda semua tidak sabar lagi untuk
mendengar pandangan ahli panel kita terhadap isu kita pada hari ini. Sekali lagi tajuk
forum kita ialah Isu Penampilan Guru. Terlebih dahulu izinkan saya untuk
mmeberikan sedikit gambaran terhadap isu ini. Isu penampilan guru sudah timbul
sejak berlakunya peningkatan di dalam profesionalisme keguruan. Berdasarkan
Stewart (2005), beliau mendefinisikan penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan
personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan sebagai seorang guru. Berdasakan
kajian-kajian lepas menunjukkan sikap, nilai, dan kepercayaan guru tentang pelajar
membawa kesan kepada pembelajaran dan perkembangan pelajar (Collinson et.
Al.,1999). Penampilan yang ditunjukkan atau dihasilkan oleh guru membolehkan
murid menjadikannya contoh dan ikutan.

Baiklah soalan pertama saya kepada panel pertama, apakah sebenarnya


punca berlaku isu-isu berkaitan penampilan guru seperti ketidaksesuaian pakaian
dan penampilan yang melibatkan fesyen rambut dan aksesori yang kadang kala
keterlaluan? Silakan saudara.

1
Panel 1: Terima kasih saudara moderator.

Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjemput saya pada hari
ini. Baiklah bagi menjawab persoalan yang telah dilontarkan oleh saudara moderator,
berkaitan isu penampilan guru, guru sepatutnya mematuhi etika pakaian yang telah
disarankan oleh kementerian di dalam pekeliling pakaian yang telah dibuat. Isu
penampilan ini timbul apabila guru tidak lagi mengikut pekeliling yang telah
ditetapkan. Guru lelaki tidak memakai tali leher dengan kemas, memakai kemeja
berlengan pendek dan bercorak yang terlalu menyerlah. Mereka juga tidak dapat
mengenakan pakaian mengikut situasi dan kepentingan sebagai contoh guru
tersebut memakai kasut sukan semasa acara rasmi diadakan. Bagi guru wanita pula
ialah pakaian yang terlalu menonjol seperti baju kebaya yang terlalu ketat sehingga
menampakkan susuk tubuh dan warna yang terlalu terang sehingga mengganggu
fokus pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Terdapat juga guru
yang memakai skirt pendek ketika disekolah. Antara punca-punca lain masalah
penampilan guru ialah sikap, persekitaran dan bebanan kerja.

Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah
mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama.
Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya
setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah
serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini
secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah
melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara
tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain
ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor
menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya
kepada sekolah.

Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran


sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak
persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di
sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan
akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.

2
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah
satu faktor yang menyumbang kepada masalah penampilan guru. Tekanan kerja
yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar
demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah
dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru
tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir.
Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang
melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada
guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu. Saya rasa itu sahaja dari
saya, kembali kepada saudara moderator.

3
Moderator: Baiklah terima kasih diucapkan kepada saudara Leslie atas penerangan
yang cukup panjang lebar sebentar tadi. Seterusnya kita beralih kepada panel kita
yang kedua, saudara Farid. Baiklah saudara Farid, apakah implikasi masalah
penampilan guru ini sama ada kepada guru itu sendiri dan juga kepada
persekitarannya.

Panel 2: Terima kasih tuan moderator. Baiklah izinkan saya untuk menjawab
persoalan tersebut. Etika pakaian guru menjadi fokus di dalam isu penampilan guru
ini. Ini adalah kerana pelajar menilai guru secara nyata dan apa yang mereka
nampak. Nilai tanggungjawab, kepimpinan dan lain-lain nilai yang melibatkan
dalaman seorang guru tidak dapat dilihat oleh murid malah ia memerlukan masa
untuk seseorang mengenali nilai dalaman seseorang. Howard (2007) telah huraikan
4 ciri utama yang merangkumi penampilan guru serta sahsiah yang secara
signifikannya dapat menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih baik. Penampilan
untuk perbezaan adalah ciri pertama yang dinyatakan di mana sebagai seorang
guru, kita perlulah mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya. Maka harus
diambil kira kecenderungan murid untuk meniru guru mereka. Andainya guru mereka
berpakaian selekeh, hal ini akan menyebabkan mereka befikir bahawa cara
berpakaian itu adalah betul. Jika guru tidak mampu membezakan diri mereka dengan
murid, maka rasa hormat masyarakat dan murid terhadap guru akan hilang.

Seterusnya kedua ialah penampilan untuk berdialog. Pakaian adalah salah


satu cara berdialog tanpa suara yang ditunjukkan oleh guru. Pakaian yang kemas
dan teratur menjadikan orang di sekeliling lebih yakin untuk berbincang dan
berdialog. Namun seandainya penampilan guru tidak memuaskan, selekeh, baju
tidak bergosok maka hal ini akan menyebabkan guru kehilangan kredibiliti.
Masyarakat akan hilang keyakinan terhadap guru. Bagaimanakah mereka hendak
menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka tidak berkeyakinan dengan guru-
guru di sekolah tersebut.

Terdapat juga guru yang memakai skirt pendek ketika di sekolah. Guru wanita
juga tidak mengenakan kasut yang sesuai di mana mereka perlulah memakai kasut
yang bertutup dan bertumit sekurang-kurangnya satu inci. Tidak memakai tanda
nama adalah satu masalah yang paling utama di dalam isu etika berpakaian ini.
Rata-rata masalah ini timbul di kalangan guru lelaki dan juga wanita. Hal seperti ini

4
akan menjadi contoh kepada murid-murid. Semua ini akan memberikan gambaran
negatif kepada profesion keguruan. Kerjaya guru seharusnya dipandang sebagai
sebuah profesion beretika, seandainya penampilan guru itu tidak berpakaian
menurut garis panduan, maka profesion keguruan akan dipandang rendah oleh
masyarakat.

Moderator: Baiklah Terima kasih diucapkan kepada saudara Leslie. Seterunya,


saudara Zulkifly, bagaimanakah harus kita menangani masalah ataupun isu
penampilan guru ini. Silakan saudara.

Panel 3: Terima kasih saudara moderator. Baiklah, untuk menangani masalah ini,
pihak atasan sekolah ataupun pihak pentadbir perlulah memainkan peranan yang
penting. Pihak atasan perlulah merangka satu peraturan yang tetap dan fleksibel di
mana peraturan tersebut mudah diikuti dan boleh berubah di dalam situasi-situasi
tertentu. Pihak atasan juga perlulah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan
menjadi contoh kepada guru lain. Jika mereka berjaya melaksanakannya maka guru
lain akan lebih mudah untuk mengikuti peraturan tersebut. Berdasarkan teori tret
(teori tradisional), Wright (1996) menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan
antara pemimpin dengan pengikut berdasarkan mana-mana sifat peribadi pemimpin
yang khusus. Jika pemimpin tidak mengikut peraturan maka tidak mustahil guru lain
juga tidak mengikut peraturan. Teori Semasa (Kepemimpinan Moral) memberikan
perhatian kepada nilai dan etika pemimpin di mana penggunaan kuasa dan
pengaruh adalah amat penting. Sergiovanni (1992) menyatakan bahawa
kepemimpinan moral sebagai satu bentuk bimbingan yang dapat memotivasikan
orang lain melalui satu prinsip dan pegangan nilai yang terpuji. Pemimpin yang
menunjukkan nilai positif pasti akan dicontohi oleh guru-guru lain.

Guru juga perlulah ada kesedaran diri tentang tanggungjawab terhadap


jawatannya. Guru adalah seorang pemimpin di kelas dan guru menjadi contoh
kepada pelajar yang diajarnya. Guru perlu sedar bahawa kita sentiasa diperhati oelh
pelbagai pihak dan setiap perilaku kita akan dinilai. Oleh itu sebagai seorang guru,
kita perlulah sedar bahawa penampilan yang sentiasa kemas menjadikan orang
tertarik dan yakin dengan apa yang kita sampaikan. Teori tingkah laku menyatakan
bahawa tingkah laku itu boleh dibentuk dan dipelajari secara formal atau pun tidak.

5
Kebiasaan guru dalam etika pakaian yang betul menjadikan mereka suda terbiasa
untuk tampil lebih kemas dan segak. Berdasarkan Teori Y, jika guru sedar akan
tanggungjawab terhadap jawatannya, maka mudahlah kerjasama dihasilkan dan
banyak masalah-masalah kecil di sekolah dapat diselesaikan.

Pihak kementerian dan pentadbir sekolah juga perlulah lebih tegas di dalam
menangani masalah ini. Tindakan tatatertib perlulah dikenakan kepada guru yang
sentiasa melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah dan juga pekeliling
yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Sikap pentadbir yang tidak ambil berat
terhadap isu ini menjadi guru-guru semakin melupakan etika pakaian yang
sepatutnya dikenakan ketika berada di sekolah dan sebagainya. Tindakan yang
boleh dikenakan seperti menarik ataupun menahan pengeluaran gaji guru dan boleh
juga dibuat pengantungan perkhidmatan kepada guru yang kerap melanggar
peraturan pemakaian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun keterbukaan itu
perlu. Berdasarkan Teori Kontijensi (Fiedler, 1967), tidak terdapat satu cara terbaik
dalam memimpin sebuah organisasi. Sebelum sesuatu tindakan dikenakan, pihak
pentadbir perlulah melihat dari semua segi dan keadaan kenapa guru tersebut
melanggar etika pakaian yang telah dibuat. Pihak pentadbir tidak boleh hanya
mendengar desas desus mengenai pakaian yang dipakai oleh guru tersebut dari
guru lain sahaja dan terus beranggapan bahawa guru tersebut salah dari segi etika
pakaiannya.

Secara kesimpulannya, isu etika ini tidak akan berakhir jika tiadanya
kesedaran dalam diri setiap pihak. Tidak kira pihak yang memimpin ataupun pihak
yang dipimpin. Seperti peribahasa melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika bengkok rebung yang kita bentuk maka bengkok jugalah buluh yang akan
terhasil. Jika kesedaran tentang isu ini masih diambil remeh maka buruklah hasilnya
dan semakin teruklah isu ini terus bangkit tanpa ada penyelesaian. Setiap guru perlu
sedar bahawa tanggungjawab terhadap jawatan yang diberi bukanlah satu tugas
yang mudah. Banyak yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Sebagai seorang guru
isu etika pakaian ini tidak boleh dipandang remeh. Abdullah, Abdul dan abdul (2007)
menyatakan bahawa kepemimpinan tranformasi guru memperlihatkan iltizam yang
tinggi dapat menjana tahap motivasi dan nilai moral yang terpuji. Penampilan guru itu

6
sendiri dapat memberi pendidikan tidak formal kepada pelajar dalam membentuk
nilai diri yang positif dan membantu mereka menjadi insan yang berguna dan
berketerampilan.

Moderator : Baiklah terima kasih kepada saudara Zulkifly. Baiklah, ketiga-tiga panel
kita telah berkongsi pengalaman. Diharapkan semua persoalan telah terjawab dan
maklumat-maklumat yang disampaikan oleh ahli panel kita dapat dihadam dengan
baik oleh kita semua. Baiklah bagi menyimpulkan perbincangan pada hari ini saya
buka kepada ahli panel kita yang pertama untuk membuat kesimpulan. Dipersilakan.

Panel 1: Terima kasih saudara moderator. Kesan-kesan yang dihadapi oleh guru
masih lagi boleh dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang positif perlu
dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-
punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan.
Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan
tekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa
bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang
mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya


seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu
mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka
bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin
yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan.

7
Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia
pendidikan pada hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun
tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan
tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada
sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah


kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat
kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan
berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka
seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

8
Rujukan

Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.

Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50.

Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan

Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa.
Komuniti. Berita Harian.

N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa Memahami. Berita


Harian.

Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p.18.

Peduli? Massa, p. 56.

Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2012) Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional,Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

9
10

Anda mungkin juga menyukai