Anda di halaman 1dari 2

 

isu dan etika dan perundangan guru di Malaysia dan dilema yang dialami oleh sseeorang guru
dalam menjalankan kerjaya keguruan.

Punca yang boleh menyebabkan seseorang melanggar etika perguruan adalah disebabkan
tekanan yang dihadapi. Oleh itu, tidak hairan jika tekanan kerja yang dialami oleh guru
menyebabkan segelintir guru hilang pertimbangan semasa mengenakan hukuman terhadap
murid. Selain tugas-tugas hakiki, guru juga dipertanggujawabkan menyelesaikan masalah-
masalah berkaitan isu longkang sumbat, isu siling bocor dan lain-lain merupakan antara
bebanan yang terpaksa dipikul oleh guru. Pengharapan untuk menaikkan tahap akademik
pelajar dan sekolah turut meningkatkan tekanan kerja para guru selain tanggungjawab remeh-
temeh yang terpaksa digalas mereka. Di samping itu, bidang perguruan adalah satu profesion
yang amat terdedah kepada tekanan. Tekanan yang dihadapi oleh guru boleh memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini berlaku apabila guru tidak mampu untuk mengawal emosi akibat tekanan. Oleh itu,
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru ini perlu dianalisis dengan lebih mendalam lagi agar
tidak menjejaskan hubungan guru dengan murid termasuklah mutu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, emosi yang tidak stabil akan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perbuatan di
luar kewarasan akal. Emosi yang tidak stabil ini boleh terhasil apabila guru tidak mencapai
keperluan peribadi. Misalnya, seorang guru mempunyai sasaran terhadap tingkahlaku murid
agar tidak bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila telah
berulang kali tingkah laku yang sama dilakukan, guru akan merasa kecewa rasa putus asa dan
akhirnya menyebabkan guru bertindak diluar kawalan kerana berasa tercalar apabila murid
ingkar arahannya.

Di samping itu, hal ini juga berlaku disebabakan graduan yang menjadikan kerjaya guru sebagai
pilihan terakhir mereka tidak mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik. Mereka juga dilihat
kurang memberikan komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan dan mempunyai etika
kerja yang lemah. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh
menjadi guru sandaran atau guru sementara. Hal ini kerana pada asasnya profesion keguruan
sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar mendidik manusia.

Anda mungkin juga menyukai