Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan isu yang dihadapi dalam pentaksiran secara atas talian.

Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan selaras dengan arahan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) memberi cabaran baharu kepada warga pendidik untuk
memastikan pelajar mereka terus dapat belajar. Pembelajaran dalam talian terutama google
classroom yang diamalkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup
membantu guru dan pensyarah selain aplikasi google meet bagi membolehkan interaksi secara
terus dengan pelajar dapat dilakukan. Para guru dan pensyarah turut memanfaatkan media
sosial seperti whatsapp dan telegram dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai
maklumat, arahan dan latihan. Melaksanakan pentaksiran dalam talian ternyata bukanlah
sesuatu keputusan yang mudah malahan mengundang keresahan kepada para pelajar, para
pendidik malahan institusi pengajian tersebut. 

Bagaimanapun, tidak semua mendapat manfaat tersebut kerana pentaksiran dalam talian
hanya berkesan sekiranya capaian internet dapat dinikmati secara meluas bukan sahaja di
bandar tetapi juga di luar bandar dan kawasan pedalaman. Ini adalah antara cabaran utama
dalam usaha kerajaan mengoptimumkan sepenuhnya pembelajaran dalam talian dalam sistem
pendidikan negara, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh PKP ini. Terdapat banyak kekangan
dalam kalangan murid semasa pentaksiran secara online dilakukan. Mereka masih belum dapat
menyesuaikan diri memasuki pentaksiran maya seperti ini kerana suasananya yang berbeza
daripada kelas harian biasa. Selain itu, halangan lain yang menyebabkan mereka tidak dapat
turut serta dalam pentaksiran maya disebabkan tiada kemudahan internet dan peralatan.

Di samping itu, didapati masih ramai lagi pelajar yang kurang berkemahiran dalam penggunaan
teknologi maklumat bagi membolehkan mereka menyampaikan bahan pengajaran dalam talian.
Sesetengah pelajar berhadapan dengan kekangan teknologi dari segi ketiadaan alatan dan
capaian internet yang optimum. Malahan, ada antara mereka juga tidak mempunyai ruang dan
persekitaraan yang kondusif di premis masing-masing sekali gus boleh mengganggu emosi dan
kesediaan mereka menduduki peperiksaan. Sentimen yang sama juga turut dirasai para pelajar
yang tidak mendapat akses kepada bahan rujukan dan mungkin ketinggalan dalam
pembelajaran yang dilakukan sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai