Anda di halaman 1dari 18

PENTAKSIRAN

KEMAHIRAN MENULIS

Roslizah Binti A.Samad


Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Page 1
PENGENALAN
• Menurut UNESCO (1980) kemahiran menulis merupakan salah satu hak
asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan
terhadap rakyatnya.
• Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan
kemahiran menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap
literasi di Malaysia, khususnya dalam bahasa Melayu.
• Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang selari
mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang.
• Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi
dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi
bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.

Page 2
• Dalam mentaksir kemahiran menulis guru boleh membuat rujukan
berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan
bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut.
• Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat
pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat
hasil kerja murid.
• Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang
terdapat dalam penulisan.
• Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran
yang perlu diuji.
• Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama
huruf besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak
lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah
kelemahan murid dalam penulisan.
Page 3
Matlamat Ujian Menulis
• Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata
dan perasaan.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.
• Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh
anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang
pembelajaran.

Page 4
Kepentingan Menguasai Kemahiran Menulis

• Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang


menguasai kemahiran belajar
• Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.
• Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat
mengelakkan rasa jemu dan bosan pelajar.
• Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara
serentak dalam bilik darjah.

Page 5
Tujuan Menulis
• Tujuan Serta-merta
• Tujuan Lanjut
• Tujuan Khusus
– Memberi respon
– Komunikasi
– Ekspresi kendiri
– Sifat sejagat
– Mengikut peraturan
– Proses pembelajaran

Page 6
Tujuan Serta-merta
a. Membina asas yang kukuh untuk menulis dengan baik, cekap dan
pantas.
b. Mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-
ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
c. Mengulangi pelajaran dengan cara membaca tulisan yang tercatat
atau buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.
d. Melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk
tulisan
e. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang
f. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan
kata, perkembangan bahasa dan tulisan.
g. Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.
Page 7
Tujuan Lanjut

a. Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat


menerusi penulisan.
b. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan
perasaan.
c. Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi
kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan
sendiri dan orang ramai umumnya.

Page 8
Tujuan Khusus Memberi Respond
• Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara
dengan menggunakan bahasa sebagai perantara.
• Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi
terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang
digunakan semasa menulis.
• Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku
sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan
persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.
• Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam
situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan
keindahan alam atau perwatakan manusia.

Page 9
• Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran,
idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau
pembaca dengan menggunakan bentu grafik.
• Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Page 10
Tujuan Khusus Komunikasi
• Proses komunikasi memerlukan hubungan dua hala antara penulis
dengan pembaca.
• Penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan agar pembaca
dapat memahami mesej yang disampaikan.
• Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi.
• Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea
konstruktif dalam kalangan penulis.
• Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami
antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-
masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.

Page 11
Ekspresi Kendiri

• Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya


memberi peluang kepada penulis menyatakan idea, harapan, falsafah
hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya
kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.
• Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar
sering dapat ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personalti
pelajarnya.

Page 12
Sifat Sejagat
• Sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut
manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis.
• Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan
menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami
mesej yang disampaikan.
• Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang
dapat ditulis dalam gaya yang berlainan.
• Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya
mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot,
perkembangan watak mahupun peleraian konflik.

Page 13
Mengikut Peraturan
• Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah
bertujuan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej
dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca.
• Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat
bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat
yang disalurkan melalui tulisan.
• Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan
berformat serta penulisan kreatif.
• Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan
itu dapat dipertanggungjawabkan.

Page 14
Proses Pembelajaran
• Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi
pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran secara formal.
• Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang
begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan
tanpa sebarang halangan komunikasi.
• Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca
menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang
mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.

Page 15
Pelaksanaan Ujian Diagnostik Menulis

• Terdapat dua buah instrument ang digunakan iaitu Instrumen Tahap 1


dan Instrumen Tahap 2
• Kedua-dua buah instrumen menggunakan skala Likert 5-mata bagi
menilai penguasaan kecekapan menulis dalam bahasa Melayu. Nilai
mata dalam skala ialah:
1. Sangat lemah
2. Lemah
3. Sederhana
4. Baik
5. Sangat baik

Page 16
Instrumen Tahap I
• Dalam komponen kemahiran menulis asas, terdapat subkomponen
mekanis dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis, dan bina-Iengkapkan.
• Dalam komponen wacana, terdapat subkomponen koheren dan kohesi.
• Koheren bermaksud kecekapan menyusun idea dan membina makna,
sementara kohesi merupakan kecekapan menyusun ayat secara padu
dan padat untuk membina teks.
• Komponen tatabahasa pula mengandungi subkomponen aspek mekanis,
morfologi, dan sintaksis yang merupakan kecekapan memilih dan
menggunakan tanda baca dan memilih stuktur-struktur bahasa yang
betul untuk berkomunikasi.
• Keseluruhannya, skema analisis Tahap I mengandungi 33 item.
Rujuk Jadual Kandungan Instrumen Tahap I
Page 17
Instrumen Tahap 2
• Menunjukkan kandungan instrumen pengukuhan kemahiran menulis dan
penggunaannya dalam fungsi komunikasi, komponen menulis asas
digantikan dengan komponen sosiolinguistik.
• Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan penulisan dan
khalayaknya (pembaca), komponen wacana meliputi peratlian dan
pertautan, dan komponen tatabahasa mengandungi subkomponen
mekanis, morfologi, dan sintaksis yang mempunyai 3l item kecekapan
menulis.
Jadual Kandungan Instrumen Tahap 2

Page 18

Anda mungkin juga menyukai