Anda di halaman 1dari 11

nota ringkas EDU 3105

SOALAN 1 :

JELASKAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEDIA PENGAJARAN

Maksud Media

Media berasal dari bahasa Latin dan merupakan bentuk jamak dari kata Medium
yang secara harfiah bererti “Perantara” atau “Pengantar”. Media juga adalah suatu
alat yang digunakan sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesanan
(message) atau informasi dari suatu sumber (resource) kepada penerimanya
(reciever) (Soeparno, 1988:1).
Media adalah semua bentuk perantara yang digunakan orang penyebar idea,
sehingga idea atau gagasan itu sampai pada penerima (Santoso S.hamijoyo). Media
juga merupakan segala bentuk yang digunakan untuk proses penyaluran informasi
oleh AECT. Selain itu, media adalah segala benda yangdimanipulasi, dilihat,
didengar, dibaca, atau dibicarakan beserta instrumen yangdigunakan untuk kegiatan
tersebut (NEA). Menurut Heinich, 1993, media merupakan alat saluran
komunikasi (Heinich, 1993).
Menurut Brigg, media juga adalah segala alat fizik yang dapat menyajikan
pesan yang merangsang yang sesuai untuk belajar. Seterusnya, media merupakan
segala sesuatu yang dapat digunakan yang berfungsi sebagai perantara, sarana,
alat untuk proses komunikasi belajar mengajar (Rohani,1997: 2-3).
Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara
fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru, pengajar, bahan
bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh
menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

DEFINISI PENGAJARAN

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti
untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.

DEFINISI MEDIA PENGAJARAN

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka
media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994) pula,
media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya
yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.
Schramm (1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi
pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala
Briggs (1977) pula berpendapat bahwa media pengajaran adalah sarana fizik untuk
menyampaikan isi pengajaran seperti buku, filem, video dan sebagainya. Menurut
Brown (1973), mengungkapkan bahwa media pengajaranyang digunakan dalam
kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Pada
mulanya, media pengajaran hanya berfungsi sebagai alat bantu guru untuk
mengajar dan yang digunakan adalah alat bantu visual.
National Education Association (NEA) (1969) mengungkapkan bahwa media
pengajaran adalah sarana komunikasi dalam bentuk cetak mahupun pandang-
dengar, termasuk teknologi perangkat keras. Dapat disimpulkan juga bahawa media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan pesan, dapat
merangsang fikiran, perasaan, dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong
terciptanya proses belajar pada diri pelajar.

SOALAN 2 : NYATAKAN JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN

Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang


kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan
jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang
teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu
domain utama dalam bidang ini. Media terbahagi kepada dua jenis media iaitu media
bercetak dan media bukan bercetak.
Media bercetak ialah media pengajaran yang hanya menggunakan gambar
kaku, foto, lukisan dan cetakan. Antara contoh media bercetak ialah buku, surat
khabar dan buletin.
H.G. Andriese menyatakan bahawa buku merupakan “informasi tercetak di
atas kertas yang dijilid menjadi satu kesatuan”.
Unesco pada tahun 1964, dalam H.G. Andriese memberikan pengertian buku
sebagai “Publikasi tercetak, bukan berkala, sekurang-kurangnya sebanyak 48
halaman”.
Surat khabar pula merupakan media cetak yang diterbitkan dengan
memuatkan informasi terkini sama ada di dalam atau luar negara.
Buletin diterbitkan untuk kalangan tertentu atau kegunaan organisasi
dalaman sahaja. Media ini biasanya terdiri daripada beberapa halaman dan
berkonsep sederhana serta bukan untuk tujuan komersial.
Manakala media bukan bercetak pula terbahagi kepada dua bahagian
iaitu media tayang dan media bukan tayang. Media tayang terdiri daripada
beberapa contoh seperti transparensi dan slaid.
Transparensi merupakan semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada
menggunakan tangan atau komputer secara terus di filem transparensi. Maklumat
yang terdapat pada transparensi ditayangkan secara terus kepada penonton melalui
projektor lutsinar atau lebih dikenali sebagai projektor OHP.
Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan
sejenis transperansi positif berukuran kecil. Segala maklumat yang terdapat pada
slaid boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada
skrin tayangan. Pita slaid mengandungi slaid (pandang/visual) dan pita rakaman
(dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau
dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau
berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif.
Berbeza pula dengan media tayang gerak, maklumat direkodkan dalam
bentuk video dan sebagainya.Video merupakan salah satu daripada media bergerak
dan boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam
penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada
keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau
bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan
pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan
dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga
berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atauperistiwa-
peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.Video
berupaya merakam imej dekat dan jauh. Hal ini bermakna video boleh
memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan juga boleh
dilihat oleh penonton.

Terdapat pelbagai contoh media bukan tayang yang terdapat dalam era ini.
Antara contoh media bukan tayang ialah grafik, gambar kaku, media
pameran,media paparan dan media audio.

Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan


konkrityang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Hal ini
bermakna fungsi utama grafik adalah untuk meningkatkan
komunikasi dalampengajaran. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan
pengajaran , adalahberdasarkan kualiti yang ada pada grafik tersebut. Kualiti
grafik terhasildaripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang
digunakan. Grafikadalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik
ialah kombinasigambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angk
a, perkataan,lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi
konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan
maklumat.

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara


yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta
selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satuproses atau
pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna
dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan
pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama
sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnyamelalui visual.
Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time
lines), carta aliran (flow chart) dan graf.

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan


penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam
satupersembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej
tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa
atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam
bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi
menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus
berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau
peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
Kad Imbasan (Flash Card) merupakan satu kad yang mempunyai
maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan
sebagainya.Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya
merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah.
Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8  daripada kertas manila.

Kad Gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Pada


kebiasaannya kad ini berukuran ¼ daripada kertas manila. Selalunya hanya satu
gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai
digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan


kerana tidak perlukan sebarang alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam
pelbagai cara dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan
untuk semua bidang pembelajaran.

Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu
mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur,
Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis.


Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi
permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah
dipadamkan.

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan


melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas
papan tersebut.

Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya


perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip
boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Beberapa helain kertas diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan
helaian kertas yang berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.

Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat


daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta
untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan
kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat
secara
mudah alih serta berkaki.
Papan Flanel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular
di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada
satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan
berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua
keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini
dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain
flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada
bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke
atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Papan Gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau
disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik
darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine
atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu
keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici
terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan
tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru
yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut
memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Papan Slip ialah papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana


kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat
daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit
hampir-hampir sama dengan papan flanel.

Papan Elektronik lebih biasa dipanggil “Smart Board” atau “Interactive White


Board”. Papan jenis ini berciri interaktif dan merupakan sejenis papan putih yang
memaparkan imej daripada monitor komputer. Permukaan papan ini berfungsi
sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini
mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan
elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini. Hal
ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan
elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

            Audio bermaksud pendengaran atau penerimaan bunyi. Berkait rapat dengan
audio visual sebagai alat komunikasi yang dapat di dengar dan dilihat.  Media audio
ialah media pengajaran yang hanya menggunakan kemampuan suara sahaja,
seperti radio dan tape recorder. Media pengajaran ini sesuai untuk orang yang
mempunyai masalah pendengaran.
SOALAN 3 :
HURAIKAN BAGAIMANA MEDIA PENGAJARAN DAPAT MENINGKATKAN
MUTU PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN
           
Melalui perbincangan sebelum ini mengenai media pengajaran yang telah
digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah. Ia amat membantu
guru dalam meningkatkan mutu P&P guru dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru
mestilah berupaya untuk mengaplikasi media pengajaran ini dengan efektif agar
murid dapat memperolehi pengajaran semaksimum yang boleh.
            Menurut Kemp & Smellie (1994), mengatakan bahawa media pengajaran
adalah audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi
dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
PENGERTIAN MUTU                                                                                                                          
Dalam aspek pendidikan, mutu adalah suatu keberhasilan proses belajar yang
berkesan dan memberikan kepuasan kepada guru dan murid.
PENGERTIAN KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan


yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif
kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan
merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang
berlaku terhadap anak dididik.

PENGERTIAN KONSEP PEMBELAJARAN                                                  

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman


secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan (Kamaruddin
Hj.Husin,hal. 93).
Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat
mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh
kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif. Pembelajaran biasanya diertikan
sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman
atau latihan yang diteguhkan.
Dalam konteks penggunaan media pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan terbaik adalah bersesuaian dengan keperluan murid dan
membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan media pengajaran dapat
dikategorikan dari 2 aspek iaitu aspek pengajaran ( aplikasi guru ) dan aspek
pembelajaran ( aplikasi murid ).

PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif


pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan
daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum
kepada situasi/media yang abstrak. Rajah-rajah di bawah menunjukkan justifikasi
sesuatu media digunakan.
Zon Pengalaman Dale

Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan, menggambarkan,


mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk memahami dan
mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Pemilihan media yang baik
dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat meringankan tugas guru.

Faktor-faktor lain seperti masa penghasilan, perbelanjaan, bahan, berat atau


ringan alatan media, kemudahan tempat serta faktor masa pengajaran memainkan
peranan dalam pemilihan media. Penggunaan media yang maksima dalam
pengajaran akan memastikan pembelajaran murid lebih berfokus.

FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN MUTU P&P


1.    Pengajaran Bersama Pengajar

Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam


membantu guru melaksanakan pengajaran secara langsung. Keberkesanannya
bergantung bagaimana pengajar mengaplikasikan media tersebut secara berkesan.
Antara media yang digunakan dalam pengajaran adalah :
Bil Jenis Media Contoh
     1 Media Tayang Kaku Transparensi, slaid, mikrofilem
2 Media Tayang Pita video, cakera padat
Bergerak digital, filem
3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta,
graf
4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan,
poskad
5 Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama, pupet
6 Papan Pameran Papan kapur, papan putih,
papan flanel, papan buletin
7 Media Audio Pita kaset, cakera padat,
komputer
8 Media Cetak Modul, buku teks, surat
khabar, majalah, risalah

2.    Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka


media dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai
pengajaran kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang
tujuan, objektif, cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri. Penggunaan
teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi suatu
keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.
1.    Modul Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam pendidikan.


Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan
teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi
elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan interaktiviti.

Antaranya, guru boleh menggunakan sebuah modul pembelajaran kendiri seperti


Macromedia Authorware 7. Modul ini menggunakan fail video yang menggunakan
elemen ”screen capture”sebagai media penyampaian maklumat utama dan juga
menggunakan elemen-elemen multimedia yang lain seperti teks dan grafik. Modul ini
berteraskan Model ADDIE (Rosset,1987) sebagai model rekabentuk pengajaran dan
panduan sepanjang proses pembangunan modul ini. Modul ini dipakejkan dalam
bentuk cakera padat (CD) .

2.    Pembelajaran Berasaskan Projek

Strategi pembelajaran yang berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip


yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah
yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan
dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.
Bahan-bahan perbentangan projek diaplikasikan dengan menggunakan media
pengajaran yang bersesuaian dan menjana murid untuk berfikir secara aktif.
Contohnya, guru memberikan tugasan melalui paparan gambar, model atau boneka
dan lain-lain.

3.    Folio Bermedia
Folio bermedia adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan
proses dalam satu-satu tempoh. Penghasilan folio membantu pelajar memahami,
merumus dan membentang. Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan,
bertanggungjawab, dari pelbagai sumber dan komitmen yang tinggi dalam tugasan.

4.    Pengajaran Tematik
Berfokuskan kepada topik tertentu. Bermula dari perkongsian pengalaman
kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul data dan membuat kesimpulan).

5.    Pendidikan bagi Pelajar Istimewa


Pelajar istimewa diberikan peluang sama rata dalam pembelajaran. Oleh itu,
pelajar ini tidak ketinggalan dalam mengikuti proses pembelajaran. Media
pengajaran ini dapat membantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan 
bisu. Selain itu, ia dapat membantu pelajar yang pintar mengukuhkan pengetahuan
dalam bentuk yang lebih abstrak. 

6.    Pembelajaran Jarak Jauh

Pembelajaran jarak jauh atau E-learning merupakan proses pembelajaran yang


paling mudah dalam memperolehi informasi dan pendidikan dengan begitu pantas
dan mudah. Antaranya adalah menggunakan teknologi elektronik iaitu kemudahan
internet .

      Jumlah halaman dalam www yang semakin hari semakin melimpah menjadi e-
learning merupakan alternatif  yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran kerana
pelajar dengan mudahnya memperolehi maklumat.

Teknologi merupakan alat yang diharapkan dapat mempermudah proses


penghantaran maklumat kepada pelajar. Dalam perkembangannya menurut
Soekartawi (2007, 198) perkembangan teknologi e-learning yang didukung oleh
computer dikenal sebagai Computer Base Learning (CBL) atau computer assisted
learning (CAL) yang dapat dikelompokan menjadi 2 jenis iaitu:

•                       Technology-based learning


 Technology-based learning pada prinsipnya terdiri atas Audio Information
Technologies (radio, audio tape, voice mail, telephone) dan Video Information
Technologies (misalnya video tape, video text, videa massaging).

•                       Technology-based web-learning


Sedangkan technology-base web learning pada dasarnya adalah data
informasi technologies (misalnya bulletin board, internet, email, dll).

Melalui PJJ ini guru dan murid dapat berkomunikasi tanpa dibatasi hal-hal yang
bersifat protokol malahan memanfaatkan kemudahan teknologi yang semakin
berkembang. Selain itu, pengajaran yang bersifat bahan ajar mandiri ini ( self
learning materials) ini dapat memanfaatkan ilmu iatu maklumat dalam komputer
dapat diakses oleh guru dan murid-murid.
MEDIA PENGAJARAN

MEDIA

Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-
alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran.

Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili


satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut
tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan
mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik."

Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi,


memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan
maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun
cara mekanik".

Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali
maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf
Hashim (1997) menyatakan bahawa "media pengajaran yang biasa digunakan
dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: 
 

  Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll)

  Media tayang gerak (video, filem, cakera dll)

  Grafik (lukisan, poster, kartun dll)

  Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll)

  Media pameran (model, boneka, diorama dll)

  Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll)

  Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)

  Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

FUNGSI MEDIA

Membuat Pengajaran Lebih Tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan


pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu
dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun.
Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan
kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektif pembelajaran. 
 
Memberi maklumat

Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat


seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya. 
 

Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat

Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh
dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan
kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih
hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam
media dan dibawa masuk ke kelas. 
 

Memperkayakan pengalaman

Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara
ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta
persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri
mengalami persekitaran seperti itu. 
 

Pembelajaran Lebih Seronok

Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat


filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan
menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah
steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,
perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya
pembelajaran berlaku. 
 

Pengajaran Lebih Bersifat Individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu
berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan
berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu
menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan
secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk
menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk
belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan
murid.

Anda mungkin juga menyukai