Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Kepentingan psikologi pendidikan terhadap pengajaran,


pembelajaran dalam perkembangan pelajar:

• Psikologi pendidikan amat berkait dengan perkembangan


pelajar. Pelajar haruslah menerima didikan dari peringkat
awal untuk mengetahui, memahami, dan mempelajari
tingkah laku, emosi dan pemikiran pelajar.

• Bidang psikologi dapat membantu tingkah laku, emosi serta


pemikiran pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran
dan pengajaran dijalankan secara efektif.
Pengenalan

• Psikologi merujuk kepada satu kajian secara


mendalam berkaitan tingkah laku yang
merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran
manusia dan haiwan secara nyata dan yang
terselindung (Boon Pong Ying dan Ragbir
Kaur,1998).
• Bukan itu sahaja bidang psikologi amat penting
bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku
terhadap individu serta faktor-faktornya semasa
awal kelahiran hinggalah dewasa.
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi
gunaan atau praktikal. Ia membina serta
menghasilkan teori-teori serta prinsip-prinsip yang
menjadi asas kepada memahami tingkahlaku,
emosi, serta pemikiran pelajar.

• Psikologi pendidikan memberikan banyak


panduan kepada pendidik dan calon pendidik
untuk meningkatkan kecekapan proses
pembelajaran pada keadaan yang berbeza-beza
seperti:
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• Memahami Perbezaan Individu (Para pelajar)
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang
Kondusif di dalam kelas
• Pemilihan Strategi dan Metode Pembelajaran
• Memberikan Bimbingan kepada Pelajar
• Menilai Hasil Pembelajaran
Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin
(1997)
Memahami Perbezaan Individu (Para pelajar)

• Seorang pendidik harus berhadapan dengan


pelbagai tingkah laku, pemikiran serta emosi
pelajar di dalam kelas dengan berhati-hati
kerana karakter masing-masing adalah tidak
sama. Oleh itu, sangat penting untuk
memahami perbezaan karakter pelajar-pelajar
tersebut dari segi aspek pertumbuhan dan
perkembangan pelajar agar proses
pembelajaran yang berkesan dan cekap dapat
diterapkan.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang Kondusif
di dalam kelas

• Pemahaman yang baik tentang ruangan kelas


yang digunakan dalam proses pembelajaran
sangat membantu pendidik untuk
menyampaikan ilmu material kepada pelajar
dengan berkesan.
• Suasana pembelajaran yang kondusif haruslah
diwujudkan oleh pendidik sehingga proses
belajar mengajar dapat berjalan dengan
berjaya
Pemilihan Strategi dan Metode Pembelajaran

• Metod pembelajaran didasarkan pada


karakter perkembangan pelajar. Psikologi
pendidikan dapat membantu pendidik dalam
menentukan strategi atau metode
pembelajaran yang tepat dan sesuai, dan
mampu mengaitkannya dengan karakter dan
keunikan individu, jenis belajar dan gaya
belajar dan tingkat perkembangan yang
sedang dialami oleh pelajar.
Memberikan Bimbingan kepada Pelajar

• Seorang pendidik harus memainkan peranan


yang berbeza di sekolah, tidak hanya dalam
pelaksanaan pembelajaran, tetapi juga
berperanan sebagai pembimbing bagi pelajar.
Bimbingan adalah jenis bantuan kepada
pelajar untuk membantu mereka dalam
mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
yang mereka hadapi.
Menilai Hasil Pembelajaran

• Pendidik harus melakukan dua kegiatan


penting di dalam kelas seperti mengajar dan
menilai. Kegiatan tersebut dapat membantu
dalam menilai tahap pembelajaran mereka.
Psikologi pendidikan dapat membantu
pendidik dan pelajar dalam mengembangkan
tahap pembelajaran pelajar agar menjadi lebih
baik.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
TERHADAP PdP
• Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat
secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan
program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan
oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat
penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan
matlamat sekolah. Oleh kerana guru mendidik generasi
baru, guru mestilah juga menguasai aspek psikologi
terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan
manusia.
• Seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah
laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang
tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
TERHADAP PdP
• Kognitif merupakan salah satu aspek penting dari
perkembangan pelajar berkaitan langsung dengan
proses pembelajaran, dan sangat menentukan
keberhasilan mereka di sekolah. Guru dan para
pelajar khususnya sebagai tenaga pendidik yang
bertanggungjawab melaksanakan interaksi
pendidikan di dalam kelas, perlu memahami hal
yang berkaitan dengan perkembangan kognitif.
Kerana dengan pengetahuan tersebut dapat
membantu guru dalam melaksanakan proses
pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan
kognitif pelajar.
KESIMPULAN
• Psikologi pendidikan dapat diertikan sebagai salah
satu cabang psikologi yang secara khusus mengkaji
tingkah laku, emosi dan pemikiran individu dalam
konteks situasi pendidikan dengan tujuan untuk
menemukan pelbagai fakta, generalisasi dan
teori-teori psikologi berkaitan dengan pendidikan,
yang diperoleh melalui metode ilmiah tertentu,
dalam rangka pencapaian keberkesanan proses
pendidikan.
• Psikologi pendidikan sebagai integrasi dari disiplin
ilmu psikologi yang berupaya menggunakan konsep
atau prinsip-prinsip psikologi dalam memecahkan
masalah-masalah yang terjadi dalam dunia
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai