Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


SESI AKADEMIK 2021/2022

DWP10403
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

KERJA KURSUS 2
PROJEK INOVASI

MICROBE EXPLORACE BOARD

NAMA NOMBOR MATRIK


MOHD KHAIRUL ANUAR BIN A RAHMAN CIA21068648
MOHD KHAIRUL BIN ZAKARIA CIA21068647
NURUL NAJWA FARIHAH BINTI MAT LAZIM CIA21068654
HUSNA MAWADDAH BINTI ISHAK CIA21068586

UNTUK PERHATIAN
TENGKU NORAZLAN BIN TENGKU SULAIMAN
PENSYARAH

TARIKH SERAHAN
22 Januari 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................................................1
2.0 RASIONAL...................................................................................................................................................1
3.0 PERNYATAAN MASALAH........................................................................................................................2
4.0 OBJEKTIF....................................................................................................................................................2
5.0 KONSEP INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN..............................................................2
5.1 KONSEP INOVASI YANG DIPERKENALKAN..................................................................................2
5.2 PRESTASI DAN PENCAPAIAN MURID SEBELUM INOVASI........................................................3
6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN.............................................................................................3
7.0 SASARAN....................................................................................................................................................3
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN...............................................................................................................4
9.0 PERANCANGAN PROJEK........................................................................................................................4
9.1 CARTA GANTT.......................................................................................................................................4
9.2 MILESTONE PRODUK..........................................................................................................................5
9.3 PROSES PENYEDIAAN PRODUK INOVASI.....................................................................................5
9.4 PROSES PEMBUATAN PRODUK INOVASI......................................................................................6
9.5 PROSES PELAKSANAAN PRODUK INOVASI.................................................................................7
10.0 REFLEKSI....................................................................................................................................................8
10.1 KEKUATAN.............................................................................................................................................8
10.2 KELEMAHAN..........................................................................................................................................9
10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN..........................................................................................................9
11.0 PENUTUP.....................................................................................................................................................9
RUJUKAN..............................................................................................................................................................10
1.0 PENGENALAN

Ledakan globalisasi yang semakin maju hari ini merupakan satu cabaran bagi setiap negara
untuk terus mengejar arus pembangunan agar dapat ‘berjalan sama tinggi duduk sama rendah’
bersama negara-negara maju yang lain. Pembangunan yang semakin maju ini bukan sahaja
berlaku dalam aspek teknologi maklumat, perindustrian, dan ekonomi malah berlaku dalam
aspek pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan beberapa usaha dalam
menuju pendidikan bertaraf dunia. Dalam usaha ini pembelajaran abad ke- 21 (PAK21) telah
diperkenalkan. Ciri-ciri yang terkandung dalam PAK21 ini menjadi satu cabaran kepada guru
dan murid dalam melakukan transformasi terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
mereka.

Proses transformasi yang perlu diusahakan boleh berlaku dalam pelbagai cara. Antaranya ialah
dengan melakukan satu inovasi terhadap bahan bantu mengajar sesebuah subjek. Tindakan
menginovasikan bahan bantu mengajar ini dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Proses inovasi ini amat penting dalam keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran selain dari dapat menarik minat murid. Menurut Halizah Hamzah
(2009), guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang
dapat merangsang minat murid. Kaedah atau teknik baharu ini boleh dilakukan dengan
pelbagai cara sama ada cara penyampaian, bahan bantu mengajar atau persekitaran
pembelajaran.

Justeru itu, satu tindakan telah dilaksanakan secara berkumpulan bagi menghasilkan satu
projek inovasi terhadap satu tajuk mata pelajaran sains tingkatan satu iaitu ‘Organisma Unisel
dan Multisel’. Penginovasian yang dilakukan adalah ke atas satu bahan bantu mengajar.
Proses inovasi ini bertujuan membantu guru dan murid dalam proses pembelajaran dan
pengajaran mereka di masa akan datang. Oleh yang demikian satu model inovasi yang
dinamakan sebagai Microbe Explorace Board telah dipilih untuk menjadi satu bahan bantu
mengajar yang dapat diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran sains pada masa akan
datang.

2.0 RASIONAL

Projek inovasi yang akan dilaksanakan ini dapat membantu guru dalam menarik minat murid
untuk mengikuti pembelajaran mengenai mikroorganisma. Sesuai dengan kehendak
pembelajaran abad ke 21, projek ini dilaksanakan bagi memberi ruang kepada para pelajar
untuk ‘mengeksplore’ sendiri terhadap satu tajuk mata pelajaran. Produk inovasi ini juga dapat
membantu pelajar dalam mengetahui, memahami dan mengingati pelbagai kefahaman dalam
tajuk ‘Organisma Unisel dan Multisel’.

1
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Murid sukar untuk mengingati struktur dan fungsi yang terdapat dalam mikroorganisma. Di
dalam mata pelajaran Sains Tingkatan satu, terdapat satu topik yang memerlukan pelajar untuk
mengetahui jenis mikroorganisma, pengkelasannya serta struktur dan fungsi. Setelah
mendapati bahawa murid Tingkatan satu sangat lemah untuk mengingati jenis, struktur dan
fungsi mikroorganisma ini, maka satu usaha telah dilaksanakan oleh kami sebagai seorang
guru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kalangan pelajar. Bertitik tolak daripada
itu, satu idea untuk membuat penginovasian terhadap satu model mikroorganisma telah
muncul. Pojek penginovasian ini dinamakan sebagai ‘Microbe Explorace Board’. Produk ini
dihasilkan dengan tujuan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari topik mikroorganisma
dalam bentuk permainan. Microbe Explorace Board yang dicadangkan ini dapat diaplikasikan
dalam pembelajaran di dalam kelas.

4.0 OBJEKTIF

1. Menarik minat pelajar untuk mempelajari bidang mikroorganisma dalam mata pelajaran
sains yang melibatkan aplikasi digital dan permainan.
2. Meningkatkan tahap pengetahuan pelajar dalam bidang mikroorganisma.
3. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui penciptaan model.
4. Mengenal pasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terutamanya berkaitan dengan kemahiran saintifik

5.0 KONSEP INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 KONSEP INOVASI YANG DIPERKENALKAN

Menurut Zimmerer dan Scarborough (2005), inovasi merupakan kebolehan untuk


mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah dan peluang untuk meningkatkan dan
menggayakan kehidupan manusia. Bersesuaian dengan makna inovasi tersebut, projek inovasi
ini dilaksanakan bagi meneyelesaikan satu masalah yang sering dihadapi para pelajar dan guru
bagi memenuhi objektif pembelajaran bagi tajuk ‘Organisma Unisel dan Multisel’.

Model mikroorganisma ini telah dihasilkan oleh seorang pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah
Islam Darul Iman. Kemudian, terdapat beberapa inovasi telah dilakukan terhadap model
mikroorganisma ini seperti menambah QR code dan permainan ke atas papan informasi. Model
ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang sangat menarik yang boleh dijalankan
2
menggunakan kaedah demonstrasi kepada pelajar. Asas kepada pembinaan model ini adalah
berkaitan dengan salah satu tajuk di dalam mata pelajaran sains iaitu ‘Organisma Unisel dan
Multisel’.
5.2 PRESTASI DAN PENCAPAIAN MURID SEBELUM INOVASI

Berdasarkan pengalaman mengajar oleh beberapa orang guru dalam kalangan kami, prestasi
dan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains bagi tajuk mikroorganisma adalah lemah.
Demikian kerana mereka sukar dalam mengingati struktur dan fungsi yang terdapat dalam
mikroorganisma. Selain itu ada beberapa orang murid yang tidak berminat akan mata pelajaran
ini kerana bagi mereka pembelajaran ini membosankan. Justeru itu, usaha inovasi ini
dilaksanakan bagi membantu murid dalam proses pembelajaran ini sekali gus menarik minat
mereka dalam pembelajaran mikroorganisma ini.

5.3 KEPENTINGAN PELAKSANAAN INOVASI

Kepentingan pelaksanaan inovasi ini adalah untuk memantapkan pemahaman dan


pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran sains terutamanya topik mikroorganisma.
Mikroorganisma adalah sejenis sejenis organisma seni yang hanya boleh dilihat dengan
mikroskop di makmal sahaja. Apabila model 3D mikroorganisma ini dibina, ianya akan dapat
membantu pelajar untuk melihat mikroorganisma dengan lebih jelas. Seterusnya dapat
mementapkan kefahaman tentang struktur dan fungsi mikroorganisma tersebut. Di samping itu
permainan ‘game’ yang terdapat dalam projek inovasi ini dapat membantu guru untuk membuat
penilaian terhadap prestasi dan pencapaian para pelajar. Projek ini juga secara tidak langsung
memberi kepentingan terhadap pihak sekolah dalam menghadapi cabaran pembelajaran abad
ke 21.

6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 5 minggu
Tarikh : 18 Disember 2021 hingga 18 Januari 2022
Tempat : Sekolah Menengah Islam Darul Iman

7.0 SASARAN

Sasaran kajian projek inovasi model ‘Microbe Explorace Board’ ini dijalankan terhadap murid
tingkatan satu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Responden yang dipilih dalam
kajian ini adalah pelajar tingkatan satu kelas Imam Maliki dan Imam Hanfi di Sekolah Menengah
Islam Darul Iman (SMIDI). Dalam proses kajian ini, responden ditanya mengenai persepsi,
pandangan dan lain-lain perkara yang dirasakan berkaitan dengan kajian. Skop kajian ini hanya
melibatkan penilaian ke atas proses menerima pakai inovasi model mikroorganisma dalam

3
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu ia bertujuan melihat proses menerima pakai inovasi
dan Batasan-batasan yang dihadapi terhadap pelajar Tingkatan satu Sekolah Menengah Islam
Darul Iman (SMIDI).

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jadual 1: Anggaran perbelanjaan.

Bil Item Kuantiti Kos (RM)


1. Gabus 1 4.50
2. Cat air 1 7.00
3. Card board 1 7.50
4. Berus cat air 1 1.00
JUMLAH RM 20.00

9.0 PERANCANGAN PROJEK

Carta gannt digunakan bagi penjadualan setiap aktiviti semasa penghasilan produk, yang mana
setiap aktiviti perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang dirancang. Pemilihan carta gannt
digunakan kerana dapat membantu mengenal pasti semua aktiviti yang telah dirancang,
pelaksanaan aktiviti menghasilkan produk yang ditunjukkan, anggaran masa untuk aktiviti
direkodkan dan jangka masa keseluruhan produk dihasilkan.

9.1 CARTA GANTT

Jadual 2: Carta gantt projek.

Perkara M1 M2 M3 M4 M5
Analisis keperluan
Strategi
Meterial
Kertas cadangan
Produk
Pilot Testing
Analisis produk
Dokumentasi

4
9.2 MILESTONE PRODUK

Jadual 3: Milestone pelaksanaan projek.

Milenstone Tarikh Perlaksanaan


MILENSTONE 1: ANALISIS KEPERLUAN
Aktiviti 1.1: Cetusan Idea 18 Disember 2021
Aktiviti 1.2: Pernyataan Masalah 20 Disember 2021
Aktiviti 1.3: Analisis Masalah 20 disember 2021
MILENSTONE 2: PENGHASILAN PRODUK
Aktiviti 2.1: Penyediaan Kertas 18 Disember 2021 – 30 Disember
Cadangan 2021
Aktiviti 2.2: Menyusun Strategi 18 Disember 2021 – 30 Disember
2021
Aktiviti 2.3: Mendapatkan Meterial 18 Disember 2021 – 30 Disember
2021
Aktiviti 2.4: Proses Pembuatan Produk 1 Januari 2022 – 5 Januari 2022
Aktiviti 2.5: Pengujian produk 1 Januari 2022 – 5 Januari 2022
Aktiviti 2.6: Analisis Produk 6 Januari 2022 – 10 Jauanri 2022
MILENSTONE 3: PRODUK AKHIR
Aktiviti 3.1: Dokumentasi 11 Januari 2022 – 18 Januari 2022

9.3 PROSES PENYEDIAAN PRODUK INOVASI

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat ‘Microbe Explorace Board’ adalah board, cat air,
lidi, berus, pisau, pembaris dan pensel.

5
Rajah 1: Peralatan untuk projek inovasi.

9.4 PROSES PEMBUATAN PRODUK INOVASI

Proses pembuatan produk inovasi terbahagi kepada dua iaitu pembinaan model
mikroorganisma dan papan informasi. Untuk model mikroorganisma, lakaran model telah dibuat
ke atas gabus menggunakan pensel. Kemudian, gabus dipotong. Apabila siap, gabus dicat
dengan warna yang berbeza mengikut struktur model mikroorganisma tersebut.

Rajah 2: Model mikroorganisma yang dicat.

Rajah 3: Model mikroorganisma yang telah siap dibina.

Penghasilan papan informasi telah dibuat dengan menampal model pada papan informasi.
Kemudian, nombor diletakkan pada setiap struktur model mikroorganisma dengan
menggunakan lidi. QR code yang mengandungi informasi berkenaan Paramecium sp.,

6
fungsi setiap struktur dan permainan telah dibuat menggunakan laman web https://www.qr-
code-generator.com/. QR code seterusnya ditampal pada board.

Rajah 4: Peletakan nombor dan QR code pada model mikroorganisma.

9.5 PROSES PELAKSANAAN PRODUK INOVASI

Projek inovasi ini telah diaplikasikan kepada pelajara kelas 1 Imam Maliki dan 1 Imam Hanafi di
dalam kelas. Di mana pada ketika itu, guru membuat ulangkaji pelajaran topik pelajaran:
Organisma Unisel dan Multisel. Sebelum memulakan pembelajaran dan permainan ‘Microbe
Explorace Board’, guru terlebih dahulu membuat ulang kaji topik tersebut. Permainan dilakukan
secara berkumpulan. Namun, setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk meneroka model. Bagi
mendapatkan pengalaman.

7
Rajah 5: ‘Microbe Explorace Board’ yang telah siap.

Rajah 6: Aktivti pengujian ‘Microbe Explorace Board’.

10.0 REFLEKSI

Berdasarkan pelaksanaan ‘Microbe Explorace Board’ dalam kelas sebagai bahan bantu
mengajar, alat ini telah menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Guru mengaplikasikan pembelajaran dan permainan ini secara berkumpulan.
Untuk memulakan pembelajaran dan permainan, pelajar dibekalkan dengan peranti tablet yang
disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian, pelajar akan mengimbas kod yang terdapat pada
8
papan informasi. Untuk aktiviti pertama, pelajar kelihatan sangat teruja kerana dapat melihat
video yang menunjukkan struktur dan pergerakan sebenar Paramecium sp. Untuk aktiviti
kedua, pelajar akan mengimbas kod untuk mendapatkan maklumat berkenaan fungsi setiap
struktur. Pelajar kelihatan sangat bersemangat dan aktif sambil menunggu giliran untuk
bermain. Untuk aktiviti terakhir, pelajar akan mengimbas kod untuk bermain permainan yang
disediakan. Semua pelajar berlumba-lumba untuk menjawab dan mengejar markah yang
tertinggi. Semua pelajar dapat menjawab dengan betul dan hanya beberapa orang pelajar
sahaja yang terlebih masa. Namun begitu, guru tetap memberi pujian atas penglibatan yang
aktif.

10.1 KEKUATAN

‘Microbe Explorace Board’ ini dapat membantu pelajar untuk mengingati fakta sains dengan
sangat mudah. Selain itu, permainan yang disediakan di dalam papan informasi, dapat melatih
pelajar untuk lebih fokus dan bersedia untuk memberi jawapan dengan masa yang diberikan.
Sekiranya masa menjawab melebihi dengan masa yang telah ditetapkan, pelajar akan
dikurangkan mata atau dikenakan denda. Hal ini menyebabkan pelajar untuk lebih bersungguh-
sungguh dalam mendalami, memahami dan mengingati fakta tentang struktur dan fungsi
mikroorganisma khususnya.

10.2 KELEMAHAN

Kelemahan yang terdapat dalam ‘Microbe Explorace Board’ ini adalah tempoh masa
pelaksanaan yang lama bagi setiap pelajar. Hal ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang lain
tertunggu-tunggu menunggu giliran mereka. Selain itu, kurang interaksi antara pelajar dan guru
serta sesama pelajar disebabkan oleh aktiviti dan permainan ini dijalankan secara individu.

10.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan yang boleh dibuat untuk penambahbaikan projek inovasi ini adalah
melaksanakan aktiviti dan permainan secara berkumpulan supaya pelajar tidak tertunggu-
tunggu dan merasa bosan menunggu giliran mereka. Selain itu, setiap kumpulan perlu
membina satu model mikroorganisma yang berlainan sendiri dengan bantuan guru sebagai
pemudahcara supaya pelajar menjiwai aktiviti yang dilaksanakan. Untuk merealisasikan
pembelajaran dengan seronok, guru boleh memasang muzik semasa aktiviti dan permainan
dilaksanakan. Guru juga boleh meletakkan audio pada papan informasi seperti meletakkan satu
bahan elektronik sebagai contoh butang yang dapat mengeluarkan audio kepada bahan
tersebut.

11.0 PENUTUP

9
Proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan bukanlah satu proses yang mudah.
Pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh guru dan pelajar bagi memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran itu mencapai objektifnya masing-masing. Demikian menjadi lebih
rumit berikutan dengan cabaran model pembelajaran abad ke 21. Susulan itu adalah untuk
memastikan negara Malaysia berjaya memasuki arus pendidikan bertaraf dunia. Dalam
meghadapi cabaran-cabaran berikut, guru perlulah mencari satu inisisatif yang menarik dan
berkesan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Rentetan
daripada itu, model ‘Microbe Explorace Board’ menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang
kreatif dan menarik bagi memudahkan para pelajar dan guru menjalani proses pembelajaran
dan pengajaran.

RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nemalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Budi Kho. (2016). Pengertian Gantt Chart dan Cara Membuatnya. Dimuat turun daripada:
https://ilmumanajemenindustri.com/pengertian-gantt-chart-cara-membuat-gantt-chart/

10

Anda mungkin juga menyukai