Anda di halaman 1dari 17

Topik 9: Bahan Audio

1.0 Pendahuluan:
Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara
eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, satu sumber bunyi
atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio atau penerimaan radio.
Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri
pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta
golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman.
Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Ia
dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang
seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta mencorakkan sesebuah persembahan multimedia.
Oleh itu, audio dan bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang
pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
2.0 Kebaikan dan kelemahan bahan audio
2.1 Kebaikan
Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan
berkesan.
2. Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau
murid.
3. Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan
sahaja.
4. Bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja.
1.

2.2 Kelemahan
Sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada persembahan audio sekiranya
tiada pengawasan guru.
2. Kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi.
1.

3.0 Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid


3.1 Perbezaan antara pendengaran dan mendengar.
Pendengaran dan mendengar ialah dua proses yang berbeza. Pendengaran ialah proses
fisiologi yang berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga menggetarkan
gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan
bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
Mendengar pula merupakan satu proses psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari
dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan.
3.2 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses mendengar dalam kalangan murid.
o Kemahiran bahasa
Kebanyakan sarjana menyatakan bahawa tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang
dimiliki oleh kanak-kanak akan mempengaruhi keberkesanan proses mendengar. Ini bermakna
kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa
pelajar di peringkat umur mereka.
o Kejelasan punca audio

Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan
jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Bunyi yang sangat perlahan atau terlalu bising
akan menyukarkan pelajar untuk mentafsir dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu,
sebelum digunakan, guru harus memastikan bunyi audio dapat didengar oleh seluruh pelajar di dalam
kelas.
o Nada audio yang tidak sekata
Sekiranya kanak-kanak hanya mendengar nada audio yang sekata dalam masa yang panjang akan
menyebabkan mereka menjadi biasa sehingga kehilangan tumpuan tentang apa yang didengarinya.
Oleh itu, semasa memilih bahan audio yang sesuai, guru harus memastikan ia mempunyai nada yang
tidak sekata dan intonasi suara pengulasnya mestilah pelbagai dan dapat menarik perhatian kanakkanak.
o Kesediaan mendengar
Aspek ini adalah penting kerana sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai kesediaan untuk
mendengar, maka secara fizikalnya dapat meningkatkan keupayaan untuk memahami mesej yang
hendak disampaikan.

o
o
o
o
o
o
o

4.0 Penghasilan Bahan Audio Pendidikan


4.1 Jenis-jenis bahan audio
Bahan audio boleh terdiri daripada bahan yang berikut:
Lakonan
Temu bual
Simulasi
Dokumentasi
Demontrasi
Penerangan
Diskusi

4.2 Langkah-langkah menghasilkan bahan audio pendidikan


o Langkah 1: Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut dengan memberikan perhatian
kepada persoalan-persoalan berikut.
i.
Siapakah kumpulan sasaran atau tahap pelajar?
ii.
Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar, minat dan motivasi mereka?
iii.
Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran?
iv.
Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran?
o Langkah 2: Penyelidikan dan mengumpulkan bahan
Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan yang
diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan
maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, anda juga perlu mengumpulkan kesan
bunyi, muzik serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan.
o Langkah 3: Pemilihan bahan
Bahan yang telah dikumpulkan mungkin terlalu banyak dan perlu mengalami proses analisis dan
penapisan supaya hanya bahan-bahan yang bersesuaian sahaja digunakan.
o Langkah 4: Menulis skrip
Proses menulis dan mengarang kandungan bahan audio yang hendak dihasilkan.
o Langkah 5: Menyediakan peralatan

Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Antara peralatan
asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang
sesuai. Selain itu, juga perlu dipastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang dengan betul.
o Langkah 6: Membuat rakaman
Pada peringkat ini, anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan bunyi serta muzik-muzik
latar. Kerja ini boleh dilakukan di bilik rakaman audio khas seperti yang terdapat di Pusat Kegiatan
Guru (PKG) atau di Pusat Sumber Negeri (PSN).
o Langkah 7: Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat
pembetulan sekiranya perlu.
o Langkah 8: Penggunaan bahan audio
Pada peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah.
o Langkah 9: Penilaian dan penambahbaikan
Melakukan penilaian dan penambahbaikan terhadap bahan supaya objektif penghasilan tercapai.
Kemudian, bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber rujukan atau pinjaman oleh guru-guru atau
pelajar. Jika perlu buat salinan dan diperbanyakkan.

5.0 Format Audio


5.1 Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5 x 4 x0.5. Kelebaran pitanya ialah 1/8 inci. Format ini paling banyak
terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.
5.2 Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio adalah lebih kecil berbanding format kaset audio. Walaupun saiz
pitanya adalah sama, iaitu 1/8 inci, namun ia perlu menggunakan alat pemain kaset yang kecil. Ia
mempunyai fungsi yang sama seperti kaset audio, iaitu boleh merakam dan memadamkan
kandungannya dengan mudah.
5.3 Fonograf atau piring hitam
Bentuknya adalah bulat dan leper dan terdapat tiga saiz yang berbeza, iaitu diameternya adalah 7, 10,
dan 12 inci. Pengguna tidak boleh membuat rakaman ke piring hitam semudah burn CD dengan
menggunakan program khas komputer. Penggunaan piring hitam ini memerlukan alat pemain fonograf.
Walaupun format ini mudah digunakan, tetapi tidak lagi popular dan sukar didapati dalam pasaran hari
ini.
5.4 Cakera padat atau CD
CD juga berbentuk leper dan bulat, tetapi diameternya lebih kecil berbanding dengan piring hitam dan
hanya bersaiz 4.72 inci. Kelebihan CD ini adalah ia mempunyai kualiti bunyi yang tinggi dan jelas, dan
ia juga membuat rakaman ke dalam CD dengan menggunakan CD atau DVD driveyang boleh
menyalin bahan ke dalam CD dengan program komputer sepertinero.
6.0 Penerbitan audio
Peralatan asas seperti berikut diperlukan untuk menerbitkan bahan audio.

Perakam audio
Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau
bagaimanapun, tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Pemain radio yang boleh merakam
audio terdapat satu ciri yang nyata, iaitu terdapat butang rakaman atau record dan biasanya butang ini
berwarna merah.

Model telefon bimbit yang baru juga mempunyai fungsi merakam bunyi. Namun, suara yang
dirakam itu tidak berapa jelas dan bunyi latar akan mempengaruhi kualiti rakaman.

Mikrofon
Mikrofon ialah peralatan perantaraan yang akan menghantar gelombang kepada fail audio.
Kualiti bunyi banyak bergantung kepada pemilihan penggunaan mikrofon. Mikrofon boleh
diklafikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan mekanismenya.
Mikrofon kondeser memerangkap bunyi dengan menggunakan plat kapasitor yang mengesan
getaran gelombang bunyi. Mikrofon jenis ini memerlukan bateri atau sumber kuasa elektrik. Tindak
balas frekuensinya agak luas. Kekuatan mikrofon kondeser adalah dapat menerima kesan bunyi
dengan baik, peka kepada bunyi dan getaran. Namun, ia tidak tahan kepada getaran kuat, panas dan
lembapan. Jenis mikrofon ini biasanya digunakan untuk nyayian atau ucapan penyampaian.
Mikrofon dinamik beroperasi berdasarkan kesan elektromagnetik. Harganya agak murah dan
mempunyai banyak kemampuan. Bentuk mikrofon ini dibina dalam saiz yang agak kecil dan mesra
pengguna disebabkan penggunaan adalah membuat temu bual di luar bangunan. Oleh itu, mikrofon ini
mempunyai kualiti bunyi yang baik, peka kepada bunyi, tahan getaran kuat, tahan panas dan
lembapan.
Mikrofon Omni-directional memerangkap gelombang bunyi daripada semua arah. Mikrofon ini
mampu merakam suara orang ramai, terutama sewaktu ramai orang bercakap hampir serentak. Jadi,
mikrofon ini sesuai digunakan untuk perbincangan berkumpulan atau temu bual.
Mikrofon uni-directional atau cardiod pula hanya memerangkap kebanyakan bunyi daripada
punca yang berhampiran atau di depan mikrofon. penggunaannya agak terhad dan biasanya
digunakan untuk rakaman di dalam studio oleh juruhebah radio.
Headset mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB dikatakan lebih selesa kerana
pengguna hanya perlu melekatkan di kepala dan masukkan plag ke komputer sahaja.
Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu jenis tie pin dan neck hanging. Saiz tie pin
lebih kecil berbanding dengan neck hanging dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju
manakala neck hanging pula biasanya digantung pada leher.
Mikrofon tanpa wayar memerlukan alat penerima semasa digunakan. Tiada wayar yang
menyambung mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari
mikrofon ke alat penerima melalui antena. Biasanya jenis mikrofon digunakan oleh pengguna atau
pengulas yang bergerak aktif.
Mikrofon shotgun ialah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut
yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya
untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyian
haiwan.
7.0 Pengadun Suara
Bagaimanakah sekiranya anda hendak merakamkan suara narator dan dalam masa yang sama
terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Masalah ini dapat diatasi dengan hanya menggunakan tiga
pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar.
Walau bagaimanapun, hasilnya tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) iaitu
alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output. Alat ini biasa
terdapat di studiostudio rakaman.

Dalam sebuah skrip, terdapat beberapa singkatan yang perlu difahami oleh juruteknik yang
mengawal alat rakaman supaya rakaman dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan contoh
skrip yang mempunyai singkatan yang biasa digunakan:

Pelakon/
Narator

Dialog

Muzik

Kesan bunyi

Muzik tema FI,


Fup dimainkan
10 saat

Pencerita

Selamat pagi murid- Muzik tema FD


murid. Hari ini kita
akan
mendengar
sebuah cerita yang
mengisahkan...

Muzik
tema
FUp,
FO
dimainkan
6
saat

KB1:
Enjin
kereta
dimatikan.
KB2:
Hon
dibunyikan
sekali.
KB3:
Pintu
kereta ditutup.

Pak Halim

Assalamualaikum,
Assalamualaikum

KB1: Ketukan
di pintu kayu
bertalu-talu.
KB2:
Selak
pintu dan pintu
kayu dibuka.

Mak Minah

Waalaikumussalam.
Apa hal tergesagesa ni?

Berikut ialah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan semasa
menyediakan skrip.

FI (Fade in)

Muzik masuk perlahan-lahan

FO (Fade out)

Muzik hilang perlahan-lahan

FUp (Fade up)

Muzik menaik perlahan-lahan

FD (Fade down)

Muzik menurun perlahan-lahan

BG (Background)

Muzik latar

8.0 Suntingan
Setelah anda melakukan kerja-kerja rakaman, anda perlu melakukan kerka-kerja penyuntingan bahan
bagi memastikan bahan audio anda sempurna dan berkualiti. Anda boleh melakukan penyuntingan
melalui beberapa cara, antaranya melalui perisian Sound Forge.
Sound Forge ialah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio. Selain itu,
perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail audio.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

8.1 Langkah-langkah menggunakan Sound Forge


Antara Muka Sound Forge
Merakam Suara
Menyunting Audio
Magnify
Pencil
Menyimpan data
9.0 Format Fail Audio
Format fail audio

Keterangan

Audio
Interchange Diguna pakai pada sistem komputer jenis
File Format (AIFF Macintosh, IBM, dan yang serasi dengannya
dan AIF)
seperti Amiga dan Silicon Graphics. Ia
menampung berbagai-bagai jenis saiz sampel
pelbagai aras (sehingga 32 bit).

Musical Instrument Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan


digital interface (MID, menyimpan audio daripada jenis MIDI.
MDI, dan MFF)

Sound (SND)

Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai


digunakan bagi audio yang mempunyai saiz
sampel 8 bit.

Roll (ROL)

Mula diperkenalkan oleh Adlib. Inc dan


digunakan bersama-sama dengan kad audio
yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Wave (WAV)

Paling meluas digunakan dan disokong


sepenuhnya
oleh
sistem
pengoperasian
Windows. Dibangunkan oleh syarikat microsoft
dan mampu menyokong rakaman dengan bitdepth setinggi 8 bit (mono dan stereo).

Sun Audio (AU)

Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh


komputer jenis stesen kerja Sun Microsystem. Ia
merupakan format audio 16 bit yang
dimampatkan dan sering juga digunakan bagi
tujuan penyebaran melalui internet.

Voice (VOC)

Digunakan bersama-sama dengan kad audio


jenis Sound Blasterdari Creative Technology. Ia
boleh memainkan dan merakamkan audio,
sama ada 8 atau 16 bit setelah melalui proses
pemampatan atau tidak.

MPEG
Picture
Group)
(MP3)

(Motion Format fail yang semakin popular, terutamanya


Expert bagi tujuan penyaluran muzik melalui internet.
Level
3 Mempunyai teknik pemampatan yang baik
sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45
MB dalam format WAV kepada kira-kira 4 MB
dalam format MP3.

Real Audio
RealMedia
dan .RAM)

Rujukan:

atau Sangat meluas digunakan dalam internet secara


(.RA langsung sehingga membolehkan siaran radio
atau televisyen dimainkan terus melalui internet.

1.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan.
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 2009.
2. Chin Yoon Poh. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. UG Press Sdn. Bhd. 2009.
3. Muhamad Hasan Abdul Rahman. Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan.
Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor Darul Ehsan. 2000.
4. Rozinah Jamaludin. Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 2005
P

Audio

Penghasilan Penerbitan Bahan Audio


Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajarandan pembelajaran
sepertipembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurangkeupayaan membaca, pembelajaran bahasa
asing,bercerita untuk memerangsangimaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Alat-alat
seperti radio kasetdan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam bilik
darjahdisebabkanpenggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan mediaaudio yang
berkesanmemerlukan kefahaman tentang proses pendengaran sertapemilihan bahan berdasarkan
objektif pengajaran.
Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspekpenting yang perlu anda
fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar(hearing) dan mendengar dengan memberi
perhatian (listening). Prosesmendengar atau hearing hanyalah satu proses fisiologi sementara
mendengardengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Bolehkah
andamembezakan di antara ke dua-duanya?Contohnya begini. Anda sedang berbual-bual dengan
teman wanita anda dalamsebuah restoran.Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi
kenderaan diluar, bunyi pelanggan bercakap-cakap, suara kanak-kanak ketawa dan
sebagainya,namun bunyi-bunyi itu tidak anda perduli atau berikan perhatian. Sebaliknya
andamendengar dengan memberi perhatian yang serius (listen) terhadap apa yang temanwanita anda
cakapkan. Sekarang bolehkan anda membezakan di antara mendengardengan mendengardengan
memberi perhatian? Di dalam bilik darjah keadaanserupa boleh berlaku. Bolehkah andaterangkan
mengapa keadaan ini berlaku? Ya,ini ada kaitan dengan proses komunikasi
Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung padabeberapa perkara.
Pertama, tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasayang dimiliki oleh mereka. Ini bermakna
bahawakandungan mesej dalam bahanaudio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran

berbahasa murid.
Kedua, sejauh manakah murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan
audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan.
Bahana yang rendah sukar didengari oleh murid-murid sementara sebutan yang
kurang jelas akan menyukarkan murid-murid untuk memahami mesej yang hendak
disampaikan.
Ketiga, sejauh manakah nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous.Nada yang
sekatasepanjang masa akan menyebabkabkan pendengar atau muridmenjadi lali sehingga ia tidak
memberi perhatian tentang apa yang didengarinya.Oleh itu adalah penting sesuatu bahan audio itu
mempunyai nadayang tidak sekata.
Keempat, sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itu secara fizikalnyaberupaya untuk
mendengar. Murid-murid yang mengalami selsema atau kurang sihatberkemungkinan kurang
berupayaanuntuk memberi perhatian tentang apa yangdidengarnya.
Setelah membaca perenggan-perenggan di atas anda seharusnya dapat membuatkesimpulan bahawa
terdapat dua elemen penting dalam menentukan keberkesananproses mendengar. Pertama ialah
penyampai mesej (guru) dan kedua ialahpenerima mesej (murid). Guru yang dapat
mempersembahkan atau menyampaikanmesejnya dengan berkesan kepada murid-murid yang
bersedia untuk mendengarmesej akanmenghasilkan proses mendengar yang berkesan. Sebaliknya
bahanaudio yang tidak dirancang, dihasil dan digunakan dengan baik oleh guru akanmenyebabkan
proses mendengar kurang berkesan.
Penghasilan Bahan Audio Pendidikan
Sekarang anda hendak menghasilkan suatu bahan audio. Terdapat beberapa formatpenerbitan bahan
audio yang boleh dihasilkan sendiri oleh anda. Di antara formatformattersebut ialah;
Lakonan
Temubual
Simulasi
Dokumentasi
Demonstrasi
Penerangan
Diskusi
Sekarang katakanlah anda hendak menerbitkan sebuah lakonan. Terdapat beberapalangkah yang
perlu diambil perhatian sebelum anda memulakan kerja. Dengan katalain anda perlu merancang.
Langkah-langkahberikut penting untuk anda fikirkansebelum anda memulakan kerja.
1. Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut.Siapakah kumpulan sasaran
atau tahap murid? Bagaimana tentangkebolehan berbahasa murid, minat dan motivasi mereka?
Adakah bahanyang akan anda hasilkan sejajarkan dengan sukatan pelajaran? Adakahbahan audio
yang akan andahasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran?
Persoalan-persoalan tersebut perlu diberi perhatian sebelum anda membuat
keputusan.
2. Mengumpul bahan
Kumpulkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. Fakta yanghendak dimasukkan
hendaklah betul serta mencukupi dan kaya denganmaklumat yang diperlukan dalam sukatan
pelajaran. Selain daripada itu andajuga perlu mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu
tertentuyang mungkin diperlukan.
3. Pemilihan bahan

Bahan yang anda kumpulkan kemungkinan terlalu banyak. Anda perlumemilih bahan yang
bersesuaian sahaja.
4. Menulis skrip
Di sinilah anda menulis atau mengarang kandungan bahan audio anda.
5. Menyediakan peralatan
Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahanaudio. Di antara peralatan
asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadunsuara, kaset atau pita audio dan kabel-babel yang sesuai.
Selain daripada ituanda perlu memastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang denganbetul.
6. Membuat rakaman
Di peringkat inilah anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesankesan
bunyi serta muzik-muzik latar.
7. Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan
kemudian membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu.
8. Penggunaan bahan audio
Di peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu didalam bilik darjah.
Format Audio
Sekarang cuba kita tinjau format-format audio yang biasa digunakan dalampengajaran. Anda perlu
mengetahui tentang format audio kerana ini melibatkanperalatan yang akan digunakan. Di antara
format-format audio adalah seperti berikut;
Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5 X 4 X 0.5. Kelebaran pitanya ialah 1 per 8 inci.Format ini paling
banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.Pengguna boleh merakam dan
memadam. Ianya mudah digunakan serta berupayauntuk mengelak dariterpadam. Tape ini berupaya
merakam dalam tempoh masatertentu seperti C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan
menggunakan keduaduabelah bahagian), C-90 (45 minit bagi setiap bahagian) dan C-120 (60 minit
bagisetiap bahagian)
Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio ini adalah lebih kecil berbanding format kaset audio.
Walaupun saiz pitanya adalah sama iaitu 1 per 8 inci, namun ia perlu menggunakan
alat pemain kaset yang kecil. Seperti kaset audio, pengguna boleh merakam dan
memadam kandungannya dengan mudah.
Fonograf atau piring hitam
Format ini berbentuk bulat dan leper. Terdapat tiga saiz yang diukur dalam diameteriaitu; 7, 10 dan 12
inci.Pengguna tidak boleh membuat rakaman. Format inimemerlukan alat pemain fonograf. Walaupun
format ini mudah digunakan, ianyatidak lagi porpular dan sukar di dapati dalam pasaran hari ini.
Cakera padat atau CD
Format ini berbentuk bulat dan leper serta bersaiz 4.72 inci dalam diameter. Ianyamempunyai kualiti
bunyi yang tinggi. Walau bagaimanapun pengguna tidak bolehmembuat rakaman atau memadamnya
dengan mudah.Format ini memerlukan alatpemain CD

Alat-Alat
Rakaman
Audio
Untuk menerbitkan bahan audio anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti
berikut;

Alat
perakam

Mikrofon

Pita
audio
atau
kaset
audio

Kabel

Rajah: Perakam audio

Perakam
Audio
Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau
bagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudahuntuk mengenali pemain
kaset yang boleh membuat rakaman ialah dengan kehadiran butang rakaman atau record (biasanya
butang ini berwarna merah).

Rajah: : Mini compo


Biasanya alat ini mempunyai mikrofon terbina dalam. Mini compo juga boleh digunakan sebagai
perakam
audio
sekiranya
ia
mempunyai
butang
rakaman.
Penggunaan

Bahan

Audio

Mikrofon
Kualiti bunyi banyak bergantung pada pemilihan pnggunaan mikrofon. Mikrofon yang baik akan
menghasilkan rakaman yang jelas. Maklumat berikut akan memberi pengetahuan kepada anda
tentang pemilihan mikrofon yang sesuai bagi kerja-kerja rakaman mengikut situasi tertentu.
Mikrofon boleh dikelasifikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan
mekanismanya.

Jenis

Mikrofon

Mengikut

Penggunaan

Mikrofon
Mini
Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua iatu jenis tie pin dan neck hanging. Tie
pin lebih kecil saiznya dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju. Jenis
neck
hanging
pula
biasanya
digantung
pada
leher

Mikrofon
Tanpa
Wayar
Mikrofon ini memerlukan alat penerima (receiver). Tidak terdapat sebarang wayar di antara mikrofon
dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima
melalui antena. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.

Jenis

Mikrofon

Mengikut

Bentuk

Penerimaan

Bunyi

Mikrofon
Semua
Hala
(Omni-Direction)
Mikrofon jenis ini menerima bunyi dari semua arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk
perbincangan
kumpulan
atau
temubual.

Mikrofon
Dua
Hala
(Bi-Direction)
Mikrofon ini menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Mikrofon ini sesuai dalam
keadaan
soal
jawab
atau
temubual
antara
dua
orang.

Mikrofon
Satu
Hala
(Uni-Directional)
Mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang dari satu hala sahaja. Ianya kurang peka dengan bunyi
yang datang dari lain-lain hala. Oleh itu mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai atau suatu situasi
di
mana
bunyi-bunyi
asing
berada
dalam
aras
paling
minimum.

Mikrofon

Shortgun

Mikrofon ini adalah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit
dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk
menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyi haiwan.

Jenis
Mikrofon
Mengikut
Mekanisme
Fungsi mikrofon adalah untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal.
Getaran mekanikal itu kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk arus elektrik. Terdapat 4 jenis
mekanisme
mikrofon.
Berikut
adalah
jenis
dan
ciri-ciri
dan
penggunaannya

Pita
Audio
Pita audio boleh terdapat dalam beberapa bentuk. Bentuk atau format yang paling popular ialah kaset.
Kandungan pita audio boleh terpadam sekiranya anda menekan butang rakaman pada perakam kaset.

Pengadun
Suara
Bagaimana sekiranya anda hendak merakam suara narator dan dalam masa yang sama terdapat
kesan bunyi dan muzik latar? Secara mudahnya, anda hanya memerlukan tiga pemain kaset. Satu
untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Cara ini masih boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun hasilnya
tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) seperti mana yang dalam ilustrasi di
bawah. Pengadun suara adalah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras
bahananya
dan
satu
output.
Alat
ini
biasa
terdapat
di
studio-studio

Sekarang katakanlah anda telah bersedia dengan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat
rakaman. Sebelum anda membuat rakaman anda tentulah sudah mempunyai idea. Idea anda
hendaklah distrukturkan dalam bentuk skrip. Skrip hendaklah disediakan terlebih dahulu. Jangan
mulakan rakaman sekiranya skrip anda tidak mantap. Cara terbaik ialah dengan membuat latihan
membaca skrip. Apabila anda telah bersedia barulah mulakan kerja-kerja rakaman. Ini akan
menjimatkan masa dan mutu rakaman akan lebih baik. Anda terpaksa mengulang rakaman sekiranya
terdapat kesilapan semasa kerja-kerja rakaman dibuat. Berikut adalah contoh sebuah skrip audio.

Pelakon/Narator Narasyen

Pencerita

Muzik
(Muzik tema)
FI, Fup
(Running 10 sec.

Kesan Bunyi

Selamat pagi muridmurid. Hari ini kita


akan
mendengar sebuah
cerita
yang
mengisahkan
Muzik tema
FD
(Muzik tema)
Fup, FO
(Running 6 sec.)

En. Zelkeply

Assalamualaikum,
Assalamualaikum

Mak Rohana

Walaikumusalam.
En. Kassim. Apa hal
tergesa-gesa ni?

Bunyi
ketukan
pintu

Di dalam contoh skrip di atas, anda dapati terdapat beberapa singkatan seperti FI, Fup, FD, FO.
Singkatan ini membawa maksud tertentu dan perlu difahami oleh juru teknik yang mengawal alat
rakaman. Hal ini penting kerana kerja-kerja rakaman biasanya melibatkan kumpulan beberapa orang
di mana setiap orang mempunyai peranannya. Berikut adalah maksud bagi singkatan-singkatan yang
perlu anda ketahui dan gunakan apabila menghasilkan skrip.

FI (Fade in)
FO (Fade out)
FUp (Fade up)
FD (Fade down)
BG (Back Ground)

Muzik masuk perlahan-lahan


Muzik hilang perlahan-lahan
Muzik menaik perlahan-lahan
Muzik menurun perlahan-lahan
Muzik latar

Bahan Rujukan Tambahan


1.
Elemen Audio
2.
Nota Sound
Hasil Pembentangan Bahan Audio (PowerPoint)
1.
Proses Mendengar
2.
Format Audio
3.
Penghasilan Bahan Audio
4.
Penerbitan Audio
5.
Format Fail Audio

Anda mungkin juga menyukai