Anda di halaman 1dari 3

BAB 9 : BAHAN AUDIO

9.1 PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID

Pendengaran ialah proses fisiologi - berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke


dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel
di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi
denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu
menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk
percakapan.

Kemahiran Bahasa

Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yang dimiliki oleh kanak-


kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.

Kejelasan Punca Audio

Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak


mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan.

Nada Audio yang Tidak Sekata (Monotonous)

Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.

Kesediaan Mendengar

Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan


mereka memahami mesej yang hendak disampaikan.
Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar
semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).

9.2 PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN

Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :

 Langkah 1 : Tetapkan matlamat.


 Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
 Langkah 3 : Pemilihan bahan.
 Langkah 4 : Menulis skrip.
 Langkah 5 : Menyediakan peralatan.
 Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.
 Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
 Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.

9.3 FORMAT AUDIO

Format-format audio :

Kaset audio
Kaset mikro
Fonograf @ piring hitam
Cakera padat @ CD

9.4 PENERBITAN AUDIO

Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan

asas seperti berikut :

Mikrofon.
Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
Pita audio @ kaset audio.
Studio (tempat rakaman yang khusus)
Bilik kawalan (pilihan)
Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
Muzik (sebagai muzik latar)
Kabel.
9.5 PENGADUN SUARA

Pengadun audio ialah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh
dilaras bahananya dan satu output.
Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat
latihan membaca skrip.
Singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda
menyediakan skrip :
1. FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2. FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3. FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4. FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5. BG (Background) – Muzik latar.

9.6 SUNTINGAN

Boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara seperti melalui perisian


Sound Forge.

9.7 FORMAT FAIL AUDIO

Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)


Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)
Sound (SND)
Roll (ROL)
Wave (WAV)
Sun Audio (AU)
Voice (VOC)
MPEG Level 3 (MP3)
RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)

Anda mungkin juga menyukai