Anda di halaman 1dari 63

TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Topik 5:
Audio untuk Pengajaran dan
Pembelajaran
Perancangan dan
BAHAN penyediaan rakaman
AUDIO
Rakaman

Suntingan
PROSES MENDENGAR
DALAM KALANGAN
MURID
• Mendengar merupakan salah satu saluran
untuk menerima maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

• Rakaman audio yang diperdengarkan


mampu memberi gambaran kepada pelajar
tentang sesuatu situasi atau informasi
melalui penganalisisan terhadap apa yang
dituturkan atau melalui kesan bunyi
mahupun muzik latar yang terdapat pada
rakaman tersebut.
Keberkesanan proses mendengar dalam
kalangan pelajar bergantung kepada :

1. Kemahiran bahasa

2. Kejelasan punca audio

3. Nada audio yang tidak sekata

4. Kesediaan mendengar
PENGHASILAN BAHAN
AUDIO PENDIDIKAN
1. TETAPKAN MATLAMAT
Tujuan perlu ditentukan untuk menerbitkan bahan
audio seperti :

• Siapakah kumpulan sasaran atau tahap


pelajar?
• Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar,
minat dan motivasi mereka?
• Adakah bahan yang akan dihasilkan sejajar
dengan sukatan pelajaran ?
• Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini
sesuai dengan objektif pengajaran?
2. PENYELIDIKAN DAN MENGUMPULKAN
BAHAN
• Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan
serta buat sedikit penyelidikan dan rujukan
yang diperlukan.

• Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah


betul serta mencukupi dan kaya dengan
maklumat yang diperlukan dalam sukatan
pelajaran.

• Kesan bunyi, muzik serta lagu tertentu yang


diperlukan juga perlu dikumpulkan.
3. PEMILIHAN BAHAN

• Bahan yang dikumpulkan mungkin


terlalu banyak dan pemilihan bahan yang
sesuai sahaja perlu dibuat.
4. MENULIS SKRIP

• Proses menulis atau mengarang


kandungan bahan audio.
5. MENYEDIAKAN PERALATAN

• Peralatan yang diperlukan dalam penerbitan


audio perlu disediakan.

• Antara peralatan asas ialah alat perakam,


mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita
audio dan kabel-kabel yang sesuai.

• Alatan-alatan tersebut mestilah dipasang


dengan betul.
6. MEMBUAT RAKAMAN

• Pada peringkat ini, rakaman suara,


memasukkan kesan-kesan bunyi serta muzik-
muzik latar akan dibuat.
7. PREBIU

• Setelah rakaman siap, hasil rakaman


perlu didengar dan kemudian membuat
beberapa pembetulan sekiranya perlu.
8. PENGGUNAAN BAHAN AUDIO

• Pada peringkat ini, bahan audio yang


dihasilkan akan digunakan dalam bilik
darjah.
9. PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN

• Melakukan penilaian dan penambahbaikan


terhadap bahan supaya objektif penghasilan
tercapai.

• Bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber


rujukan atau pinjaman oleh guru-guru atau
pelajar. Jika perlu, buat salinan dan
diperbanyak.
FORMAT AUDIO
KASET AUDIO
• Saiz format audio ialah 2.5” x 4” x 0.5”
• Kelebarannya ialah 1/8 inci
• Banyak terdapat dipasaran dan menggunakan alat
pemain kaset
• Fungsinya pengguna boleh merakam dan memadam.
• Pita ini berupaya merakam dalam tempoh masa
tertentu seperti C-60(boleh merakam selama 60minit
dengan menggunakan kedua-dua belah pita)
KASET MIKRO

• Saiz keseluruhan format audio ini adalah lebih kecil


berbanding format kaset audio
• Saiz pita adalah sama tetapi memerlukan alat
pemain kaset yang kecil
• Penggunaannya adalah sama boleh merakam dan
memadamkan kandungannya dengan mudah
FONOGRAF ATAU PIRING HITAM
• Piring hitam berbentuk bulat dan leper
• Terdapat tiga saiz yang diukur dalam diameter, iaitu
7, 10 dan 12 inci
• Rakaman piring hitam dibuat dengan format yang
memerlukan alat fonograf
CAKERA PADAT ATAU CD

• Cakera padat berbentuk bulat dan leper serta bersaiz


4.72 inci dalam diameter.
• Mempunyai kualiti bunyi yang tinggi
• Pengguna tidak boleh membuat rakaman atau
memadamkannya dengan mudah dan memerlukan
alat pemain CD
• Untuk memuatkan bahan ke dalam CD atau
menyalin CD ke CD, memerlukan CD atau DVD drive
yang boleh menyalin bahan ke CD dan program
komputer seperti Nero
PENERBITAN AUDIO
• Untuk menerbitkan bahan audio memerlukan
beberapa bahan dan peralatan asas seperti :

– Mikrofon
– Alat perakam (perakam dan pemain kaset)
– Pita audio atau kaset audio
– Studio (tempat rakaman yang khusus)
– Bilik kawalan (pilihan)
– Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan
sebenar)
– Muzik (sebagai muzik latar)
– Kabel
Perakam Audio
• Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang
biasa terdapat dalam pasaran
• Tidak semua pemain kaset boleh merakam audio
• Pemain kaset yang boleh membuat rakaman dikenali
dengan adanya butang rakaman atau
record(biasanya butang berwarna merah)
• Alat ini mempunyai mikrofon yang terdapat
disebelah dalamnya
• Mini compo juga boleh digunakan sebagai perakam
audio sekiranya terdapat butang rakaman
MIKROFON

• Peralatan perantaraan yang akan menghantar


gelombang bunyi kepada fail audio
• Kualiti bunyi banyak bergantung kepada
pemilihan penggunaan mikrofon
• Mikrofon boleh diklasifikasikan mengikut jenis
penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi
JENIS MIKROFON MENGIKUT PENGGUNAAN
• Terbahagi kepada dua iaitu:
• Mikrofon Kondenser
– memerangkap bunyi dengan menggunakan plat
kapasitor yang mengesan getaran gelombang bunyi
– Memerlukan bateri atau sumber kuasa elektrik
– Tindak balas frekuensinya agak luas
• Mikrofon Dinamik
– beroperasi berdasarkan kesan elektromagnet
– Harganya agak murah dan mempunyai banyak
kemampuan tetapi kurang berkualiti
– Dibina dalam saiz yang agak kecil dan mesra pengguna
JENIS LAIN
• Headset
– mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB
lebih selesa digunakan kerana pengguna hanya
perlu melekatkan di kepala dan memasukkan palg
ke komputer riba atau meja.
• Mikrofon mini
– boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis tie
pin dan neck hanging.
– Tie pin lebih kesil dan disematkan pada tali leher
atau kolar baju
– Jenis neck hanging biasanya pula digantung pada
leher
JENIS LAIN

Mikrofon tanpa wayar


• Memerlukan alat penerima (receiver)
• Tidak terdapat sebarang wayar antara
mikrofon dengan alat penerima tersebut
• Isyarat dihantar secara gelombang dari
mikrofon ke alat penerima melalui antena
• Biasa digunakan oleh pengguna yang bergerak
aktif
Headset

Mikrofon Omni-directional

Mikrofon mini
Tie pin/neck hanging
Mikrofon Uni-directionality/cardiod
JENIS MIKROFON MENGIKUT BENTUK
PENERIMAAN BUNYI
1. Mikrofon Semua Hala (Omni-Direction)
2. Mikrofon Dua Hala (Bi-Direction)
 Menerima bunyi daripada bahagian depan
dan belakang sahaja
 Sesuai dalam keadaan soal jawab atau temu
bual dua orang
3. Mikrofon Satu Hala (Uni-Directional)
 Menerima bunyi datang daripada satu
hala sahaja
 Kurang peka bunyi yang datang
daripada hala lain
 Sesuai bagi seorang penyampai atau
sesuai dalam suatu situasi di mana
bunyi asing berada dalam aras paling
minimun
4. Mikrofon Shotgun
 Mikrofon satu hala yang berupaya
menerima bunyi dari sudut yang
sempit dalam jarak yang agak jauh
 Mikrofon ini sesuai digunakan
sekiranya tidak berupaya untuk
menghampiri sesuatu punca bunyi
seperti burung, acara sukan atau
bunyi-bunyi haiwan
Jenis mikrofon mengikut mekanisme

Kondenser
• Menerima kesan bunyi dengan baik
• Peka pada bunyi
• Peka pada getaran
• Tidak tahan getaran kuat
• Tidak tahan panas dan lembapan
Kegunaan
•vokal/ nyanyian
•Ucapan
•Penyampaian (narration)
Jenis mikrofon mengikut mekanisme

Dinamik
• Kualiti bunyi baik
• Peka pada bunyi
• Tahan getaran kuat
• Tahan panas dan lembapan
Kegunaan
– Temu bual di luar bangunan (outdoor interview)
Jenis mikrofon mengikut mekanisme

Seramik
• Binaannya ringkas dan mudah
• Buatan lebih kemas dan kuat
Kegunaan:
– Pertuturan dan muzik
Jenis mikrofon mengikut mekanisme

Hablur
• Binaan ringkas dan mudah
• Harganya agak murah
• Peka pada suhu dan kelembapan
Kegunaan
– Pertuturan
Pengadun Suara
• Terdapat tiga pemain kaset yang diperlukan untuk
merakamkan suara narator dan pada masa sama
terdapat kesan bunyi dan muzik latar.
• Satu untuk merakan dan dua untuk memainkan
kesan bunyi dan muzik latar.
• Namun, ianya tidaklah sebaik alat pengadun suara
seperti di bawah :
• Pengadun audio atau pengadun suara :
- alat yang mempunyai banyak saluran input yang
boleh dilaras
- mempunyai satu output
- biasanya terdapat di studio rakaman
• Sebelum sesuatu rakaman dibuat, skrip hendaklah
disediakan terlebih dahulu
• Cara terbaik adalah dengan membuat latihan
membaca skrip bagi mengelakkan kesilapan berlaku,
menjimatkan masa serta mutu rakaman menjadi
lebih baik
Singkatan dalam skrip :

FI ( Fade In ) Muzik masuk perlahan-


lahan
FO ( Fade Out ) Muzik hilang perlahan-
lahan
FUp ( Fade Up ) Muzik menaik
perlahan- lahan
FD ( Fade Down ) Muzik menurun
perlahan- lahan
BG ( Background ) Muzik latar
• Singkatan ini membawa maksud tertentu dan
perlu difahami oleh juruteknik yang mengawal
alat rakaman.
• Ianya penting kerana kerja- kerja rakaman
biasanya melibatkan beberapa orang di mana
setiap orang mempunyai peranan masing-
masing.
Contoh sebuah skrip audio :

Pelakon/ narator Dialog Muzik Kesan bunyi


Muzik tema FI, FUp
dimainkan 10 saat

pencerita Selamat pagi murid- Muzik tema FD


murid. Hari ini kita akan
mendengar sebuah cerita
yang mengisahkan….
Muzik tema FUp, FO
dimainkan 6 saat

KB 1:enjin kereta
dimatikan
KB2:hon dibunyikan
sekali
KB3:pintu kereta ditutup
Pak Halim Assalamualaikum, KB1:ketukan di pintu
Assalamualaikum kayu bertalu- talu
KB2:selak pintu dan
pintu kayu dibuka
Mak Minah Waalaikumussalam
Apa hal tergesa-gesa ni?
SUNTINGAN

 Dilakukan selepas rakaman dibuat


 Suntingan dilakukan bagi memastikan bahan
audio sempurna dan berkualiti
 Boleh melakukan penyuntingan melalui
perisian SOUND FORGE
SOUND FORGE

• Sound Forge ialah salah satu perisian yang


digunakan untuk menyunting fail audio.
• Selain itu, perisian penyunting audio ini
mempunyai kemudahan untuk mencipta fail
audio.
• Memulakan perisian :
– klik START > PROGRAM > SOUND FORGE
Icon
Toolbar
Menu Bar

Transport Play
Toolbar meters

Ruang
kerja

PROGRAM SOUND FORGE


1. MERAKAM SUARA

• Memasang microfon pada kad suara atau


port yag disediakan pada komputer anda

• Pada transport toolbar, klik butang Record


untuk mula membuat rakaman
record
Tetingkap ini akan terpapar.

Klik butang Close


setelah selesai
membuat
rakaman.

Klik butang
Record pada
Menu Prepare
• Klik pada butang Record di menu prepare dan
anda boleh mula merakam suara.

• Semasa merakam, kekotak merah akan


kelihatan menandakan masa rakaman sedang
dijalankan.
• Setelah selesai, klik butang stop dan
kemudian klik pada butang close
• Anda boleh membuat marking semasa merakam
suara dengan mengklik butang Drop marker
• Wave data akan terpapar.

Data Sound
File Stereo
mengandun
gi dua
channel
-channel
kiri dan
channel
kanan.
2. MENYUNTING AUDIO

• Data audio boleh disunting dengan menekan butang


arahan pada transport tool.

Go to start rewind Fast forward Go to end

play stop
loop pause
Play all
Butang
Butang Kekunci
Kekunci Pintas
Pintas Keterangan
Keterangan
Ctrl+R Record: klik untuk memaparkan dialog RECORD

Q Loop Playback: Memainkan data berulang-ulang.

Shift+Spacebar Play All: klik untuk memainkan data terpilih dari mula
hingga tamat dengan tidak menghiraukan kedudukan
cursor, pilihan atau playlist.
Spacebar Play: klik untuk memainkan data fail semasa dari
kedudukan cursor atau pilihan.

Enter Pause: klik untuk menghentikan main dan


Shift+Spacebar meninggalkan cursor di kedudukan semasa.

Spacebar Stop: klik untuk menghentikan main dan


mengembalikan kedudukan cursor ke permulaan
data.
Ctrl+Home Go to Start: klik untuk memindahkan cursor ke
kedudukan permulaan fail semasa.

  Rewind: klik untuk menggerakkan kedudukan cursor


ke belakang (undur).

  Forward: klik untuk menggerakkan kedudukan


cursor ke hadapan.

Ctrl+End Go to End: klik untuk memindahkan kedudukan


cursor ke hujung fail semasa.
• Rakaman suara boleh disunting dengan
menggunakan arahan seperti cut, copy, clear/delete,
mix, dan trim/crop.
• Tool dibawah ini boleh membantu anda dalam
mengedit iaitu editor, magnify, dan pencil yang
berada di Menu Icon Toolbar

edit magnify pencil

• Hanya satu alat sahaja diaktifkan dalam satu-satu


masa dan alat yang diaktIf kelihatan disudut tepi.
• Contoh paparan:
Select (Pilih)
Dengan menggunakan tetikus klik
dan seret kawasan data yang
hendak dipilih.
Data yang telah dipilih boleh ;
dipadam – cut / delete
disalin - copy

Cut / Delete (Padam)


Dengan menekan butang Cut, data
yang telah dipilih akan terpadam.
Anda boleh cuba memainkan data
ini dengan menekan butang Play
All pada Transport Tool dan
dengar perbezaannya berbanding
dengan data asal.
Copy (Salin)
Untuk menyalin data lakukan
Select data sekali lagi dan klik
ikon Copy atau klik pada menu
Edit dan pilih Copy. (Paparan
seperti di sebelah).

Paste(Tampal)
Letak cursor pada suatu tempat
lain dan klik icon Paste atau klik
pada Menu Edit dan pilih Paste.
(Paparan seperti di sebelah).
3. AKTIVITI MAGNIFY

• Alat Magnify digunakan untuk mengubah skala data


yang dipaparkan supaya dapat dilihat dengan lebih
jelas. Dengan berbuat demikian, kerja penyuntingan
lebih mudah dilakukan.
• Semasa mengaktifkan alat Magnify, letak cursor
pada satu tempat seperti dalam rajah

Garisan
kedudukan
Cursor
• Bahagian bawah sebelah kanan terdapat alat
kawalan magnify seperti ini

Membesarkan Mengecilkan
skala skala

• Klik pada butang membesarkan skala, gelombang


data akan kelihatan lebih jelas. Namun, perubahan
ini tidak memberi kesan kepada bunyi

(Kesan data setelah diklik sekali) (Kesan data setelah diklik dua kali)
4. PENCIL
• Gunakan Pencil tool untuk mengedit bentuk
gelombang (wavesound) dengan cara
menambah lakaran. Sebagai contoh, jika ada
sedikit kecacatan pada sound data, besarkan
skala (zoom in) kawasan kecacatan dan lakar
semula untuk memperbaiki kecacatan
tersebut.
5. MENYIMPAN DATA

• Klik pada mana-mana bahagian dalam data


window untuk membuat pilihan.
• Dari File menu, pilih Save untuk menyimpan
data bunyi semasa.
• Jika window yang diaktifkan mengandungi
data baru anda dikehendaki mengisi nama fail
baru melalui dialog Save As dialog.
FORMAT FAIL AUDIO
MP3
• MP3 (MPEG, Audio Layer 3) menjadi format paling
popular dalam musik digital. Hal ini kerana ukuran
failnya yang kecil dengan kualiti yang hampir sama
dengan CD audio. Format ini dikembangkan oleh
Fraunhofer Institute.
• Dengan bitrate 128 kbps, file MP3 sudah berkualiti baik.
Namun MP3 Pro-format penerus MP3 - menawarkan
kualiti yang sama dengan bitrate setengah dari MP3.
• Pemutar MP3 dapat memainkan file MP3 Pro dan kualiti
suaranya lebih bagus
Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
• Digunapakai pada sistem komputer jenis Macintosh,
IBM dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan
Silicon Graphics. Ia menampung berbagai jenis saiz
sampel pelbagai aras (sehingga 32 bit).
MIDI
• Format audio satu ini lebih sesuai untuk suara yang
dihasilkan oleh synthesizer atau peranti elektronik
lainnya, tetapi tidak sesuai untuk hasil konversi dari
suara analog. File dengan format ini berukuran kecil
dan sering digunakan dalam phone sebagai ringtone.
Sound (SND)
• Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai
digunakan bagi audio yang mempunyai saiz
sampel 8 bit.
Roll (ROL)
• Mula diperkenalkan oleh Adlib Inc. dan
digunakan bersama-sama dengan kad audio
yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan..
Wave (WAV)
• Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya
oleh sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan
oleh syarikat Microsoft dan mampu menyokong
rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan
stereo).
Sun Audio (AU)
• Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer
jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan
format audio 16 bit yang dimampatkan dan sering
juga digunakan bagi tujuan penyebaran melalui
internet.
RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)
• Sangat meluas digunakan dalam Internet secara
langsung sehingga membolehkan siaran radio atau
televisyen dimainkan terus melalui internet.
Voice (VOC)
• Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis
Sound Blaster dari Creative Technology. Ianya
boleh memain serta merakamkan audio samada 8
atau 16 bit setelah melalui proses pemampatan
atau pun tidak.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai