Anda di halaman 1dari 2

Rekonstruktivisme

KURIKULUM
- Mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung
kepada kepercayaan, masa dan tempat.
- Juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas
yang membentuk pegangan kepada diri.
- Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap
pembentukan masyarakat itu sendiri.
- Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan
menghapuskan gejala sosial.
- Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : -
Sosial (Contoh : Kajian Sosial) - Isu-isu tempatan - Isu-isu antarabangsa
- Jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan
dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk
memantapkan sahsiah dan moral pelajar.

PENDIDIK
- Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat
kreatif dan inovatif.
- Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu
gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan
isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa.
- Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang
mahu mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat.
- Guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang
terancang dan murid-murid berusaha mencari maklumat yang berkaitan isu semasa
untuk kefahaman pengetahuan am.
- Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan
isu semasa dan isu global di luar.

Anda mungkin juga menyukai